Zariel baru pulang dari office. Waktu sudah mencecah pukul sebelas setemgah malam.Joey memandu kereta dengan berhemah.
'Aik?,' Joey jadi hairan bila ternampak kereta Zariel di hadapan Cafe Millenium.
"Bos, tu bukan ke kereta bos?," tegur Joey.
Zariel menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Joey. Zariel tahu itu kereta yang dia bagi Luna guna.
"Macam mana boleh ada kat sini?," tanya Joey hairan kepada dirinya.
"Oh mesti puan," jawab Joey pada dirinya sendiri.
"Jap! Dah pukul berapa ni?," gumam Joey sendiri.
Zariel baru tersedar.
'Damn it!!,'
"Stop. Patah balik kat cafe tadi," arah Zariel serius.
Sepantas kilat arahan itu dituruti oleh Joey. Joey pun seram sebab bos dia ni bernada cemas walaupun Zariel cuba disorok.
Bila Jeoy berhentikan kereta...
Segera Zariel berlari anak masuk ke dalam cafe itu. Hatinya rasa resah dan tak tenteram. Joey menuruti Zariel di belakang.
Sebaik sahaja masuk... terkejut Joey. Zariel melihat keadaan Arif yang tercedera kerana cuba melindungi Arluna dari sekumpulan lelaki. Dan jelas Luna lega melihat kehadiran Zariel.
Sangat-sangat tepat pada masanya!
Terus Luna berlari ke arah Zariel dengan rasa takut dan lega. Perasaannya bercampur aduk. Luna terus bersembunyi di belakang Zariel. Lengan Zariel dipeluk erat. Terus pergerakan semua terhenti.
Pandangan tajam dan aura Zariel membekukan pergerakan semua.
"Kau.. siapa?," soal salah seorang daripada mereka sedikit berani.
Zariel tidak menjawab. Joey terus melakukan kerjanya tanpa menunggu arahan Zariel. Joey mengeluarkan telefon dan menghubungi seseorang.
"Rezo, datang Cafe Millenium sekarang," kata Joey di talian.
"Siapa?!," jerit semua serentak terkejut. Tak sangka.
Rezo... gangster yang terkenal di KL sekarang. Digeruni kerana sikapnya yang suka bertindak melulu dan panas baran. Rezo seorang yang sangat berbahaya. Kegiatan membelasah, membunuh, dan pergaduhan besar-besaran sudah sebati dengan nama Rezo.
"Kau siapa nak call Rezo? Huh. Entah apa-apa!," kata Arman bongkak.
Joey bertindak mahu menumbuk Arman namun suara Zariel mengeraskan tubuhnya dari menyerang. Pantang betul bila orang cakap buruk pasal bosnya.
"Tak payah," Zariel berkata tenang sambil tersenyum senget.
Tak lama kemudian, seorang lelaki sasa bertatu penuh lengan muncul di pintu masuk cafe diiringi beberapa orang anak buahnya berserta seorang perempuan seksi yang ampun.
"Bos, wa minta maaf. Wa tengah sedap excersice dengan awek ma," kata Rezo serba salah sambil tersengih.
Jatuh rahang masing-masing. Kes terkejut sebab Rezo datang belum hilang, tambah pula dengan pemohonan maaf pada pada lelaki misteri ni?
Mereka susah nak hadam. Terlalu terkejut.
Zariel hanya menggangguk mendengar alasan Rezo. Luna pula hanya terdiam mendengar jawapan tak beragak Rezo.
'Tak malu betul jawab macam tu!,' Luna yang dengar pun rasa malu.
"Kerja apa bos nak wa buat?," tanya Rezo hairan.
Biasanya Zariel tak akan pernah minta dia buat apa-apa. Hairan dia bila kena panggil. Sanggup berhentikan dulu 'kerja' dia.
"Settlekan hal dalam ni. Yang aku tahu, setiap yang terlibat dalam ni pergaduhan ni dapat habuan lumayan kecuali perempuan aku," kata Zariel sinis.
Rezo tersengih faham.
'Dah lama tak exercise macam ni. Best lo,' fikir Rezo.
Dan jeritan kesakitan mula kedengaran dalam cafe itu daripada lelaki-lelaki yang berniat cuba mengapa-apakan Luna tadi.
Habis orang-orang Rezo kenakan lelaki-lelaki tak guna yang ada dengan sepuasnya. Mangsa kesakitan masih dalam awan tak percaya.
'Rezo yang hebat pun tunduk pada lelaki misteri ni. Maksudnya lelaki ni lebih hebat dan berkuasa dari Rezo lah?!,'
"Bos, ada apa-apa kerja lagi?," tanya Rezo teruja.
"Untuk jantan tak guna tu bagi special treat sikit..,"
Rezo pandang Arman yang Zariel maksudkan dengan pandangan membunuh.
"Dan untuk Arif...,"
Jeda.
'Arif? Zariel nak buat apa pada Arif? Arif tak bersalah! Dia just nak protect aku. Lagipun dia dah suruh aku balik tadi. Aku yang salah. Arif tak salah apa-apa. Mesti Zariel marah sebab aku keluar dengan Arif kat sini. Aku kenal Zariel. Dan Zariel tak boleh lukakan Arif!,' fikir Luna nekad.
"No!!," bantah Luna pantas memintas ayat Zariel.
Zariel pandang Luna dengan pandangan kau-jangan-bantah-aku! Walaupun Luna takut namun demi Arif dia perlu. Zariel tayang muka bengang. Hati pun panas tu.
Rezo terlopong.
'Sapa ini pompuan ma? Belani betul pompuan bos cakap macam ini dengan bos!,' fikir Rezo tak sangka.
Manakala Joey sudah berpeluh cuak. 'Habislah puan! Bos bukan boleh dibuat main,' fikir Joey.
Namun kedua-duanya tergamam apabila bos mereka keluar dari cafe itu terus. Tanpa melakukan apa-apa kepada perempuan yang berani membantah kata-katanya.
"Jom balik," arah Zariel serius apabila melangkah di tepi Luna.
Luna menarik nafas lega.
YOU ARE READING
The Unexpected Life
Romance[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor...