Terpinga-pinga dua orang penyambut tetamu itu.
Tak sangka akan kehadiran Que Ameer di syarikat SLR. Apa kaitan Que Ameer dengan CEO mereka?
Nak kata kawan bukan, rakan bisnes pun bukan. Mana tak pelik kalau Que datang tanpa sebarang urusan? Agak kekok dan berdebar mereka nak layan Que sebab jarang orang besar macam Que tak buat temu janji dulu sebelum jumpa Zariel.
Orang setaraf ni mana ada datang kaunter biasanya.
"Er... Encik Que ada buat temu janji tak?," soal salah seorang daripada mereka. Gugup cuba disorokkan demi imej SLR.
Que mengeleng ringkas.
"Hubungi CEO kamu. Bagitahu dia yang saya nak jumpa dia atas hal penting," arah Que bersahaja.
Patuh dan cekap penyambut tetamu itu membuat kerja. Zack, PA Luth Zariel dihubungi melalui talian syarikat.
"Encik Que Ameer nak jumpa bos, Encik Zack,"
Zack di tingkat atas--di meja luar pejabat Zariel-- sudah berkerut dahi. Hairan.
"Okay," balas Zack.
Zack segera tinggalkan meja dia dan mengetuk pintu bilik Zariel. Zariel mengarahkan dia untuk masuk. Zack terus masuk.
"Bos, Que Ameer ada kat lobi. Dia nak--,"
"Oh. Okay," potong Zariel. Zariel angkat kepala daripada fail-fail kerjanya.
Fail yang disemaknya itu ditutup.
Zariel bangun dari kerusi. Kot dicabut dan disangkut di penyangkut baju. Kemejanya dikemaskan. Lengan baju dilipat hingga siku. Zariel tak sabar nak jumpa Que.
'Kenapa kau nak jumpa aku, Que Ameer?,' soal Zariel dalam hati. Zariel tak rasa Que Ameer nak berjumpa dengan dia hanya sebab cemburu dengan gosip dia dan Luna. Que takkan buat tindakan tak masuk akal macam tu.
Jadi Zariel tertanya-tanya apa tujuan kehadiran mengejut Que ni. Zack pelik melihat reaksi tenang bos dia.
'Apa hubungan dia orang ni? Bos tak pelik ke kenapa Que Ameer nak jumpa dia?,' fikir Zack hairan.
Zariel sanggup tinggalkan kerja dia yang banyak tu untuk jumpa Que. Zariel melangkah keluar dan Zack mengikut dari belakang. Zariel berhenti melangkah.
"Tak payah ikut aku. Aku tak rasa hal kerja. Kalau ya aku akan uruskan sendiri," kata Zariel.
Zack akur dan kembali ke mejanya. Zariel terus menuju ke tingkat bawah.
Di lobi...
Zariel melangkah tenang menuju ke arah Que Ameer yang sedang menunggu di sofa lobi.
"What a pleasant suprise. Apa yang buat seseorang macam Que Ameer datang ke SLR pada waktu macam ni untuk jumpa aku? Waktu lunch pun belum," sapa Zariel.
Kali ni Que tersenyum sinis. Tak mesra seperti selalu.
"Saja," jawab Que dengan tenang.
Que risau... mampu ke kesabaran dia bertahan hingga ke akhir perjumpaan mereka ini?
"Jom lunch sama-sama," ajak Que.
Bersahaja betul gaya mereka berdua. Kalau orang tak tahu tentang mereka pasti anggap mereka berdua berkawan baik.
Zariel tergelak. 'Okay. This is something,' fikir Zariel. Que Ameer ajak Luth Zariel lunch sama-sama?
"Mujur dah nak dekat lunch jadi aku boleh keluar. Eh tak... kalau masa pejabat pun aku tak kisah sebab yang ajak aku sekarang ni ialah Que Ameer. Jarang tu," gurau Zariel.
YOU ARE READING
The Unexpected Life
Romance[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor...