Que dengan wajah tenang memandu kereta di tengah jalan raya Kuala Lumpur. Pada waktu ini, jalan kurang sesak dengan kereta. Mungkin bukan waktu kemuncak.Kereta yang dipandu Que menyusur di laluan jalan raya yang dipenuhi dengan kedai-kedai di sekelilingnya. Penuh dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang moden dan maju. Telefonnya berdering.
Earphone dipakai dan panggilan tersebut dijawab. Walaupun panggilan itu boleh dihubungkan pada keretanya namun dia malas.
"Assalamualaikum, umi,"
"Waalaikumussalam. Que, umi call ni sebab nak suruh Que balik malam ni. Umi nak kenalkan dengan anak kawan umi," kata umi Que, Puan Sri Tengku Kamilla.
Mood Que merundum. Sebenarnya Que memang langsung tak suka dikenenkan macam ni. Dia lagi suka jatuh hati semula jadi melalui pertemuan yang seperti aturan takdir. Lebih natural dan berharga.
Sebut pasal hal jodoh... Que teringat pada gadis cantik yang dia pernah jumpa hari tu. Que tersenyum bila wajah cantik itu tersemat jelas dalam ingatan.
'Semoga kita berjumpa lagi,' doa Que berharap.
"Umi... Que sebenarnya dah ada pemilik hati," bohong Que.
Que saja nak buat umi dia batalkan hasrat nak jodohkan dia dengan mana-mana anak-anak datin kawan uminya itu.
"Alhamdulillah. Siapa orangnya?," soal Puan Sri Kamilla teruja.
Lampu trafic light bertukar merah. Orang ramai melintasi jalan.
Mata Que tiba-tiba tertacap pada satu figura. Senyuman Que terukir walaupun rasa terkejut menyelubungi. Dia tahu siapa yang menangkap perhatiannya itu. Rupa wanita itu terlalu menyerlah walaupun di mana saja dia berada.
"Que?,"
"Oh. Sorry, Umi. Apa umi cakap?," soal Que.
"Siapa orangnya?," tanya umi Que.
"Insya Allah nanti umi tahu juga. Okay lah. Assalamualaikum," talian terus diputuskan.
Puan Sri Kamilla dah masak dengan perangai anak bujangnya yang pandai mengelak. Sabar je lah.
Que memerhati hala tuju Luna. Restoren Love Heart di seberang jalan dituju Luna. Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau Que mula meneruskan pemanduan. Restoren itu dituju. Kereta diparking di kotak parking. Kelibat Luna di tingkap restoren mengukirkan senyuman Que.
Di dalam Restoren Love Heart...
Airis dan Luna mencari tempat duduk. Sebuah meja berdekatan dengan tingkap diduduki. Luna melihat pemandangan luar dengan santai. Manakala Airis memesan makanan pada pelayan yang datang ke meja mereka.
"Excuse me. May I sit here and join you ladies?,"
Airis terlopong melihat gerangan jejaka tersebut.
"Q... Que Ameer?!," Airis menyoal.
Airis tahu siapa jejaka kacak ini. Luna terpinga. Que hanya tersenyum. Airis masih dengan riak tak percaya. Que mengambil tempat di hadapan Luna. Luna tersenyum pada Que.
"Que," sapa Luna ramah.
"Ya, saya. Bukan encik dah untuk kali ni kan?,"
Luna tergelak. Que hanya tersenyum. Airis masih terpaku melihat seseorang yang begitu hebat di hadapannya. Pemuda yang kacak. Yang paling penting... Kaya. Que yang sedar Airis masih terpaku hanya menghulurkan senyuman sopan untuknya.
"Oh! Lupa nak kenalkan. Tulah tiba-tiba je muncul macam ni dekat meja orang," bebel Luna.
Que tersenyum. Que suka senyum dan selalu tersenyum apatah lagi sebab Luna ada di depan mata. Takkan tak senyum kalau gembira.
YOU ARE READING
The Unexpected Life
Romance[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor...