Luna takut. Hati Luna dah mula menangis."Okay," balas Luna walaupun suara dia hampir tak terkeluar. Perlahan sangat suara Luna.
Luna cuba kumpul kekuatan sepanjang perjalanan ke pejabat Zariel. Luna ekori Zack ke tingkat atas. Zack bukakan pintu untuk Luna masuk ke dalam pejabat Zariel.
"Good luck, puan," kata-kata semangat
diberikan pada Luna sebelum Zack pergi dari situ.Luna hanya mengangguk sendiri. Beri semangat kepada diri sendiri. Daripada riak wajah simpati Zack pun, Luna dah boleh jangka apa yang dia akan berhadapan sebentar lagi. Luna melangkah masuk ke dalam hanya untuk makin kecut perut melihat keadaan bilik pejabat yang berselerak.
'Apa nasib aku?,' soal Luna dalam rasa pasrah dan sebak.
Pandangan Zariel tajam pada Luna yang melangkah masuk. Wajah Zariel keruh. Zariel masih duduk di kerusinya. Luna cuba berdiri tegak walaupun lutut dia dah mengigil ketakutan. Zariel tolak kasar kerusi dia duduki ke belakang sewaktu berdiri. Urat di lengan Zariel timbul.
"Sa-saya--,"
"Shut up!," tengking Zariel.
Bahu Luna terhinjut. Kepala Luna terus tertunduk memandang lantai. Wajah Zariel tidak boleh dipandang. Kalau tak air mata dia akan mencurah lebat dalam sekelip mata.
"Apa yang kau fikir? Kau nak balas rasa sakit hati kau ke? Sebab kau geram dengan aku kan? Jadi kau serahkan fail sulit syarikat tu pada orang syarikat lain!," ujar Zariel dengan nada yang masih terkawal.
"Sebab aku dengan Nayla kena tangkap basah kan?!," tanya Zariel.
Luna cuba bersuara tapi dia tak mampu. Suara dia macam tersekat di kerongkong. Tak terkeluar.
"Sa-saya... tak buat se-sebab--,"
Mata Luna panas. Luna cuba mengangkat pandangan.
"Argh!! Kau memang tak guna!," tengking Zariel. Zariel macam dah lupa siapa di hadapan dia ini. Isteri dia. Luna dia.
Zariel dah berada di hadapan Luna. Zariel tahan diri daripada cuba mencederakan Luna. Kemarahan yang melampau buat dia rasa nak tampar Luna tapi tangan dia terhenti di udara bila dia sedar semula siapa yang di hadapannya ini.
"Tak guna!," gumam Zariel tertekan.
Tangannya dijatuhkan kembali. Luna dah tak mampu tahan tangisannya. Rasa bengang Zariel makin menjadi-jadi bila Luna menangis. Tanpa dapat ditahan bahu Luna ditolak. Perlahan. Zariel cuba untuk kawal kekuatan dia untuk seminimum mungkin. Zariel sendiri tak sangka Luna sampaikan boleh terjatuh.
Zariel bayangkan Luna hanya akan terkebelakang beberapa langkah. Namun rasa marah dan ego dia menghalang Zariel daripada rasa menyesal. Zariel tahan diri daripada menerpa dan membantu Luna bangun.
Luna terjatuh kasar dengan impak tolakan itu. Luna terduduk lemah di atas lantai. Luna hanya mampu tergamam. Sakit di badan yang mencucuk-cucuk tak sesakit luka di hati. Zariel mendengus marah. Dia tak rasa apa-apa melihat keadaan Luna itu. Luna hanya terdaya menangis.
"Kau menyusahkan aku, Arluna Aisyah. Menyerabutkan hidup aku! Aku benci kau, Luna!," ujar Zariel dalam cubaan untuk hilangkan rasa bersalah.
"Fuck! Fail tu penting!! Disebabkan perasaan kau, kau rosakkan plan SLR? Childish! Bodoh tau tak?! Kau tak fikir ke pasal kawan-kawan pejabat kau yang dah bersusah payah? Berbulan-bulan dia orang berkerja sampai lewat malam... tapi kau boleh senang lenang serahkan hasil kerja dia orang pada syarikat lain? Kau tak rasa tak berguna gila ke?!," Zariel meluahkan rasa bengang dia.
Kalau ikutkan akal Zariel, dia tak nak panggil Luna tadi. Malangnya hati dia menang dengan bisikan syaitan yang cuba memperbesarkan marah dia.
"Sebelum kau mereput di sini baik kau blah! Aku tak boleh tengok muka kau sekarang. Kau dipecat! Berambus dari syarikat ni!," arah Zariel serius.
Luna nak bela diri. Luna nak terangkan yang Anas permainkan dia. Dia nak cakap yang dia tak ada niat nak bagi fail tu pada sesiapa.
Tapi Luna tak mampu nak cakap apa-apa. Yang dia mampu buat hanyalah menangis, menangis dan menangis.
Hati Luna meraung. Pedih! Zariel tak bagi dia peluang untuk cakap apa-apa. Dan apa? Zariel terus buang dia dari hidup Zariel? Semudah ini? Luna sebak bila fikir semua tu. Luna cuba bangun dan berdiri perlahan-lahan walaupun pinggang dia rasa macam terpatah dua.
Disebabkan Zariel dah lenyapkan dia dalam hidup, Luna cuba kuat. Luna berjalan keluar dari situ dalam keadaan terincut-incut. Badannya yang rasa nyilu cuba dihiraukan.
Luna rasa nak menjerit biar semua orang tahu apa yang dia rasa.
Peritnya!
Sakit!!!
Luna menuju ke lif dengan mata yang berair. Pinggang yang terasa nak tercabut dipegang. Luna hampir terjatuh di hadapan lif yang terbuka. Mata-mata yang melihatnya tidak dihiraukan.
Luna segera keluar dari bangunan ini. Dia terpaksa tahan sakit yang mencucuk seluruh badannya.
Di depan bangunan SLR Holdings yang gah itu...
Luna cuba berjalan perlahan-lahan sejauh yang boleh. Dia tak rela dekat dengan tempat itu lagi. Dia tak nak jejakkan kaki di situ lagi. Luna nak jauhkan diri daripada lelaki bernama Zariel itu. Dia tak nak jumpa Zariel lagi!
Luna tak tahu kenapa sakit sangat. Kuat sangat agaknya Zariel tolak dia. Terseksa betul dengan sakit yang dia rasa. Tapi hati dia lagi terluka. Zariel yang tanam rasa sakit ini dalam hati dia. Air mata Luna mengalir. Peluh di dahi dia juga mengalir.
Matahari tengah terik sekarang ni. Teksi yang lalu lalang cuba ditahan. Tapi tak ada sebuah pun yang sanggup berhenti. Luna rasa nak pitam. Mata Luna silau bila memandang pancaran matahari yang memancar.
Pandangan Luna semakin kabur.
Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di tepi jalan di hadapannya. Seseorang keluar dari kenderaan tersebut namun gerangan itu kabur pada pandangan Luna. Luna tak tahu siapa dia.
Sesuatu mengalir di celah pehanya. Ahh. Luna rasa dunia dia berpusing. 'Kenapa perit sangat ni?,'
Akhirnya, Luna terkulai layu.
Belum sempat badan Luna menyapa tanah, Luna jatuh ke pangkuan seseorang. Dan Luna terus tidak sedar apa-apa selepas itu.
YOU ARE READING
The Unexpected Life
Romance[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor...