"Ama uncle macam ama Isya,"
(Nama uncle macam nama Isya)Zariel tak beri reaksi terhadap penyataan Isya yang nampak teruja. Que tersenyum nipis.
"Kenapa?," soal Zariel perlahan. Hilang nada dingin dan serius yang biasa Zariel guna.
Isya panggil Que nun di belah sana. Tak jauh mana pun. Bangku sebelah je. Cuma Isya yang kecil mungkin tak nampak badan Que sebab badan Zariel di sebelahnya.
"Uncle Que... Uncle perasan tak?," soal Isya dengan nada polosnya.
Nampak comel.
How many time should I mention this?
Isya is one freaking cute little girl.
"Ya, uncle pun perasaan. Nama Isya macam nama uncle Zariel. Nama uncle Zariel... Luth Zariel. Nama Isya pula Luthfia Amisya. Nak dekat sama kan?," komen Que pula.
Que cuba ukir senyuman. Manakala Zariel pula tanpa sedar sudah tersenyum kecil.
'Luna, kau benci aku but still letak nama Isya berdasarkan nama aku. Apa maksud kau, Luna?,' Cap yang dipakai Zariel cabut.
Tanpa dapat ditahan, Zariel tekup kepala Isya dengan cap-nya. Kepala Isya yang kecil itu ditutupi dengan cap milik Zariel yang agak besar itu. Nampak mencuit hati gelagat terkejut kecil si comel itu. Selepas itu Isya tergelak suka. Dia suka bila cap Zariel dipakaikan di kepalanya.
"Biar je dia pakai. Comel," kata Zariel.
"Kau memang suka budak ke? Mudah betul Isya suka kat kau walaupun Isya sombong sikit tau dengan orang yang dia tak kenal," komen Que.
Nak tergelak Zariel tapi tak mungkin lah dia nak gelak depan Que. Isya yang habis peramah ni sombong? Biar betul.
"Tak. Aku tak suka budak kecil," jawab Zariel selamba. Jujur apa?
Tapi Zariel jatuh suka pada Isya. Dia jatuh sayang hanya dengan melihat si kecil ini. Tak dinafikan dia tahu Isya ni anak dia. Zariel dapat rasakan sesuatu bila lihat Isya. Wajah Isya yang sebijik macam dia juga meyakinkan lagi tekaan itu.
"Ank you, Uncle Zariel. Isya suka opi ni," ucap Isya ceria.
(Thank you, Uncle Zariel. Isya suka topi ni)Zariel mengangguk. Zariel tersenyum pada Isya. Hanya untuk tatapan si kecil. Zariel berdiri dan mendukung Isya walaupun agak kekok lalu menyerahkan kepada Que dengan bersahaja. Padahal hati berat nak serahkan Isya pada Que. Melihat keakraban Isya dan Que pun dia dah cemburu. Kalau Luna dengan Que?
Tiada komen.
Dia perlu pulang sekarang walaupun dia tak puas meluangkan masa dengan anaknya. Kalau ikutkan hati, Zariel rasa nak culik Isya. Biar Luna melolong menangis sendiri tapi dia rasa macam kejam sangat.
"Semoga jumpa lagi, Luth Zariel," ucap Que.
"Me too, Que Ameer," balas Zariel.
Zariel mula melangkah dari situ. Zariel dapat rasakan yang Que tahu siapa dia pada Isya. Tapi selagi Que tak sebut, dia pun akan buat tak tahu.
Yang penting hanya satu...
Que tahu Luna dan Isya milik dia.
Walaupun dia kurang berkenan dengan keakraban hubungan Que dengan kedua-dua mereka tetapi sekurang-kurangnya Que ada ketika dia tak ada untuk Luna.
Jadi... nak tak nak dia rasa berterima kasih pada Que.
Lewat petang itu...
Que hantar Isya pulang.
YOU ARE READING
The Unexpected Life
Romance[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor...