WTLHM 11

1.2K 61 4
                                    

"Mengapa lidahku kelu untuk berbicara. Mungkinkah aku bisu kerana getaran cinta", - Alger Dmitri

Elleora melangkah ke arah sofa di ruang menunggu. Di situ duduk seseorang. Seseorang yang telah mencuri hatinya. Lelaki itu mengangkat wajah sebaik mendengar derap langkah menghampirinya.

"Hai," sapanya seraya berdiri.

"Hai," Elleora menyambut sapaannya dengan senyuman yang begitu manis. Alger beralih sedikit dan menyisakan ruang di sebelahnya untuk Elleora.

"Awal kamu ke sini," sapa Elleora setelah melabuhkan punggung di sebelah Alger. Jarak mereka begitu dekat hingga Elleora boleh menghidu bau perfume yang dipakai Alger.

"Wangi," bisik hati Elleora. Wangian yang dipakai Alger lembut seperti wangian yang dulu selalu dipakai Andre.

"Ada jemputan untuk menghadiri reunion," Alger menatap Elleora. Dia menelan liurnya yang terasa tersekat di kerongkongnya. Perkenalannya dengan Elleora juga belum begitu lama. Entah bagaimana caranya dia hendak mengatakannya kepada Elleora tentang keinginannya untuk mengajak gadis itu menemaninya ke reunion  tersebut.

"Aku bercadang untuk pergi," katanya  masih menatap tepat pada wajah Elleora.

"Hei, aku takkan menghalang, Al. Pergilah. Aku bukan jenis yang cemburu, okey," Elleora meletakkan tangannya di atas punggung tangan Alger.

"Emm.. Sebenarnya, aku ingin mengajak kamu ikut bersamaku, El," ucapnya dengan pipi yang terasa panas. Dia takut menerima penolakan daripada Elleora.

"Kamu mengajakku? Di mana, Al? Kalau dekat, rasanya aku boleh ikut. Tapi kalau jauh dan perlu bermalam, rasanya aku tak boleh, Al," tutur Elleora dengan jujur. Tidak mungkin abang serta kedua ibu bapanya mengizinkannya, lebih-lebih lagi berduaan dengan Alger.

" Tempatnya agak jauh, El. Dua jam dari sini. Aku mengajakmu... emm.. jika aku mabuk, kamu boleh menggantiku memandu, El, " jelas Alger. Meski itu bukan alasan sebenarnya.

Alger memerlukan Elleora untuk mendampinginya di majlis reunion itu nanti. Teman-temannya semua sudah memiliki pasangan. Hanya dia saja yang masih bujang trang tang-tang. Sudah menikah, tetapi ditinggal isteri sebelum sembat memilikinya.

Elleora memainkan jari-jarinya, sikapnya sedari dulu ketika dia sedang gugup memikirkan sesuatu. Dia ingin pergi bersama Alger. Ingin menghabiskan lebih banyak waktu berdua dengan lelaki itu. Tetapi bagaimana caranya dia akan meminta izin kepada keluarganya. Elleora adalah anak gadis dalam keluarganya yang dilindungi sepenuhnya, terutama oleh abangnya.

"Keluargaku takkan mengizinkan, Al," akhirnya dia menjawab dengan kecewa. Belum memintapun dia sudah dapat menduga jawapan yang akan diterimanya.

"Aku akan meminta izin pada keluargamu, Elle," Alger menggenggam erat tangan Elleora, menghantar satu isyarat yang direct ke hati gadis itu membuat debaran jantungnya kian kencang.

"Percaya padaku, El. Asalkan kamu setuju untuk ikut bersamaku, aku akan berusaha mendapatkan keizinan daripada keluargamu," Elleora mengangguk sambil menunduk malu. Entah mengapa, setiap kali berdekatan dengan lelaki ini, dia sering merasa berdebar dan malu. Dan nantinya saat sudah berjauhan dengan lelaki itu, dia akan merasa teramat rindu.

" Aku pulang dulu, sayang. Reunion nya lusa. Jadi esok aku akan datang ke rumahmu," tanpa diduga Elleora, satu kucupan hinggap di dahinya. Kucupan yang terasa panas dan meninggalkan bekas.

Lama setelah Alger meninggalkan butik itu, Elleora masih duduk di sofa, sambil meraba dahinya.

" Hei, sudahlah tu. Itu cuma ciuman. Bukan besi panas yang orang guna untuk mengecap badan kuda," jerit Laura. Elleora menangkup pipinya menahan malu.

