Part 46. Panas

51.1K 1.8K 47
                                    

"You guys tengah rehat kan?," tanya Zariel dengan nada yang biasa digunakannya terhadap para pekerja.

Tidak terlalu serius tetapi tegas dalam tenang. Entah nak huraikan macam mana tetapi apabila mendengar, jelas yang Zariel seorang ketua yang profesional dan bagus.

"Er... y-ya, bos," jawab ketua krew dengan sedikit gugup. Kekok.

Zariel mengangguk kecil. Sofa di sebelah Luna diduduki. Semua di dalam studio itu masih setia memandang Zariel umpama nampak gajah terbang. Zariel yang bosan dengan perhatian semua pekerjanya mula bersuara serius.

"Kenapa? Teruskan rehat kau orang semua... Don't mind me," arah Zariel dengan bersahaja.

Walaupun agak kaku, mereka semua mula berlakon biasa. Tetapi suasana masih sunyi.

Krik... krik...

Zariel nampaknya tak terjejas dengan perkara ini. Dah biasa agaknya. Siapa je selesa kalau bos kurang ramah mereka ada dekat dengan mereka?

Perhatian Zariel beralih pada Luna. Luna memang buat tak peduli dengan kehadiran Zariel di sebelahnya.

Luna selamba berbincang tentang hal kerja dengan Faozan. Faozan duduk di sofa tunggal berhampiran mereka. Studio tak besar mana jadi apa-apa bunyi dapat didengari kalau berada dekat.

"Berapa lama projek ni?," tanya Luna.

"Seminggu kalau semuanya lancar," jawab Faozan dalam kekok.

Faozan pun reti rasa kekok kalau dekat dengan Zariel. Hairan juga dia bila Luna nampak habis selamba. Faozan kekok nak bincang kerja sekarang tapi Luna buat tak faham dengan reaksi Faozan.

"Okay," jawab Luna.

Luna lega sebab tak lama sangat nak hadap datang ke syarikat Zariel ni.

"Jumaat ni kontrak habis kalau shooting dah siap. Selepas tu you ada movie plus drama pula," terang Faozan lagi.

"Lepas tu?," soal Luna.

"You kan nak stop jap. Nak rehat seminggu dua. You nak spend time dengan siapa entah. I lupa pula," Faozan mengingatkan.

'Spending time with? Huh!,' Zariel rasa panas dalam bilik berhawa dingin ni.

"Kenapa tanya?," soal Faozan pada Luna.

"Saja je," jawab Luna ringkas.

Jurusolek menghampiri mereka. Luna dipanggil ke meja solek untuk touch up. Sedang ralit jurusolek mengerjakan tugasnya... Zariel yang sepi di sofa mula bersuara semula.

"Attention please... saya ada adakan jamuan makan kecil untuk pekerja studio ni. Saya hanya nak beri penghargaan kecil atas usaha keras kamu semua untuk SLR," maklum Zariel tanpa reaksi berlebihan.

Para pekerja takkan tanya sebab apa tapi Zariel saja maklumkan. Siapa nak tanya motif Zariel? Kalau ada jamuan maksudnya ada jamuanlah. Tak ada means tak ada.

"You all may go to the pantry now," pelawa Zariel lebih berupa kepada arahan ringkas.

Pandangan Zariel beralih tepat pada Faozan. Faozan jadi berdebar.

"Encik Faozan juga dialu-alukan. Saya berbesar hati untuk Encik Faozan turut serta," kata Zariel dengan nada yang pura-pura mesra.

Nak mesra betul? Kirim salam.

Faozan tersenyum sopan. "Terima kasih," balas Faozan.

Masing-masing rasa macam mereka jadi robot bila datang perangai buang tabiat Zariel. Hanya menurut walaupun pelik.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now