"Saya akan pastikan hidup awak dan anak awak terjamin. Saya sanggup buat apa saja asalkan saya dapat kembalikan Luna yang saya kenal dulu. Yang ceria, kuat, dan berpendirian teguh,"
Luna rasa tersentuh. Que dipandang sayu. Bertuahnya dia kenal dengan lelaki sebaik Que. Walaupun mereka hanya baru beberapa kali berjumpa, tetapi Que sanggup tolong dia. Perempuan entah dari mana yang Que tak kenal sepenuhnya.
"Saya tak nak menyusahkan awak. Apa yang awak dapat kalau awak tolong saya? Saya tak nak kacau hidup awak. Saya tak nak masuk dalam hidup orang lain dah... sebab dibuang dari hidup seseorang itu menyakitkan!," luah Luna tegas.
"See... the Luna that I know is still here,"
Luna terdiam.
"Lepas awak keluar dari wad saya akan bawa awak ke rumah baru awak. Awak akan tinggal dekat situ selama yang awak nak. Sekarang rehat dulu. Jaga kesihatan awak dan baby. Saya nak awak sihat. Lepas baby lahir, kita bincang perkara selanjutnya. Awak nak kerja ke apa ke. Saya tak kisah masalah awak. Sekarang ni saya tak benarkan awak fikir walaupun sedetik idea untuk gugurkan baby atau lari dari masalah dunia selagi saya ada dengan awak. Dalam hidup awak. Saya akan pastikan kebahagiaan awak," tegas Que nekad.
Luna menunduk terharu. Dia menangis lagi tanpa suara. Que rasa nak peluk Luna dan tenangkan Luna tapi Que tahu dia tak ada hak nak buat macam tu.
"Rehat dulu. Petang nanti saya datang semula," maklum Que.
Perwatakan tenang dia dah muncul semula. Que bangun dan keluar dari bilik wad itu.
"Airis, Arif, Cik Na, Ainur, Siti... Siti terima aku lagi ke sebagai kawan? Dan Que. Sekarang ni hanya mereka yang ada dalam hidup aku. Aku akan mulakan hidup baru. Hidup yang mana aku ada tanggungjawab besar. Aku kena lindungi anak aku. Aku dah tak boleh jadi reckless," gumam Luna sendirian. Serius.
Apa yang dia tahu sekarang hidup dia akan berubah.
Que masuk ke dalam wad Luna. Luna sedang termenung jauh.
"Berangan jauh mana dah?," tanya Que.
Luna tersenyum. Que membalas senyuman Luna dengan senyuman nipis. Wajah Que tenang seperti biasa.
"Saya boleh keluar dah kan?," tanya Luna.
"Jom. Sekarang dah boleh keluar,"
Que nak tolong Luna bangun tetapi Luna menolak sopan. Que terleka tadi tapi dia sedar semula. 'Apa kau ni Que?,' soalnya pada diri sendiri.
Luna melangkah perlahan-lahan. Pinggangnya masih sakit sedikit.
Di luar hospital, Que bawa Luna ke kereta dan memandu ke rumahnya. Opss... bukan rumah dia tinggal. Rumah sebelah rumah kawan dia.
Sampai sahaja di hadapan sebuah rumah banglo mewah...
Luna dah kata yang dia tak nak rumah besar jadi Que cari rumah banglo dua tingkat yang bersaiz sederhana.
Que parking kereta dalam kawasan rumah itu. Dia keluar diikuti dengan Luna. Mereka disambut oleh Rian dan Ariana, pasangan suami isteri. Mereka berdua dari rumah sebelah. Rumah ni sebenarnya rumah Rian tapi Que beli dari Rian untuk Luna. Dia ada je banyak lagi rumah lain tapi dia beli rumah ni sebab dia percayakan Rian dan Ariana untuk tengok-tengokkan Luna.
"Bro!," sapa Rian mesra.
"Rian," balas Que senang.
Mereka bersalaman. Que kenalkan Luna pada Rian dan isterinya. Luna sedikit segan namun senyuman suami isteri di hadapannya sungguh mesra dan menenangkan.
YOU ARE READING
The Unexpected Life
Romance[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor...