Part 19. Puan Sri Arisah

54.6K 2.2K 16
                                    

Keesokan malamnya...

"Hai, honey-sugar-butterscotch-sweetie-pie-cutie-
cupcake," sapa Zariel pada Luna yang baru masuk bilik.

Wajah Luna mencuka. Geram dengan Zariel yang mengusik. Zariel yang sedang berbaring santai di atas katil menarik tangan Luna supaya dia jatuh terduduk. Luna terjerit kecil. Zariel terus menarik Luna baring di atas lengannya. Lengan seksi Zariel berlingkar di pinggang Luna.

"Riel, apa ni?," tanya Luna geram. Sesuka hati je tarik orang.

Selamba Zariel mengada macam ni lepas ejek dia.

"Saja. Rindu," bisik Zariel di tepi telinga Luna.

Hati Luna yang panas terus reda. Luna tersenyum.




Pagi di pejabat...

Zariel mengeluh.

"Joey, pergi jemput Puan Sri Arisah kat airport," arah Zariel.

Segera Joey menurut arahan.

'Tadi mood bos happy. Lepas dapat call terus angin puting beliung dia muncul. Sampaikan suruh aku ambil Puan Sri. Ke Cik Nayla yang call bos? Kesian Cik Nayla sebab bos dah kahwin dengan Cik Arluna. Hairan aku. Bukan ke Cik Nayla satu-satunya perempuan yang bos boleh terima? Tapi sekarang ni...?,' hairan sedikit Joey.

Ah. Malas dia fikir pasal bos dia. Yang Joey tahu Nayla ialah kekasih Zariel yang dingin tu. Sebab apa putus dia tak tahulah pula. Bos dia bukan nak bagitahu hal peribadi dia. Lambat lagi.



Di lapangan terbang KLIA...

Puan Sri Arisah melangkah dengan penuh karisma sambil diiringi dua orang bodyguard yang segak berkot hitam berwajah serius manakala dua orang pembantu setia mengekor dari belakang sambil membawa beg-begnya.

Joey menghampiri Puan Sri Arisah. Joey menunduk hormat. Puan Sri tersenyum melihat Joey.

"Luth mana?," tanya Puan Sri.

Dah lama dia tak bersua muka dengan anak tunggalnya itu. Syarikat di luar negara perlu pemantauan. Dua tahun dia menetap di Austalia bersama suami, baru sekarang dia pulang ke tanah air. Papa Zariel tak dapat balik kerana kekangan masa dan tanggungjawab lain.

"Bos tak dapat datang ada urgent," jawab Joey.

Puan Sri Arisah sedikit terasa hati. Anak dia itu tak datang menjemputnya sendiri walaupun mereka dah lama tak bersua muka. Mereka hanya saling menghubungi melalui telefon dan internet.

"Dia tak rindu aunty ke?," soal Puan Sri perlahan.

Joey tidak menjawab. Dia tak ada hak nak menjawab bagi pihak Zariel dan dia tiada jawapan. Tapi anak mana yang tak rindu ibunya?

"Jom, aunty," kata Joey sopan dan iringi Puan Sri Arisah ke kereta untuk pulang ke villa Zariel.


Di villa Zariel...

Bodyguard Puan Sri hanya berdiri di luar sisi pintu rumah. Pembantunya masuk membawa bersama beg-beg pakaian. Puan Sri mengambil tempat di sofa untuk menghilangkan lelah. Joey meminta izin untuk beredar dan terus kembali ke office.

Luna yang tak menduga kehadiran tetamu di villa itu turun ke tingkat bawah sambil menyanyi kecil.

Di tangga terakhir... Luna terkaku dan tergamam. Ada figura asing di ruang tamu. Jantung Luna berdegup kencang melihat wajah tak senang wanita separuh abad yang elegan itu.

Puan Sri mengerutkan wajahnya. 'Siapa perempuan dalam rumah anak aku ni?,' fikirnya hairan. Tak silap dia Zariel takkan lantik pembantu rumah gadis muda. Lagipun rupa Luna memang tak sesuai untuk jawatan pembantu rumah.

"Kamu siapa?," tanya Puan Sri Arisah serius. Garang.

"Err... saya Arluna," jawab Luna tergagap-gagap.

"Maksud saya siapa kamu dalam rumah ni?," balas Puan Sri kurang senang.

"Sa... saya--,"

'Kring!! Kring!!' telefon rumah berbunyi dari atas meja kecil di ruang tamu mewah itu.

Mak Nab mengangkat dan terangguk-angguk mendengar butiran pemanggil tersebut.

"Puan Sri, Tuan Zariel nak bercakap dengan Puan Sri," kata Mak Nab sopan.

Puan Sri Arisah menghampiri Mak Nab. 'Tak reti pakai call phone aku ke Luth ni?,' rungut Puan Sri Arisah geram.

"Ya? Tak reti call phone ibu ke? Kenapa ada perempuan dalam rumah Luth ni? Siapa Luna ni? Dia buat apa kat sini?," soal Puan Sri Arisah bertubi-tubi muyskil.

Luth Zariel mengeluh nipis. Dia tak suka betul soalan banyak-banyak ni. Tapi nak buat macam mana? Dah ibu sendiri. Sabar je lah.

"Luna tu isteri Luth. Nanti Luth balik, kita sambung cerita, okay? Bye. Assalamualaikum,"

'Tut!' talian terus diputuskan.

"Bertuah punya anak!," keluh Puan Sri Arisah.

Kemudian baru dia tersedar. Wajah Arluna dipandang tajam.

"Kamu isteri Luth?," soal Puan Sri meminta kepastian.

Teragak-agak Luna nak mengangguk. Puan Sri mengeleng. Dia terasa hati.

'Kenapa Luth kahwin tak bagitahu aku ibu dia sendiri dulu? Apa semua ni? Tiba-tiba je kahwin. Majlis tak ada... kenalkan isteri pada family pun tak,' keluh Puan Sri. Anak buat macam ni takkan tak terkilan dengan sikap anaknya, kan?

Puan Sri beralih pada Luna. Luna direnung dari atas hingga bawah. 'Menantu aku? Dah Nayla?,' fikir Puan Sri tak puas hati.

"Kenapa kamu kahwin dengan anak saya?," tanya Puan Sri serius.

Kelu lidah Luna nak menjawab. 'Rupanya lagi seram ibu daripada anak,' fikir Luna. 'Habislah aku,' fikir Luna pasrah.

"Kamu pekak ke?," soal Puan Sri geram.

Tersentak Luna. Cepat-cepat Luna mengeleng. Nanti saja je Zariel kena bebel sebab kahwin dengan orang pekak.

"Bisu? Aduh kenapa dengan kamu ni?," soal Puan Sri tertekan.

Puan Sri mendengus halus. Luna cuba mententeramkan hatinya yang sedikit terluka. Puan Sri berlalu naik ke tingkat atas tanpa kata lain.

Luna beristigfar dalam hati. Dia tahu Puan Sri Arisah tak sukakan dia. Dia tahu dugaan berat akan datang. Dia pasrah. 'Aku harap ibu Zariel akan dapat terima aku suatu hari nanti,' doa Luna. Dan dia berazam akan cuba buat ibu Zariel terima dia.







The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now