"Kurasa nyaman berada di sampingmu. Namun kuyakin rasa ini bukan cinta kerana cintaku hanya untuk dia - Alger Dmitri
"
Boleh saya duduk di sini?" tanya satu suara. Elleora mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan yang empunya suara.
"Abang Alger?" dia separuh terkejut tetapi tetap mengukir senyuman ramahnya.
"Elle? Kita bertemu lagi, ya," katanya dan menarik kerusi di hadapan Elleora.
"Elle seorang saja?" dia menyapa gadis itu. Elleora mengangguk lembut. Telefon bimbit di tangan diletakkan di atas meja.
"Saya selalu sendiri, bang," jawabnya sopan.
"Tak payah berabang-abang Elle. Saya juga rasanya begitu formal. Lebih santai kalau kita beraku-kamu. Kamu panggil aku Al dan aku panggil kamu El," kata Alger.
"El-Al atau Al-El. Boleh juga. Lagi sweet," Elleora tergelak lucu. Jelas tercetak lesung pipit pada kedua belah pipinya. Cantik, puji Alger dalam hatinya.
"Ramai pula pengunjung hari ini, Al. Biasanya tak juga penuh sampai tak ada tempat duduk macam hari ni," komen Elleora memerhati sekelilingnya. Alger juga berbuat sama. Memerhati keadaan kafe yang sesak. Malah ada yang masih berdiri menunggu meja kosong.
"Bagus juga, El. Dapat juga kita duduk satu meja," selorohnya. Meski itu cuma usikan kecil, pipi Elleora tetap blushing. Alger semakin tidak mahu mengalihkan perhatiannya dari menatap wajah gadis itu. Wajah putih dengan pipi tembam dan bibir tipis tanpa lipstick tetapi berwarna merah asli. Alis matanya tipis tanpa ukiran eyebrow pencil. Semuanya begitu natural
"Ada sesuatu di wajahku, Al?" Elleora menarik tisu dari tasnya dan menekan-nekan tisu itu ke kulit wajahnya. Alger menahan tangan Elleora.
"You look so beautiful, El. Natural beauty," Elleora sedikit terkaku menerima pujian sebegitu.
"Blushing again," komen Alger.
"Owh.. really?" Elleora menutupi kedua belah pipinya menggunakan telapak tangan yang rasanya sejuk seperti tidak berdarah.
Oh, my God. Kenapa aku rasa gugup setiap kali berhadapan dengan lelaki ini. Apa yang sedang terjadi dengan hatiku? Elleora menarik nafas panjang untuk meneutralkan rasa gemuruh yang dialaminya.
"El ke mana selepas ini?" Alger menukar topik perbualan.
"Ke Kubah Ria," jawabnya singkat.
"Mencari bunga raya lagi?" duga Alger. Elleora mengangguk. Mellisa pernah memberitahunya setiap hujung minggu biasanya Elleora akan mengunjungi Medan Niaga Satok untuk menambah koleksi bunga rayanya.
" Kamu pula?" tanya Elleora.
"Saya juga mahu ke Kubah. Ibu minta dibelikan buah nangka muda," jelas Alger. Sebenarnya ibunya tidak pernah minta dibelikan buah nangka muda. Itu cuma alasan Alger untuk berjalan berdua dengan Elleora.
"Owh.. jadi tujuan kita sama," kata Elleora senang kerana sekurang-kurangnya dia ada teman berjalan-jalan di padar tani itu.
"Boleh kita jalan sekarang, El?" tanya Alger setelah menghirup habis teh ais di dalam gelasnya.
"Boleh, jom Al," jawabnya. Beg tangan berwarna hitam disangkutkan ke bahu. Alger sekali lagi menilai penampilan Elleora. Gadis itu memakai jeans biru laut dipadankan dengan t-shirt v-neck putih berlengan singkat yang melekap sempurna di tubuh gadis itu. Sepatu yang dikenakannya berwarna senada dengan beg tangannya. Semuanya kelihatan begitu kontras dengan kulit putihnya.
" Aku ikut arah sini, Al. Keretaku diparkir di situ," kata Elleora yang berjalan di sebelah Alger.
"Emm.. rasanya tak seronok jalan asing-asing,El. Apa kata kita naik keretaku saja," cadang Alger.
"Dan keretaku?" tanya Elleora risau.
"Setelah kita berbelanja, kita akan kembali ke sini, El. Setuju?"
"Ok," Alger tersenyum senang. Ternyata teman adiknya ini bukan seorang gadis yang suka membantah. Berteman dengan Elleora rasanya begitu menyenangkan bagi Alger.
Alger dan Elleora berjalan dengan santai meski bahang terik matahari mula terasa. Sesekali Alger melirik jemari Elleora. Apa rasanya bila aku berjalan di sampingnya sambil menggenggam erat tangannya? Pasti rasanya begitu... Cepat-cepat dia membuang perasaannya itu. Perkenalannya dengan Elleora masih terlalu singkat. Lagipun dia belum mahu menggantikan Irine dengan sesiapapun.
Elleora dan Alger akhirnya bertemu dengan buah nangka muda. Elleora yang memilihnya dan Alger hanya tercegat memerhati. Beginikah rasanya berbelanja dengan seorang isteri? Alger berangan lagi. Selama hubungannya dengan Irine, gadis itu tidak pernah mahu diajak berbelanja di pasar tani. Irine hanya bersetuju jika diajak shopping pakaian, kasut atau beg tangan di Shopping Mall.
"Ini," Elle menyerahkan plastik berisi buah nangka muda kepada Alger. Lebih membuat Alger terharu, Elleora juga membeli kelapa parut kerana menurutnya pasti ibu Alger ingin memasak lemak nangka muda.
Alger dan Elleora berjalan melewati beberapa penjaja yang menjual bunga raya. Alger hairan kenapa Elleora tidak singgah dan membelinya.
"Semua spesies ini sudah ada dalam koleksiku, Al," jelas Elleora seolah-olah dapat membaca kehairanan yang tergambar pada wajah Alger.
"Owh.." Alger tidak begitu peduli dengan bunga raya. Elleora membelinya atau tidak, bukan hal penting bagi Alger. Apa yang penting baginya hanyalah berjalan berdua dengan Elleora.
Meninggalkan Kubah Ria, Alger tidak menepati janjinya menghantar Elleora kembali ke Sepinang Sari Cafe & Restaurant, tempat kereta Elleora ditinggalkan. Sebaliknya Alger terus menuju ke rumah ibunya.
"Kita ke rumah ibuku dulu. Lepas makan tengah hari kuhantar El ke tempat tadi, ya," Alger hanya memberitahu Elleora, bukannya menunggu jawapan 'ya' atau 'tidak'. Sedangkan Elleora sudah tidak senang duduk. Alger membawanya ke rumah ibunya.
Bagaimana kalau ibu lelaki itu tidak menyukainya? Bagaimana kalau keluarga Alger terutama Mellisa menganggap mereka pasangan yang sedang dilamun cinta?
"Takut, El?" usiknya. Pipi Elleora yang blushing sudah menjelaskan situasi gadis di sebelahnya itu. Elleora sedang dalam kondisi galau.
"Jangan takut, El. Ibuku baik dan pasti gembira bertemu kamu. Teman bunga rayamu juga ada," katanya.
Elleora tidak berjaya mengusir perasaan bimbangnya. Sehingga kereta Alger berhenti dan seorang wanita menyambut mereka, blushing di pipi Elleora belum hilang.
" Ini Elle? Mel banyak bercerita tentang Elle, " kata wanita itu setelah Elleora menyalaminya. Alger berdiri kaku dengan plastik berisi nangka muda masih di tangan. Pemandangan yang sangat menyenangkan, seperti hubungan menantu dan ibu mertua.
"Abang sudah berkhayal jauh. Membayangkan Kak Elle sebagai isteri ya, bang. Bagus tu, bang. Jangan stay pada orang yang tak sudi," kata Mellisa yang entah muncul dari mana.
"Ini buah nangka muda. Abang bohong pada El, kononnya ibu yang pesan minta dibelikan. Nanti pandai-pandailah adik bisik pada ibu. Ingat, dik. Jangan sampai ketahuan abang menipunya," pesan Alger.
"Abang suka Kak Elle?" Mellisa yang sudah ingin masuk ke dalam rumah berpaling semula pada abangnya.
"Suka tapi bukan cinta. Cinta abang buat Irine. Hanya untuk Irine," jawab Alger.
"Jangan beri harapan pada dia, bang kalau abang tidak serius," pesan Mellisa. Elle temannya. Meski belum lama kenal, tetapi dia sayang pada temannya itu.
"Kau kata dia belum move on, dik. Tak mungkin dia menaruh harapan pada abang," Alger membuntuti adiknya masuk ke dalam rumah. Dia mencari gadis yang datang bersamanya tetapi tidak menemukannya di ruang tamu. Alger menuju ke dapur dan mendapati Elleora ada di situ, sedang membantu ibunya menyediakan rempah untuk memasak buah nangka muda.
Tekan ⭐ dan komen.
Selamat membaca.
Tbc....
YOU ARE READING
When Two Lonely Hearts Meet ✔️
AléatoireIni adalah kisah tentang Elleora Eunice yang ditinggal pergi buat selamanya oleh tunang tercinta. Dan juga tentang Alger Dmitri yang ditinggal pergi oleh isteri tercinta yang baru beberapa jam dinikahinya. " Bagiku jatuh cinta hanya sekali. Dan aku...