Puas hati Zariel kenakan Nayla semula lepas apa yang Nayla dah buat."Sorry for all this misinformation. Saya tak ada apa-apa hubungan dengan pelakon perempuan yang dikaitkan dengan saya itu.
Sejujurnya, malam saya kena tangkap basah di hotel beberapa minggu lepas... Tiada apa yang terjadi di antara kami. Cik N merupakan kenalan ibu saya. Saya hanya menurut apa yang ibu saya pinta. Untuk tengok-tengokkan Cik N.
Malam itu, saya menerima panggilan telefon. Cik N. menghubungi saya untuk meminta tolong dia. Dia diserang oleh beberapa orang lelaki. Saya hanya datang untuk redakan keadaan dan bawa Cik N ke tempat yang selamat.
Kebetulan yang amat, waktu Cik N terseliuh dan memegang saya selama tiga saat... Paparazi mengangkat situasi itu. Menjadikan apa yang terjadi bukan seperti situasi sebenar. Walaupun kaki Cik N terseliuh, saya tidak memimpin dia. Langsung tidak,"
Zariel harap Luna dengar semua ini. Biar lah orang lain fikir dia terlalu hati batu ke apa.
"Lelaki yang JAIS tangkap berdua-duaan dengan Cik N di dalam bilik hotel itu bukan saya.
Pengumuman ni bukan untuk aibkan mana-mana pihak... Saya cuma nak betulkan satu salah faham yang berkaitan dengan saya. Takkan saya nak biarkan benda tak betul pasal saya tersebar, bukan?," ujar Zariel.
Nampak sungguh rasa tak bersalah Zariel. Ayat dia tu sinis dan mengandungi maksud mendalam yang memang saja nak cari pasal. Zariel tahu Nayla yang buat cerita ini. Dia hanya melawan balik.
Kisah apa dia pasal Nayla. Lagipun salah Nayla kerana terlalu berani mencari pasal dengan dia. Nayla nak guna nama dia untuk dapatkan populati dan selamatkan imej buruk Nayla? Lambat lagi.
Cuba gunakan JAIS untuk perangkap dia? Malangnya Zariel tidak begitu bodoh untuk berdua-duaan dengan perempuan dalam bilik hotel. Kecuali yang pertama kali dan satu-satunya dengan Luna. Zariel tahu JAIS akan datang... Jadi dia upah orang untuk masuk ke dalam bilik Nayla.
Zariel just giving Nayla a taste of her own medicine.
Dan pada akhir sketsa, dia menunggu di luar hotel. Saja menikmati drama Nayla diserbu wartawan.
Zariel sempat lagi tersenyum senget pada hujung ucapan. Nada dia sinis walaupun muka tak berperasaan. Mikrophone dialihkan dan dia turun dari pentas itu. Pentas studio salah satu syarikat penyiaran yang terkenal.
Zariel masukkan tangan ke dalam poket seluar suit dengan gaya santai.
Mudah sangat semua ni pada dia. Nayla tak cukup kenal dia lagi ke?
Zariel dah kira cukup baik tak bongkarkan pasal niat dan rancangan Nayla.
Zariel sempat tersenyum sinis bila fikir. Namun lepas tu senyuman dia pudar bila ingat... sebab ni hubungan dia dengan Luna bermasalah. Dia akan cari Luna semula! Dia dah tahu hal sebenar pasal kes projek SLR. Dia rasa bodoh sangat bila bertindak melulu tanpa periksa akar pangkal terlebih dahulu. Akhirnya Luna yang jadi mangsa.
Memang meroyanlah Nayla lepas ni bila Nayla tonton pengumuman ni. Zariel juga tahu siapa yang panggil wartawan hari kejadian di hotel tu. Nayla yang bayar syarikat persiaran tu untuk hantar wartawan ke situ.
Walaupun pihak syarikat tu tak nak sebab takutkan Zariel tapi Nayla bayar mahal pada syarikat yang dah hampir muflis. Terdesak jadi mereka terima. Akhirnya Zariel pergi ke syarikat itu secara sendirian. Memang cuak lah dia orang.
Zariel ingat tak nak maafkan syarikat itu tapi entah kenapa dia lembut hati tiba-tiba. Akhirnya dia lepaskan syarikat tu walaupun niat dia nak musnahkan saja. Zariel terdetik nak tolong. Dan sekarang syarikat tu dah mula semula dan makin maju dengan bantuan kewangan daripada Zariel.
YOU ARE READING
The Unexpected Life
Romance[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor...