Part 3. Lelaki Itu...

62.8K 2.5K 142
                                    


DI luar hotel itu..

Sara belum pulang. Dia tercongok di luar hotel itu dengan rasa tak puas hati. Sara dapat agak apa yang dirancang oleh Arman.

'Aku kena buat sesuatu!,' nekadnya.

Di dalam bilik hotel tadi...

Baru sahaja katil mahu dipanjat... tiba-tiba telefonnya berdering. Arman mendengus geram. Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Panggilan itu dijawab dengan wajah malas.

"Arman, handbag I tertinggal di cafe tadi. Tolong ambilkan... please, sayang. I tunggu kat luar. I malaslah nak masuk semula. I tahu you belum keluar lagi sebab I tak nampak pun you. Alang-alang you nak keluar tu, tolong bawakan handbag I terus. I will wait here," Sara pandai gunakan ayat supaya Arman tiada peluang untuk tolak.

"Okay, baby," balas Arman dengan lembut. Wajahnya dah kelat habis.

Arman menyumpah dalam hati. Talian terus dimatikan. Tanpa menunggu lama, Arman segera keluar dari bilik itu untuk mendapatkan beg tangan Sara di cafe tingkat bawah.




Sara lega apabila Arman terpedaya. Nasib baik Arman tidak sedar akan helah Sara. Sara segera masuk semula ke dalam hotel.

Sebaik sahaja Sara melihat kelibat Arman yang turun ke lobi, segera Sara menyorok dibalik dinding. Arman pula segera menuju ke cafe. Apabila yakin semuanya sudah selamat untuknya, Sara berlari anak ke lif untuk ke tingkat atas yang menempatkan bilik-bilik hotel. Dia tahu bilik yang selalu ditempah oleh Arman. Bilik itu terus dituju.

Tombol pintu itu dipulas. Sara tersenyum lebar. 'Tak berkunci!,' Nasib menyebelahinya. Arman kelam kabut keluar tadi.

Sara menerpa masuk dan terus menarik tangan Luna. Sara tahu tekaan dia tepat. Keadaan Luna yang tidak berapa terbaik itu membuat Sara mengeluh bosan. Dia menarik Luna bangun dari katil. Sara mengheret Luna keluar dari bilik itu. Luna yang terpinga-pinga hanya menurut. Hanya bila dia dalam keadaan macam ni sahaja orang lain boleh ambil kesempatan terhadapnya.

Bila sampai sahaja di luar bilik itu, Luna merentap lengannya yang ditarik Sara. Kepala yang semakin berat dipegang.

"Kau kenapa, girl?," soal Luna dengan nada tak puas hati. Hairan dan keliru dengan situasi yang sedang berlaku di sekelilingnya.

Sara mendengus geram. Lengan Luna ditarik semula. Dia harus cepat! Kalau Arman melihat keadaan dia sedang menarik Luna... dia tak tahu apa yang mampu dijawabnya.

"Aku takkan bagi Arman sentuh kau. Arman aku punya! Jadi aku nak bawa kau berambus dari sini!," kata Sara dengan penuh benci.

Sara tak nak Luna dan Arman bersama! Arman miliknya! Kalau lelaki lain dia tak kisah walaupun di hadapannya ini ialah kawan yang dia dah kenal hampir lebih sepuluh tahun.

Sara tarik juga Luna walaupun dia memprotes.

Tiba-tiba kelibat belakang Arman dilihat oleh Sara. Cepat-cepat Sara menyorok di belakang dinding. Luna turut ditarik kasar.

Peluh merinik di dahi Sara. Sara mula berdebar dan cuak. Bila kelibat Arman menghilang, Sara mula lega sedikit.

'Agh! Aku kena hilangkan Luna. Arman tak boleh dapat Luna!,' nekadnya.

Tanpa berfikir panjang, satu persatu pintu bilik di laluan itu cuba dibuka. Dia dah tak kisah pasal Luna. Asalkan dia tak tertangkap. Sara cari cara untuk lesapkan Luna.

Namun semua pintu berkunci.

Hanya tinggal dua buah bilik saja lagi yang belum cuba dibuka.

Tiba-tiba... Sara hampir melopong. Tapak kasut seseorang sedang menghampiri. Sara kenal bunyi itu.

Tapak kasut Arman!

'Luna kena lesap cepat!,' fikir Sara panik.

Pasti Arman sangka Luna keluar dari bilik dan berkeliaran. Sara jadi makin cemas. Hampir pucat wajahnya. Sara tak nak ditangkap dalam keadaan dia bawa Luna lari!

Dengan segera tombol pintu bilik seterusnya dipulas kasar.

Terbuka! Tak berkunci!

Sara menarik nafas lega dan terus menolak Luna masuk ke dalan bilik itu dan menguncinya dari luar. Tanpa berfikir panjang, Sara beredar dari situ dengan rasa lega.

Sarah tersenyum sinis. Misi dia berjaya.

Sara dah ada rancangan. Kalau Arman telefon untuk tanya apa-apa pasal Luna... Sara akan jawab yang Luna telefon dia dan jujur kononnya Luna tidur dengan lelaki lain dalam bilik hotel yang dia tak kenal.

Biar Arman syak yang Luna keluar dan masuk bilik lain sesuka hati. Sekurang-kurangnya Arman tak syak Sara ada kaitan dengan kehilangan Luna.

Sara juga boleh terus pura-pura yang dia tak tahu niat Arman pada Luna.




















Bilik VVIP bernombor 1998...

Luna bersandar pada pintu.

Kedengaran bunyi pancutan air shower dari dalam bilik air.

Wangian berbau maskulin memenuhi ruang bilik itu. Bilik tersebut kelihatan kemas dan mewah walaupun hanya diperhatikan sekilas.

Luna tak hiraukan persekitarannya... Sekarang ni... Dia mula berpeluh. Wajahnya bertukar kemerah-merahan.

Suatu perasaan yang belum pernah dirasainya muncul. Luna memegang dada kiri sendiri untuk rasa jantungnya berdegup kencang tanpa sebab.

Dia rasa panas.

Tak lama kemudian... seorang lelaki keluar dari bilik air itu dengan hanya bertuala separas pinggang.

Jiwa Luna bergelora. Luna tak pernah rasa macam ni dan dia tak tahu apa perasaan ni. Perasaan yang dia tak mampu nak luahkan.

Antara keinginan dan akal. Berlawan antara satu sama lain. Luna rasa mungkin dia dah gila.

Lelaki yang bermata coklat gelap itu memandang Luna sekilas lalu menghiraukannya. Lelaki itu mencapai satu helai lagi tuala dan mengelap rambutnya dengan tenang.

Dia duduk dengan santai di atas katilnya. Luna bagaikan tiada di situ. Selamba sungguh... bagaikan perkara harian berlaku pada dia.

Luth Zariel bin Tan Sri Zain. Dua puluh lima tahun.

Tiada sesiapa mampu menafikan bahawa dia mempunyai fizikal lengkap bagi seorang lelaki. Zariel hampir dikategorikan sebagai sempurna. Dengan wajah dan badan yang dia miliki... boleh kata tidak adil untuk lelaki-lelaki lain.

Tall, fair, and handsome.

Jangan kata lelaki cemburu dengan rupa dia, sesetengah perempuan juga ada.

Wajah lelaki yang digelar silent killer dalam perniagaan ini mampu melemahkan lutut wanita-wanita yang melihatnya. Hanya dengan satu pandangan mampu mencairkan dan mengetarkan jiwa wanita.

He never look at girls but girls never look at him twice. Girls took many glimpse and non stop. His look is addictive and perfect.

Seorang yang terkenal dengan kehebatannya dalam bidang bisnes. Pemuda yang sudah mempunyai aset mencecah puluhan juta. Antara pemuda yang berjaya diusia muda.

But... yup! Nobody is perfect.

Sifat yang Zariel miliki agak unik. He is quite cold.

Perwatakannya yang agak misteri, dingin, dan tegas menakutkan. Jarang ada orang yang teguh apabila berhadapan dengannya.

Arahannya pula wajib dituruti.

Luth Zariel bin Tan Sri Zain.

Nama yang gah namun kewujudannya kurang diketahui ramai. Hanya orang tertentu sahaja kenal siapa dia.

Zariel tak benarkan sebarangan media memaparkan isu dia. Dan... tiada sesiapa yang berani melanggar apa yang dikatakannya. Hanya bila Zariel mahu atau perlu sahaja media boleh memaparkan isu Zariel.

Luth Zariel... the definition of cool.

Cold but hot.




The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now