WTLHM 15

1.3K 49 5
                                    

" Aku hanya mencintainya. Hanya dia bintang hatiku, yang menerangi malam kelamku," - Elleora Eunice

" Apa khabar, Dre? " Elleora bersimpuh di sisi kubur Andre. Sejambak kekwa kuning diletakkan di atas kubur itu. Hampir dua minggu dia tidak mengunjungi kubur Andre.

"Maafkan aku kerana lama tidak datang mengunjungimu, Dre." Ingin sekali dia menjelaskan bahawa dalam beberapa waktu ini kesepiannya sudah mula terisi.

Ingin sekali dia menceritakan tentang lukanya yang sudah hampir sembuh. Namun, semua itu disimpan kukuh di lubuk hatinya.

Setelah apa yang berlaku dua hari yang lalu, Elleora tidak lagi yakin tentang lelaki yang sebelum ini dianggap akan menjadi pengganti Andre untuk menyembuhkan semua luka yang beberapa bulan ini dirasakannya.

Elleora mencabut rumput yang sudah mulai tumbuh panjang di atas kubur itu. Setelah bersih, beberapa batang lilin diletakkan di atas kubur itu.

"Semoga kamu tenang di sana, sayang," Elleora mencium nisan yang terpacak teguh di atas kubur itu. Elleora mencuba untuk tidak menangis, tetapi begitulah yang sering terjadi setiap kali dia mengunjungi kubur Andre. Air matanya pasti gugur.

"Jangan menangis, Yora," dia mendengar suara Adythia begitu hampir dengan telinganya. Serentak dengan itu, jaket kulit lelaki itu berlabuh di atas kepalanya.

"Pakai, Yora. Cuaca di sini terlalu panas. Nanti kamu sakit," ujarnya.

Adythia berjongkok dan meletakkan jambangan kekwa kuning, persis seperti yang dibawa Elleora.

"Andre, aku ngga tahu apa maksud pesan kamu nemintaku menjaga Elleora. Tetapi apapun maksud kamu, aku akan memastikan dia selalu bahagia," kata Adythia. Dia mengerling Elleora yang memandang sayu pada kubur Andre.

"Sudah, Yora. Mari kita pulang. Biarkan Andre berehat dengan tenang," katanya berjalan di sebelah Elleora.

Sampai di tempat letak kereta, Adythia menarik ke dua tangan Elleora. Matanya tertumpu pada wajah Elleora.

"Kamu cantik, Yora. Andre udah tenang di syurga. Sesayang apapun dia pada kamu, dia ngga mungkin kembali untuk memberikan cintanya buat kamu.

Begitu juga kamu. Aku tahu kamu sangat mencintai Andre. Tetapi Andre udah pergi ke dunia yang lain. Jadi, aku mohon. Binalah kebahagiaanmu sendiri. Sampai kapan pun Andre ngga akan kembali pada kamu, Yora.

Emm..siapa nama lelaki yang selalu bersama kamu? " Adythia cuba mengingat.

" Alger. Aku masih ingat namanya. Aku lihat dia seperti lelaki yang baik, Yora. Buka hati kamu untuk menerima dia sepenuhnya, " kata Adythia.

Mendengar Adythia menyebut nama Alger, Elleora hanya mampu membuang pandangannya ke tepi. Alger bukan untuknya. Cinta lelaki itu masih kuat untuk isterinya. Andai Alger tidak lagi mencintai Irine, pasti sudah lama Alger mengurus penceraian mereka.

"Aku harus kembali ke Indonesia, Yora. Engga tahu kapan aku bisa kembali ke sini lagi," Adythia mengambil dompetnya dan mengeluarkan sekeping kad dari dompet itu.

"Nombor telefonku, alamat perusahaanku serta alamat kediamanku semua ada tertera pada kad ini, Yora," Adythia meletakkan kad itu ke dalam genggaman Elleora.

"Kamu boleh menghubungi aku kapan saja, Yora. Kalau kamu perlu tempat untuk menenangkan fikiranmu, kamu boleh datang ke tempatku," Adythia menarik Elleora ke dalam pelukannya.

"Jaga diri kamu baik-baik, Yora."

💕💕💕

Dari kubur Andre, Elleora memandu ke pejabat Andrew. Sejenak dia terpaku di pintu ruang kerja Andrew.

"Melihat Andre?" Andrew tertawa kecil. Dia sudah biasa dengan cara Elleora melihatnya. Pasti Elleora seolah-olah melihat bayang Andre setiap kali melihatnya.

" Apa khabar, Elle?" Andrew memeluk Elleora yang terisak. Dia mengelus belakang Elleora hingga tangisan Elleora reda.

"Kamu begitu merindukannya, Elle?" tanyanya sambil membawa Elleora duduk di sofa panjang yang disediakan di ruangan itu.

"Aku benar-benar merindukannya, Drew," ucap Elleora dengan mata berkaca-kaca.

"Aku tahu, Elle. Bukan hanya kamu yang merindukannya. Kita semua merindukannya. Tapi kamu harus move on, Elle."

Andre, adik kembarnya sudah meninggal. Sudah tujuh bulan adiknya pergi. Sudah sepatutnya Elleora move on.

" Alger lelaki baik, Elle. Terima dia. Dia akan membuat kamu melupakan Andre. "

" Aku tidak  akan menikah dengan sesiapa, Drew. Aku boleh hidup sendiri hingga aku menyusul Andre suatu hari nanti, " ucap Elleora.

Tadi Adythia dan kini Andrew yang memintanya agar melupakan Andre dan menerima Alger. Adythia dan Andrew   tidak tahu siapa Alger. Lelaki itu masih mencintai isterinya tetapi pada masa yang sama berjanji untuk melamar dan menikahinya.

" Aku tidak mahu melupakan Andre, Drew. Aku akan mencintainya sampai bila-bila. Jangan pernah memintaku untuk melupakannya," kata Elleora dengan suara keras.

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc....

When Two Lonely Hearts Meet ✔️Where stories live. Discover now