Alger memukul meja dengan tangannya. Ayah dan ibunya ternganga. Tidak pernah mereka melihat Alger semarah itu.
Melissa yang sedari tadi duduk diam tidak terkata. Begitu juga dengan Irine.
"Kita selesaikan semua di sini, Irine. Kamu boleh menuntut sebanyak mana yang kamu mahu. Tapi, aku mahu kita selesai hari ini juga. Jika tidak, aku akan mengemukakan tuntutan atas apa yang kamu lakukan pada pernikahan kita lima tahun yang lalu," Alger menghempaskan borang persetujuan penceraian serta pen di hadapan Irine.
" Aku..aku..boleh menuntut berapa pun? " tanya Irine dengan suara terketar-ketar.
" Tuntut berapa pun kamu mahu. Dengan syarat kamu tandatangan surat penceraian kita. Setelah itu, hadir ke mahkamah dan selepas itu aku mahu kamu berambus dan jangan pernah kembali lagi, " kata Alger.
" Aku menuntut lima puluh ribu, boleh?" Irine meminta tanpa rasa segan.
Ayah dan ibu Alger memandang Irine dengan mulut ternganga. Masing-masing tidak percaya bahawa mereka pernah setuju menerima wanita itu sebagai menantu mereka.
" Baik. Tapi wang akan aku pindahkan ke akaun kamu setelah urusan penceraian kita selesai," dengan senyuman lebar, Irine menurunkan tandatangannya.
"Aku pergi, sayang," katanya setelah selesai. Sempat lagi dia mencium pipi Alger.
"Huh, lega!" Melissa mengurut dadanya. Jauh di sudut hati, dia tidak setuju jika wanita itu kembali bersama abangnya.
Suasana hening seketika. Alger memicit-micit dahinya. Fikirannya berkelana jauh pada bakal isteri tersayang yang telah memilih untuk pergi meninggalkannya.
"Jangan risau, Al. Pergilah, cari Elleora dan bawa dia kembali," ibunya menepuk bahu Alger.
"Di mana Al mahu mencarinya, ma?" Dia memang menduga Elleora pergi menemui Adythia. Tapi di mana dia harus mencarinya? Hanya ada satu nama yang dapat membantunya...Andrew!
♥️♥️♥️
Andrew's POV
Melihat Alger datang menemuiku, aku sudah dapat menduga tujuannya. Pasti dia ingin bertanyakan tentang alamat Adythia.
"Please, Drew. Aku benar-benar minta tolong. Beritahu aku alamat Adythia. Aku harus mencari Elleora dan membawanya kembali," katanya.
"Untuk apa, Al? Untuk menjadikannya isteri ke dua?" tanyaku dengan sinis.
" Kau fikir aku tidak tahu semuanya, Al? Tentang Irine...," riak wajahnya berubah mendengar aku menyebut nama isterinya itu.
" Kami akan bercerai. Semuanya sedang dalam proses," katanya.
" Bercerai? Begitu mudah? Begitu juga kamu akan menceraikan Elleora nanti? " Dia tidak tahu betapa sakitnya hatiku melihat apa yang telah dilakukannya kepada Elleora.
"Aku tidak akan pernah menceraikan Elleora, Drew. Aku sangat mencintainya. Aku akan mencintai dan menjaganya hingga aku tidak lagi bernyawa," katanya.
Aku memandang mukanya lama. Aku tahu dia mencintai Elleora. Tapi aku tahu cintanya pada Elleora tidak sekuat cinta Andre pada Elleora. Juga tidak sekuat cintaku pada Elleora.
Tidak ada seorang pun yang tahu rasa yang aku pendam pada Elleora. Aku jatuh hati kepadanya tika pertama kali Andre memperkenalkannya kepada kami.
Namun rasa itu aku pendam dalam-dalam. Ku tutup dengan begitu kemas agar tiada siapa pun yang tahu. Elleora ialah gadis yang begitu dicintai kembarku, Andre. Aku menyayangi Elleora sebagaimana aku menyayangi Andre.
" Please, Drew," Alger merayu.
Aku berfikir sejenak. Bukan hanya Alger yang begitu mencintai Elleora. Tetapi aku tahu Elleora juga sangat mencintai Alger. Aku tahu cinta mereka begitu kuat.
Meski aku mencintai Elleora, namun aku sedar dia hanya menyayangi aku sebagai abang Andre. Bagi Elleora, aku hanya lelaki yang ditatapnya kerana wajahku seiras lelaki yang dulu sangat dicintainya.
"Baiklah, tapi dengan syarat. Jangan sesekali kau kecewakan Elleora lagi," kataku.
♥️♥️♥️
Alger Dmitri's POV
Alamat Adythia yang diberikan oleh Andrew kepadaku aku genggam kemas. Kuta, Bali..rupanya itu tempat yang dituju Elleora.
"Begitu jauh tempat yang kamu tuju, kekasih," aku senyum pahit.
Tidak pernah aku menduga kekasihku yang manja itu begitu nekad untuk meninggalkan aku. Dia pergi membawa bersama buah cinta kami.
"But, now I'm coming for you, honey," aku mula terbayang wajahnya yang manis. Aku terbayang senyumannya yang sentiasa membuat jantungku berdegup kencang.
"Tunggulah, sayang. Tunggu aku datang," aku berkata dalam hati.
Nanti, sebaik aku berjumpa dengannya di Bali, aku akan menghukumnya seberat-beratnya. Aku akan mengurungnya di bawah tubuhku. Aku akan membuatnya menjerit dan mendesah di bawahku.
---------------------------------------------------------
Benar kata orang. Jika sudah jodoh, pasti takkan ke mana. Ikan di laut, asam di darat. Di dalam kuali bertemu jua. Begitu juga jodohku dengan Elleora. Begitu jauh dia pergi. Namun lihatlah kini. Takdir mempertemukan kami di Pulau Dewata ini.
Aku berjalan mendekati Elleora yang duduk di atas pepasir pantai sambil memandang ke hamparan laut biru. Rambut panjangnya sesekali melambai-lambai ditiup angin.
Dia sangat cantik. Gadisku Elleora sangat cantik dan manis. Dia membuatku jatuh cinta berulang kali kepadanya. I can't stop falling in love with you, honey, aku berbisik sambil kaki terus melangkah menghampirinya.
"Sampai hati kamu pergi, sayang," aku berbisik di telinganya. Mungkin kerana terlalu asyik, Elleora tidak menyedari kehadiranku.
"Al?" katanya dengan riak wajah terkejut. Namun, di sebalik riak terkejut itu, aku dapat melihat sinar kebahagiaan di matanya.
Meski dia tidak mengatakannya, aku tahu dia gembira aku datang kepadanya. Dia bahagia aku datang mencarinya.
Aku tidak menjawab pertanyaannya. Tetapi tanganku meraih tubuhnya ke dalam pelukanku.
"I miss you, honey. I love you so much," aku mengucup bibirnya. Air mata bahagiaku bersatu dengan air matanya.
Vote dan komen.
Happy reading.Tbc....
ItaLi/Sarawak
YOU ARE READING
When Two Lonely Hearts Meet ✔️
RandomIni adalah kisah tentang Elleora Eunice yang ditinggal pergi buat selamanya oleh tunang tercinta. Dan juga tentang Alger Dmitri yang ditinggal pergi oleh isteri tercinta yang baru beberapa jam dinikahinya. " Bagiku jatuh cinta hanya sekali. Dan aku...