Part 5. Kawan Sebenar

60.9K 2.3K 14
                                    

Pagi ini merupakan pagi yang paling teruk dalam hidup Luna.

Berada di atas katil dalam sebuah bilik hotel tanpa pakaian? Kalau itu belum menerangkan apa yang dah jadi malam semalam... baju dia dan tuala yang dia yakin milik lelaki itu bertaburan di lantai!

Luna tergamam di situ. Lama dia berdiam diri. Mujur tiada kelibat manusia lain selain dia. Apabila tersedar oleh realiti... Luna segera turun dari katil. Lipatan pakaian yang tersedia di atas di sisi katil diambil lalu dipakai.

'Lelaki tu ke yang letak?' soal Luna sendiri.

Luna mencapai tisu di atas meja dan mencari kewujudan pen. Dia menulis sesuatu pada helaian tisu sebelum keluar dari bilik itu dengan kalut.

Bagi Luna, hidupnya dah hancur. Dia tak ada masa nak nak meraung di sini tentang apa yang dah terjadi.

Nendanya dah meninggal dunia, Syarikat AA jatuh ke tangan orang lain dan sekarang maruahnya juga sudah musnah. Segala-galanya sudah tiada dalam gengamannya.

Luna jijik dengan dirinya sendiri!

Boleh senang-senang masuk bilik ke dalam bilik hotel entah lelaki mana. Memang dia tak sedar dan diheret oleh Sara tapi dia tetap bengang pada diri sendiri.

Bodoh!

Itu yang Luna tahu.

Sekarang maruahnya yang dijaga selama dua puluh tiga tahun ini musnah sekelip mata diragut oleh entah siapa.

Arluna menahan sebuah teksi di hadapan hotel untuk dihantar ke rumah kawan baiknya... bukan seperti Sara dan Arman! Dua manusia yang sama seperti sampah!

Sara yang hantar dia masuk ke dalam bilik lelaki tersebut. Arman si jantan yang tak guna itu pula bertanggungjawab meletakkan dadah ke dalam minumannya. Luna dapat agak apa yang berlaku dengan memorinya yang samar-samar. Sekurang-kurangnya dia tak bodoh sangat sampai tak boleh fikir apa yang jadi semalam.

Tak pun ditipu dua makhluk tu lagi. Memang bukan Luna lah kalau bodoh sangat sampai macam tu. Walaupun dia mengaku dia bodoh.

"Pakcik, boleh saya pinjam phone pakcik?," tanya Luna.

"Boleh, nak," jawab pemandu teksi itu.

Luna mendail nombor Arif. Nasib baik nombor itu dihafalnya. Dah jadi talian hayat nombor kawan itu.

Selain daripada Sara... Arif dan Airis kawan baik Luna. Tapi mereka berdua tidak berapa nak baik dengan Sara. Dah lama Luna tahu Arif dan Airis kurang berkenan dengan Sara and now she know why. Arif dan Airis adalah kawan susah senang Luna.

Kawan sejati. Dan pastinya bukan kawan sampah.

"Rif, tolong aku," pinta Luna.

"Kenapa wei? Kau okay tak ni? Kau kat mana? Kau pakai phone siapa ni?," tanya Arif hairan.

Cuak juga kalau benda buruk berlaku pada kawan baiknya itu. Dahlah apa yang berlaku pada Luna bagaikan jatuh ditimpa tangga.

Satu perkara yang buat Arif sedikit lega ialah kenyataan yang Luna bukan perempuan bodoh yang suka bertindak melulu. Jadi Arif tak bimbang yang Luna mungkin bertindak untuk bunuh diri. Tapi dia takut sesuatu buruk berlaku pada Luna.

"Aku kat bawah apartmen kau ni. Turun jap. Tolong bayar tambang untuk aku," kata Luna terdesak.

"Okay tunggu jap!," segera Arif menamatkan talian.

Beberapa minit kemudian, muncul kelibat Arif yang sedikit termengah-mengah penat sebab berlari ke hadapan bangunan.

Pintu teksi didekati. Selepas tambang dibayar teksi itu beredar.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now