♥️♥️♥️

Jam belum menunjukkan pukul lapan pagi tetapi Alger sudah berada di rumah Elleora. Meski hari masih terlalu pagi, namun dahi dan telapak tangan Alger sudah dibasahi peluh. Kedua tangannya terasa gementar.

"Hei, kau kenapa, bro," sapa Royston pada Alger yang semakin lama semakin kelihatan gelisah.

"Tak ada apa, bro," jawabnya menahan gugup. Elleora yang kebetulan duduk di hadapannya sudah beberapa kali menendang kakinya yang ada di bawah meja agar Alger cepat mengatakannya.

"Hmm.. kalau ada apa-apa, katakan saja nak Al," celah Melvin. Melin yang duduk berhadapan dengan suaminya cuma mengulum senyum. Dia seakan dapat menduga kegugupan Alger ada kaitannya dengan anak gadisnya, Elleora.

" Hmm, sebenarnya ada yang mahu saya katakan, uncle, auntie, " Alger akhirnya membuka mulut. Wajah Royston, Melin dan Melvin dipandangnya satu-persatu. Melvin meletakkan sudu dan garfunya di atas pinggan. Yang lain berbuat sama. Tiada lagi dentingan garfu dan sudu menjadikan suasana di meja makan itu begitu hening.

Pandangan Alger beralih pada Elleora yang dengan perlahan mengunyah mi goreng yang baru sahaja masuk ke mulutnya. Dia membalas tatapan Alger, merasakan tubuhnya mendadak sejuk.

"Ada apa, nak Alger?" tanya Melin lembut. Alger ingin bersuara, tetapi kemudian dia menutup mulutnya kembali. Dia kini sudah membayangkan Melvin bakal menghentak tangan ke meja sebaik mendengar permintaannya. Lebih parah lagi dia sudah membayangkan tangan Royston yang kini duduk berhadapan dengannya akan segera meninju mukanya.

"Hmm, kenapa? Kamu mahu meminang anak gadis uncle?" Melvin akhirnya tertawa kecil.

"Uncle tidak keberatan. Tapi caranya mesti betul. Suruh kedua orang tua kamu datang ke sini," sambung lelaki separuh usia itu.

"Betul kau mahu meminang adik aku, bro?" tanya Royston. Lelaki itu tidak tahu ingin menjawab apa. Dia belum mengucapkan kata cinta kepada Elleora, belum secara rasmi. Dia juga masih belum tahu perasaan Elleora yang sebenarnya kepadanya.

"Emm.. memang ke situ tujuan saya, uncle, auntie," Alger mengutuk dirinya dalam hati. Lain tujuannya datang ke sini, tapi lain pula yang dikatakannya.

Elleora yang duduk di hadapannya sudah membulatkan mata. Rancangannya esok Alger akan mengajaknya menghadiri majlis reunion lelaki itu. Dan tujuan Alger datang ke sini untuk meminta izin kepada keluarganya. Tetapi lihatlah, lelaki itu malah mengatakan ingin meminangnya.

"Bagus kalau macam tu. Berkawan tanpa ikatan jangan lama-lama. Bertunang pun jangan lama. Sebulan bertunang sudah cukup, terus menikah," kata Melvin kembali menikmati sarapannya.

"Bila keluarga nak Alger akan datang ke sini?" tanya Melin.

"Minggu depan, auntie," jawabnya dengan gugup. Elleora sudah menatapnya dengan tatapan kecewa menyebabkan Alger tidak berselera lagi untuk menyantap nasi goreng di hadapannya.

Dia sudah membuat janji untuk meminang Elleora. Tetapi bagaimana? Keluarganya cuma menganggap Elleora sebagai teman adiknya Mellisa dan bukan sebagai kekasih Alger.

"Maaf, uncle, auntie, saya minta diri. Emm.. Hari ini saya yanh akan menghantar Elle ke butiknya," pintanya. Kakinya yang gementar seakan tidak mampu untuk berdiri lebih lama lagi.

"Hei, bro. Kau benar okey? Aku nampak kaki kau gementar?" usik Royston yang ikut bangun untuk ke tempat kerjanya.

Melihat Alger tidak menyahut, dia menambah dengan berbisik di telinga sahabatnya itu.

"Aku tahu bukan itu yang sebenarnya ingin kau katakan, bro. Be gentleman, okey," dia menepuk bahu Alger sambil mengenyit mata pada adiknya.

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc....

Stay safe, stay at home.
With ♥️
Bau 21 April 2020

When Two Lonely Hearts Meet ✔️Where stories live. Discover now