"Hanya denganmu aku ingin menghabiskan sisa-sia hidupku."-Alger Dmitri
Elleora mengeliat. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali. Ini bukan bilik tidurku. Di mana aku? Dia tertanya-tanya dalam hati. Dia menoleh ke sampingnya. Matanya terbeliak.
"Alger?" Lelaki yang bertelanjang dada itu sedari tadi sudah terbangun dan memandang Elleora dengan seribu perasaan kagum. Cantik dan sempurna. Itu yang mampu dikatakannya.
"Morning, sayang," Alger menghulurkan tangan, menyentuh rambut Elleora yang masih bertaburan.
"Kenapa kita di sini? Kenapa kita tidak pulang semalam?"
"Kamu mabuk semalam, sayang. Aku tidak mungkin membawamu pulang dalam keadaan mabuk. Papa pasti marah," Elleora mengangguk lemah.
Elleora memerhati tubuhnya. Gaun yang dipakainya semalam telah melorot hingga ke paras pinggangnya. Dia meraba buah dadanya. Putingnya rasa sedikit pedih bila disentuh dengan tangannya.
Matanya menatap nyalang pada Alger.
" Apa yang sudah kamu lakukan, Al!" Dia memukul dada Alger dengan tangannya. Alger berusaha menahan, namun Elleora terus melancarkan serangan.
"Dengar, sayang." Alger bangun dan menindih tubuh Elleora. Tangannya mengunci ke dua lengan Elleora.
Alger menahan tangan Elleora dan menekan tangan gadis itu pada tilam. Mulanya Elleora memberontak dengan menendang-nendangkan kakinya.
" Dengar dulu, sayang," kembali dia meminta. Akhirnya Elleora mengalah. Dia mula berbaring dengan tenang.
"Aku mencintai kamu, El. Aku tidak akan melakukan sesuatu tanpa izinmu," dia memberikan satu kucupan pada dahi Elleora. Elleora memejamkan matanya. Beberapa butir air mata mengalir melewati pipinya.
"Tapi...putingku.. ," Elleora terisak lagi.
"Aku cuma menciummu, El. Kamu masih perawan. Aku cuma akan mengambilnya pada malam pengantin kita nanti," katanya.
"Jangan sebut tentang malam pertama kita," hati Elleora berteriak.
Peristiwa malam tadi terbayang dengan jelas. Dia belum lupa bagaimana cara Alger menatap Irene. Dia masih ingat bagaimana Irene menangis dalam pelukan Alger.
" Aku tidak tahu apa yang mengganggu fikiranmu, El. Aku tidak tahu apa yang membuatmu menangis? Jika aku ada melakukan sesuatu yang melukaimu, katakan terus-terang, sayang, " perlahan Alger menarik sedikit tubuhnya hingga dia dapat melihat pipi basah Elleora.
Elleora terisak. Hatinya pedih. Tidak mungkin Alger tidak tahu apa yang dilakukannya semalam telah melukai hati Elleora sedalamnya.
" Jangan begini, El. Kita akan berkahwin. Aku tidak mahu hubungan kita hancur kerana salah faham."
Elleora tidak menyahut. Namun dalam hati, dia sudah bertekad. Dia tidak akan meneruskan hubungannya dengan Alger. Perasaan yang sudah bersemi, perlahan-lahan dia akan memadamkannya.
💕💕💕
Alger mundar-mandir di dalam bilik tidurnya. Pertemuannya dengan Irene seakan memberi harapan bahawa isterinya itu akan kembali kepadanya.
Hatinya bertepuk riang saat Irene meluahkan dirinya tidak bahagia dengan perkahwinannya. Dia merasa seakan rasa sakit hatinya selama ini akhirnya terbalas.
Namun, ada sesuatu yang menyesakkan dadanya saat Irene mengatakan niat ingin kembali ke dalam hidupnya.
"Kita masih suami isteri yang sah, Al," seharusnya dia gembira. Bukankah selama ini dia memang berharap Irene akan kembali ke dalam pangkuannya. Itu adalah alasan mengapa selama ini dia enggan mengurus penceraiannya dengan Irene.
Namun mengapa saat isterinya itu mengatakan akan kembali kepadanya, dia merasa seakan tidak rela lagi untuk menerimanya. Saat ini, ternyata bukan Irene yang mengisi hatinya. Wanita itu sudah lama pergi dari hatinya.
Alger keluar ke ruang tamu. Ibu dan ayahnya sedang duduk sambil menonton televisyen.
Melihat anak lelakinya itu kelihatan gusar, Nerin mencuit lengan suaminya. Sama-sama mereka mengalihkan pandangan pada Alger yang duduk berhadapan dengan ayahnya.
"Al mahu menikah dengan Elleora, pa, ma," ucapnya direct to the point. Ayahnya tidak terus memberi respon. Wajah anak lelakinya itu ditenung sejenak.
"Urusan kamu dengan Irene macam mana? Sudah selesai?" Alger menggeleng. Ayahnya melepaskan keluhan berat.
"Selesaikan urusan kamu dengan Irine dulu. Kalau benar kamu ingin menikah dengan Elleora, kamu harus mengurus penceraianmu dengan Irine. Kalau kamu masih enggan menceraikan Irine, cari dan pujuk dia agar kembali. Dan jangan beri harapan pada Elleora," panjang lebar nasihat diberikan kepada anak lelakinya itu.
" Ceraikan saja perempuan itu, Al. Mama lebih setuju jika Elle yang jadi menantu mama, " pantas Nerin menyampuk.
" Al tidak ada lagi perasaan pada Irine, ma, pa. Al akan segera mengurus penceraian kami. Tapi, Al mohon agar papa dan mama pinangkan Elleora untuk Al. Secepatnya, pa, ma, " ucap Alger. Ayahnya yang sedang menghirup kopi hampir tersedak mendengar permintaan permintaan itu.
"Benda macam ni bukan boleh buat main-main, Al," Nerin mengurut belakang suaminya. Dia sendiri terkejut dengan permintaan Alger.
"Al sudah berjanji dengan ibu dan ayah Elleora, ma, pa," lagi-lagi Nerin dan suaminya menggelengkan kepala. Belum pernah mereka melihat Alger mabuk kepayang begini.
"Lagipun, Al tidak mahu dia menjauhkan diri dari Al. Jika kami sudah bertunang, dia tidak akan meninggalkan Al," Alger bangun dan berlutut di hadapan ibu dan ayahnya.
" Papa dan mama tidak keberatan untuk meminang Elleora. Tapi hanya setelah kamu sah bercerai dengan Irine, " kata lelaki separuh usia itu.
Alger hampir terjelupuk di lantai. Dari reaksi isterinya itu semalam, dia tidak yakin jika isterinya itu mahu diceraikan. Tapi, sama ada isterinya itu mahu diceraikan atau tidak, dia tetap akan mrnceraikannya.
Hatinya sudah bulat. Dia mencintai Elleora. Hanya gadis itu yang ingin dijadikannya sebagai pendampingnya. Hanya dengan gadis itu dia ingin menghabiskan hidupnya.
Vote dan komen.
Selamat membaca.Tbc....
YOU ARE READING
When Two Lonely Hearts Meet ✔️
RandomIni adalah kisah tentang Elleora Eunice yang ditinggal pergi buat selamanya oleh tunang tercinta. Dan juga tentang Alger Dmitri yang ditinggal pergi oleh isteri tercinta yang baru beberapa jam dinikahinya. " Bagiku jatuh cinta hanya sekali. Dan aku...