" Maafkan aku andai tempatmu di hatiku telah tergantikan dengan dia" - Elleora Eunice
Seminggu sudah berlalu sejak Elleora menjejakkan kaki di rumah Alger. Itu kali terakhir mereka bertemu. Malam itu juga merupakan kali pertama dan terakhir Alger mengirim pesanan buatnya.
"Untuk apa aku mengharap bertemu lagi dengannya. Aku tidak mahu menggantikan Andre di sini," Elleora menyentuh dada kirinya, tepat di mana jantungnya berada. Sayangnya bahagian yang disentuhnya terasa kosong dan sepi, seolah-olah tiada lagi Andre di situ.
"Ke mana kau pergi, Andre?" Elleora menangis terisak. Dia berpegang pada tiang pondok kecil di tengah-tengah Hibiscus Garden. Dia belum mahu menyisihkan Andre dari hatinya meski sudah lebih bulan lelaki itu pergi meninggalkannya. Tetapi tanpa disedarinya, sejak bertemu Alger perlahan-lahan lelaki itu telah mengisi hatinya, menempati ruang yang selama ini dihuni oleh kenangan Andre.
"Kenapa, dik?" tanya Roy yang kebetulan ke laman belakang untuk mengambil udara pagi. Itu rutin Roy sebelum meninggalkan rumah untuk ke tempat kerjanya. Dihampirinya tubuh adiknya yang terhinjut-hinjut menahan tangis.
"Kenapa?" ulangnya sambil mengelus belakang si adik. Roy cukup faham dengan keadaan adiknya. Meski masih cuba sentiasa tersenyum, namun jika diperhatikan benar-benar, semua senyuman dan kegembiraan yang cuba dipamerkan oleh adiknya itu hanyalah keterpaksaan.
" Kongsikan dengan abang, dik. Jangan dipendam sendiri. Abang tak mahu adik abang sakit," katanya lembut.
" Aku belum mahu melupakannya, bang. Aku masih mahu Andre ada di sini. Tapi...." dia terisak lagi.
"Dia sudah tergantikan dengan orang lain, hmm?" tanya abangnya. Isakan Elleora makin menjadi-jadi.
"Jadi benar sudah ada orang lain yang menggantikan Andre di hati adik manja abang ni?" Meski ingin mengakui, Elleora tetap enggan untuk mengiyakan.
"Siapa lelaki bertuah itu, dik? Alger?" duganya. Elleora tidak mengangguk dan tidak juga menggelengkan kepalanya. Tetapi Roy merasakan dugaannya tepat, Algerlah lelaki yang telah berjaya mengusir Andre dari hati adik perempuannya ini.
"Kau harus merelakan Andre, dik. Dia sudah pergi. Biar rohnya tenang di syurga. Dan.. beri Alger kesempatan," nasihat abangnya.
Elleora mengangguk perlahan. Air mata yang membasahi pipi diseka dengan hujung lengan baju tidur yang masih dipakainya.
♥️♥️♥️♥️♥️
Beri Alger kesempatan, kata-kata abangnya terngiang kembali. Rela atau tidak, Elleora sedar lelaki iti memang sudah berjaya menyusup ke dalam hatinya. Meski tanpa disedari, lelaki itu sudah berjaya mengusir pergi Andre sedikit demi dari hati Elleora dan menggantinya dengan dirinya
"Kau nampak banyak termenung kebelakangan ini, Elle," komen Lili.
"Apa-apa masalah kongsi dengan kita. Jangan pendam sorang-sorang, " tokok Laura.
"Aku okey. Cuma kebelakangan ni sibuk," jawapan singkat dari Elleora. Padahal kesibukan yang dikatakannya itu langsung tiada. A & E Boutique yang dimilikinya kebanyakannya diuruskan oleh Laura dan Lili.
"Whatever, beb. Cuma jangan terlalu banyak fikir. Nanti silap-silap kau jadi sinting. Kalau sudah sinting nanti kau ketemu lelaki sinting juga, " kata-kata yang diucapkan Laura membuatnya membeliakkan biji mata dan mengangkat bantal kecil sofa untuk dilemparkan pada kedua sahabatnya itu. Walaubagaimanapun, seseorang yang berdiri di pintu masuk butik membatukan tindakan Elleora.
" Al? "Elleora bangun menghampirinya.
" Hai, El, " sapanya. Matanya tidak berkelip memandang Elleora.
YOU ARE READING
When Two Lonely Hearts Meet ✔️
RandomIni adalah kisah tentang Elleora Eunice yang ditinggal pergi buat selamanya oleh tunang tercinta. Dan juga tentang Alger Dmitri yang ditinggal pergi oleh isteri tercinta yang baru beberapa jam dinikahinya. " Bagiku jatuh cinta hanya sekali. Dan aku...