Zariel mengerutkan dahi. Pandangan ditajamkan untuk melihat dengan lebih jelas Dia fokus ke arah itu. Tanpa dapat dikawal, kaki Zariel melangkah menghampiri pasangan itu bila yakin siapa gerangan mereka berdua.
"Que Ameer. Buat apa di sini?," sapa Zariel dengan senyuman.
Que mengangkat kening. Keliru. Luth Zariel senyum? Walaupun senyuman tak ikhlas tapi senyum?
Zariel memandang belakang mereka. Jelas yang Que dan Luna baru saja keluar dari kedai buku itu. Buku kanak-kanak di dalam beg kertas dalam pegangan Que dikerling sekilas. Wajah Zariel kekal biasa.
"Beli hadiah hari jadi budak. Kau?," balas Que. Walaupun kekok bila ditegur tiba-tiba oleh Zariel tapi dia cuba membalas dengan bersahaja.
Luna rasa jantung dia nak tercabut. Mujur jawapan Que tak mengundang keputusan nafas Luna.
"Ohh. Aku saja jalan-jalan. Bosan duduk rumah. Bukan ada wife pun, kan?," jawab Zariel selamba.
Nak tersedak kawan tu mendengar. Zariel buat tak peduli kewujudan Luna di situ. Que baru teringat nak kenalkan Luna bila nampak Zariel mengerling Luna sesaat.
"Zariel, ini Arluna. Kau mesti kenal, kan?," tanya Que dengan nada biasa.
Luna pelakon terkenal. Jadi Que anggap Zariel kenal. Muka Luna selalu terpampang di kaca televisyen. Di tepi-tepi jalan di papan-papan iklan pun ada.
Zariel rasa nak jawab ikut perasaan tapi dia tahan. Akhirnya senyuman tertahan dia ukir. Zariel sendiri tak boleh kawal ekspresi sendiri. Asyik tersenyum kenapa? Dah tahu pelik, senyum juga.
Luna yang mendengar soalan Que terus tergamam. Dia tak dapat cover reaksi langsung. Sebab Zariel ada di hadapan dia. Kehadiran Zariel je buat skil berlakon dia lesap.
"Artis kan," balas Zariel ringkas.
"Dan Luna, ni Luth Zariel... lelaki hebat dalam dunia perniagaan. The CEO Of SLR Holdings,"
Luna pandang Zariel dengan pandangan kosong. Pura-pura tak kenal. Acah tak kenal ayah anak sendiri. Muka Isya banyak menurun Zariel. Luna tak suka akan kenyataan itu. Kalau mereka duduk dekat, orang memang akan terus tahu mereka anak beranak.
"Nice to meet you," ujar Zariel dengan nada sopan sebelum menghulurkan tangan.
Que hanya pandang huluran tangan Zariel dengan tenang. Zariel mengangkat kening pada Luna. Menunggu untuk tangannya disambut.
Luna tersenyum kekok. Zariel pura-pura terpinga. Lepas tu dia acah macam baru tersedar. Zariel tersenyum nipis. Senyuman jelas lagi palsu.
"Opss... My bad," kata Zariel dengan nada memahami separuh bersalah.
Padahal pada pendengaran Luna nada itu jelas sinis. Que terus melihat jam di pergelangan tangannya dengan keluhan berat.
"Zariel, sorry but we got to go," ujar Que dengan rasa bersalah.
"Jom, Luna. Kalau lewat nanti meroyan pula puteri Isya tu," kata Que dengan nada lucu.
"Okay then. Aku gerak dulu," kata Zariel dengan ringkas.
Zariel memandang Luna buat kali terakhir dengan pandangan biasa, kemudian dia terus beredar dari situ meninggalkan Que yang tenang dan Luna yang sedang diamuk pelbagai rasa.
Apa yang Luna rasa, Zariel pun rasa. Sakit hati, marah, geram, bengang, rindu... semua ada. Kalau ikutkan perasaan dah lama Zariel peluk Luna di situ juga dan terus bawa Luna pulang. Que pula akan ditumbuk kerana cemburu.
Depan mata lagi seksa berbanding dalam televisyen. Sekurang-kurangnya dalam drama, Zariel jelas dengan kenyataan yang Luna hanya berlakon. Tapi tetap lah rasa nak bunuh semua lelaki yang berlakon romantis dengan Luna.
YOU ARE READING
The Unexpected Life
Romance[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor...