Luna membuka penutup tong sampah hitam di tepi jalan itu.
Kertas yang dipegang dicampak ke dalam tong sampah. Mulut pula tak henti-henti membebel dari tadi.
"Dah tiga jam tapi tak sampai seratus pun yang kita dah edar. Eyyy. Julia ni saja je kan! Dah lah panas. Manusia pula entah apa-apa!," rungut Luna.
Airis hanya diam melihat Luna yang berwajah tegang itu. Airis cuak sebenarnya.
"Luna, tak apa ke kita buang?," soal Airis was-was.
Luna buat tak dengar soalan Airis. Dia tahu Julia bukan kisah pun pasal edaran ni.
Yang Julia nak cuma buli dia!
"Dah lah. Pengsan kita nanti tengah panas macam ni. Jom masuk!," kata Luna serius.
Airis hanya mengikut.
Luna puas hati bila semua edaran itu selamat masuk dalam tong sampah.
Lantak lah! Dia kisah apa?
Kesabaran dia pun ada hadnya juga.
Julia tersenyum melihat kelibat Luna memasuki butik.
Airis sedikit terpinga melihat senyuman Julia. 'Aik? Tak kisah ke kita orang naik awal?,'
"Hah! Naik pun!," kata Julia ceria.
"Ada pelanggan ramai ni. Dah! Pergi layan," arah Julia.
Luna tak kisah Julia kisah atau tak pasal edaran tu. Jadi dia terus patuh pada arahan.
Di sofa, seorang pelanggan sedang menunggu sambil membaca majalah fesyen. Luna menghampiri wanita yang memakai baju bergaya itu.
Lagak Perempuan itu diva yang ampun. Kaki bersilang. Kaca mata disangkut di kepala. Beg tangan besar gajah.
Luna menegur sopan sambil tersenyum lembut. Perempuan itu meletakkan majalah yang menutupi sebahagian wajahnya tadi.
Luna tersentak dan mengeluh.
Bala!
Tahu dah muslihat Julia.
'Patutlah ceria semacam. Sepupu setan dia ni dah datang,' komen Luna dalam hati. Melihat wajah Sara yang tersenyum sinis itu memang menyakitkan hati.
Luna hanya tayang wajah tenang. Dia cuba kekalkan sikap profesional. Padahal dalam hati dah menyumpah.
'Dia panggil geng pulak nak buli aku', komen Luna.
"Dah layanlah pelanggan istimewa ni! Jangan tercongok je kat sini," perli Julia.
Pelanggan yang dimaksudkan tak lain tak bukan Sara. Luna pandang Sara dengan tenang.
'Propa minah ni,' kutuk Luna.
Dengan bersilang kaki macam bos besar, Sara duduk di sofa itu. Melihat Luna, Sara pura-pura terkejut.
'Heh. Padahal dah memang plan kau orang nak buli aku berjemaah kan?,' fikir Luna meluat.
"Luna... Luna... The most wanted girl. Beautiful, rich and hot. Now? You have nothing. So... sedar diri dan pilihkan baju untuk aku. Buat kerja elok-elok sikit," kata Sara sinis.
Dengan tidak ikhlas, Luna ke rak baju yang ada dan memilih beberapa baju yang menarik perhatiannya. Baju pilihannya semua ber-class, mewah, cantik dan up-to-date. Taste budak kaya memang macam tu.
Walaupun tak logik kalau orang perempuan tak suka baju pilihan Luna namun logik sangat kalau Sara.
Dengan wajah bongkak dan berlagak bos nak mati, satu-satu dia mengutuk pilihan Luna.
'Pening kepala melayan orang tak cukup wajar kat otak ni,' komen Luna dalam hati.
Berpuluh-puluh baju direkomenkan namun tiada satu pun yang menepati citarasa Sara.
Luna bertambah geram.
Taste Sara pun Luna tahu tapi Sara memang tak nak. Sahaja nak kenakan Luna.
"Stop all this nonsense!," ternaik suara Luna bila tahap sabar dia dah memasuki kawasan off limit.
Bagai berpuas hati apabila Luna sakit hati, mereka ketawa kuat. Akhirnya Luna meletup juga. Itu yang dia orang nak.
'Ahh! I need help,' Luna dah mula mengaku kalah.
Luna mendail nombor telefon Zariel. Dengan harapan, Zariel baik hati dan sudi membantu. Mujur panggilan Luna berjawab.
"What do you want?," soal Zariel.
"I need help," kata Luna lemah.
Budak manja kan? Kalau dulu Luna selalu cari papa dia. Dah terbiasa dengan tabiat lama sebab itu dia tak boleh tahan diri daripada menghubungi Zariel. Perasan Sara mencuri dengar... Luna saja lunakkan suaranya agar lebih manja.
"Honey, can you help me? I'm at Permata Blue Mall. Saya kena buli," adu Luna manja.
"Unit apa?," tanya Zariel.
"Butik Cllyanne Beuty," laju sahaja Luna jawab dengan ceria.
"Tolong please...," pinta Luna.
Talian diputuskan Zariel tanpa memberi jawapan.
'Aduh! Dia ni nak datang ke tak?,' soal Luna. Tak yakin.
Namun melihat wajah mencabar Sara dan Julia, Luna tayang muka berlagak.
"Kau call siapa? Ada ke orang nak kisah pasal hal kau? Kau tu bukan ada sesiapa. Sedih, kan? Ada bapak, bapak blah. Tak guna betul hidup kau ni," kata Sara dengan kejam.
Tersirap darah Luna. Sangat menyengat hati apabila perihal papanya disebut. Hati dia terasa nyilu.
Sungguh Luna sedih. Apatah lagi bila semua yang Sara cakapkan tu betul. Tapi dia tetap rasa marah.
"Eh! Kau jangan nak melampau sangat!," tegur Luna berang.
Sara dan Julia ketawa sinis.
"Salah ke apa yang aku cakap? Salah ke? Kau bukan ada sesiapa!," jerit Sara lantang.
Luna rasa tersiat. Dia tersenyap bila hati dia rasa pedih sangat.
"Aku masih ada orang yang sayang kat aku. Kawan-kawan aku! Kawan sebenar aku! Arif, Airis... mereka setia dengan aku waktu susah senang aku. Kau tahu apa? Aku still ada tempat bergantung. Suami aku," luah Luna bengang. Sampai tersebut apa yang dia tak niat nak bagitahu.
Wajah Sara jelas tak sangka dan terkejut dengan kenyataan terakhir Luna.
"Suami?," tanya Sara dengan nada terkejut.
YOU ARE READING
The Unexpected Life
Romance[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor...