Suasana di konsert nyanyian itu riuh rendah.
Meriah dengan ramai orang. Artis dan penyanyi popular turut hadir. Menambah keterujaan orang ramai.Di belakang takbir... penuh dengan krew dan peralatan.
Luna hampiri Faozan yang sedang berbual dengan kawannya yang berkerja di situ. Faozan yang terpandang Luna terus tersenyum lebar.
"Ni mesti Arluna Aisyah yang terkenal dengan bakat dan kecantikan dia tu kan?," sapa lelaki yang Luna tak kenal itu.
Luna hanya tersenyum hormat. Malas nak beramah mesra.
"Luna, thanks sebab sanggup datang. Tak sia-sia saya minta tolong Faozan," katanya lagi sambil tersenyum manis.
Faozan tergelak kekok. Nak mengurat Luna? Cari maut?
"Kenapa you kat sini? Pergilah duduk di kerusi khas untuk artis," kata Faozan.
"Jap. Nak tanya," kata Luna serius.
Luna melangkah dan Faozan terpaksa tinggalkan kawannya itu dan mengikut Luna.
Sudut di tepi pentas...
Luna berhenti.
"Kenapa you tak kata yang syarikat Zariel ada taja konsert ni?," soal Luna.
Faozan garu kepala sambil tersengih.
"Lah buat apa I nak bagitahu you? Suami you kan. Takkan you tak tahu?," jawab Faozan bersahaja.
Luna mengeluh kecil.
Faham tak kerisauan Luna?
Kalau Zariel taja.... mesti dia ada kan? Kalau konsert yang lain mungkin Zariel tak datang tapi konsert yang Luna hadiri? Bukan tu ke tujuan utama Zariel tanya konsert apa semalam? Sebab dia nak taja dan cari sebab untuk ada di sini.
Dasar bosan duduk rumah. Entah berjaya dah ke belum pujuk anak kecil mereka yang merajuk tu.
Luna takut Zariel buang tabiat. Memang Luna tak nampak Zariel lagi. Cuma... Luna rasa something. Zariel bukan boleh percaya.
Banyak lah yang Luna risau.
Apatah lagi dia kenal perangai Zariel.
"Apa masalah you dengan kehadiran Zariel? You fikir lebih lah. Entah dia tak datang pun," kata Faozan memujuk.
Luna hanya mengangguk. Betul juga kata Faozan. Dia paranoid sangat.
"Dah lah. Pergi duduk kat seat,"
Hah... Luna teringat.
"VIP seat sekali dengan artis ke?," soal Luna cemas.
Faozan mengangguk.
Tak lama kemudian...
Konsert Bintang Sirius itu bermula.
Seorang lelaki yang memegang mikrophone tanpa wayar menaiki pentas besar itu. Dia merupakan pengacara terkenal iaitu Dani Jo.
"Welcome everyone!!," jerit Dani Jo yang jelas bersemangat itu.
Jeritan keterujaan bergema di seluruh dewan besar itu.
Luna tersenyum teruja bila persembahan pembukaan merupakan persembahan kanak-kanak.
Teringat Luna pada Isya. Rindu. Kalau dia tak duduk kat sini mesti dia tengah main dengan anak kecilnya itu.
"Seterusnya adalah persembahan nyanyian dari....," ayat digantung bagi suspen.
Satu dewan senyap.
"Darius Wong!,"
Bergema jeritan gadis-gadis. Makcik-makcik pun tak terkecuali.
Bila pelakon lelaki terkenal yang hensem menyanyi... mesti lah mereka teruja!
Luna tak perasan pula yang Darius pun ada.
Darius melangkah ke atas pentas dengan iringan jeritan keterujaan.
Darius tersenyum pada semua sewaktu di atas. Bila matanya menangkap figura Luna, senyuman Darius makin lebar.
Darius memang ada satu idea berani mati.
Tunggulah dia habis menyanyi.
Darius pegang mikrophone. Backtrack dah kedengaran.
Baru sahaja Darius tarik nafas nak mulakan nyanyian...Satu dewan tersenyap tiba-tiba!
Darius terpinga. Apa yang tak kena?
Dia pun terdetik perasaan sangsi nak nyanyi. Kenapa ni? Semua menoleh ke belakang. Darius ikut arah pandangan semua.
Jatuh juga rahang Darius.
Sepasang kaki slender melangkah penuh karisma dan berkeyakinan walaupun jadi tumpuan semua dekat situ.
Bunyi terkejut keluar dari mulut masing-masing.
Luth Zariel bin Tan Sri Zain datang ke konsert?!
Tapi tu ketepikan dulu...
Kanak-kanak kecil yang beriringan dengan Luth Zariel sudah tersenyum comel... mungkin segan bila jadi tumpuan. Bila malu dia senyum gais. Kalau kita menyorak ark?
Luna terdiri bagai kena renjatan elektrik. Automatik kerusinya jatuh ke belakang dan terbalik.
Maaf tapi tumpuan masing-masing tetap pada lelaki kacak dan anak kecil comel yang hampir serupa itu.
Semua tak buta untuk lihat yang mereka berdua seiras.
Mujur di sebelah Luna ada orang kalau tak Luna dah tercarut tadi.
Nak sambung tak?
Feeling tak mau la.Tunggu next chap bahahaha.
Kita tengok apa jadi..
YOU ARE READING
The Unexpected Life
Romance[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor...