"Hanya waktu yang mampu menyembuhkan luka. Hanya masa yang dapat menguburkan suatu nama" - Alger Dmitri
Alger berdiri sambil meregangkan kaki dan tangannya. Seharian duduk menyemak fail-fail syarikatnya menyebabkan tubuhnya terasa lenguh.
Alger memerhati ruangan pejabatnya. Sudah lengang dan sunyi. Dia mengerling jam di tangan. Sudah pukul sembilan malam. Alger mencapai beg bimbitnya. Lantas beberapa dokumen dimasukkan ke dalam beg tersebut.
Bagi Alger, di pejabat atau di rumah sama sahaja. Tujuannya hanya satu iaitu kerja. Sesungguhnya apa lagi yang harus dilakukan oleh seorang Alger selain bekerja. Diusia menginjak tiga puluh lapan tahun dia belum punya isteri apatah lagi anak.
Opps, bukan tidak punya isteri. Statusnya tetap lelaki beristeri, cuma dia tidak memiliki isterinya. Dari segi sivil, dia belum pernah menceraikan isterinya.
Kisah cintanya indah. Dia dan gadisnya bercinta seperti pasangan lain. Mereka bertunangan hingga akhirnya menikah, secara sivil kerana Irine enggan melafazkan wedding vows di hadapan padri. Apa alasannya hanya Irine yang tahu. Pada malam setelah selesai majlis resepsi, Alger tidak menjumpai isterinya di dalam bilik pengantin mereka. Hanya sekeping nota ringkas yang ditinggalkan Irine bersama gaun pengantin yang dibentangkan di atas katil pengantin mereka.
Maaf, Alger. Aku tidak dapat meneruskan hubungan bersamamu. Menikah denganmu satu kesilapan kerana aku mencintai lelaki lain.
Aku pergi sebelum aku menyerah padamu yang pastinya akan aku sesali kelak. Aku mohon, segera urus penceraian kita.Maaf
Irine
Hanya itu yang ditinggalkan Irine sebagai hadiah malam pertama mereka. Alger begitu marah dengan dendam yang tidak pernah padam. Dia mengambil keputusan tidak mengurus penceraiannya dengan Irine. Biar wanita itu tahu bagaimana sakitnya digantung tidak bertali.
Alger membuka pintu utama rumahnya. Sepi. Seperti malam-malam sudah, tiada sesiapa yang menyambut kepulangannya.
Alger menghempaskan tubuh di atas tilam empuknya. Tilam yang dibeli khas untuk meraikan malam pertamanya dengan Irine. Tetapi sayang, Irine tidak pernahpun berbaring di atas tilam itu.
Alger mengeluarkan telefon bimbitnya yang bergetar di dalam saku seluarnya. Ada tiga pesanan WhatApps masuk dari nombor yang tidak dikenalinya.
Hai, Mellisa. Ini Kak Elle. Ini nombor Kak Elle. Simpan, ya.
Mel, jangan lupa contact Kak Elle, ya.
Mel, Kak Elle masih mencari dua puluh tujuh lagi spesies bunga raya. Bantu kakak, ya.
Alger sedikit tersenyum.
"Pasti teman bunga raya Mellisa. Tetapi kenapa dia mesej kat nombor aku, ya?" tanyanya ragu.
Dia melihat skrin telefonnya sekali lagi. Elle.. nama si pengirim itu Elle. Bagaimana rupanya? Cantikkah dia? Alger menyapu wajahnya dengan telapak tangannya. Sejak bila aku mahu memikirkan gadis lain selain Irine? Dia cantik atau tidak, itu bukan urusanku. Hanya Irine dalam kamus hidupku. Aku akan menunggunya kembali tidak kira berapa lama, kata hati Alger.
YOU ARE READING
When Two Lonely Hearts Meet ✔️
RandomIni adalah kisah tentang Elleora Eunice yang ditinggal pergi buat selamanya oleh tunang tercinta. Dan juga tentang Alger Dmitri yang ditinggal pergi oleh isteri tercinta yang baru beberapa jam dinikahinya. " Bagiku jatuh cinta hanya sekali. Dan aku...