Part 44. Come Back

48.5K 1.8K 45
                                    

"Ibu nak minta maaf,"

"Ke-kenapa?," kelu Luna nak membalas.

Dia tak sangka dia akan mendengar pemohonan maaf daripada seorang wanita yang hebat ni.

"Sebab... layanan ibu pada kamu dulu. Luna pun tahu yang dulu ibu... tak suka kamu," jawab Puan Sri Arisah dengan rasa bersalah.

"Kenapa sekarang? Maksud Luna, i-ibu dah terima Luna? Ke-kenapa?," soal Luna.

"Ya, Luna. Ibu dah tahu perangai sebenar Nayla. Luna tak macam yang Nayla ceritakan. Salah ibu sebab mudah percaya semua cerita dia. Dia hanya gunakan ibu untuk dapatkan Zariel walaupun ibu dah lama suka dan sayangkan dia betul-betul. Sebab tu juga, ibu dengan mudah percayakan dia. Ibu dipergunakan. Ibu rasa marah tapi tak sanggup nak buat apa-apa sebab kami dah lama kenal dia," kata Puan Sri Arisah kesal.

Luna tersenyum sayu. Sedih bila Nayla persiakan perasaan sayang Puan Sri Arisah. Bagi Luna, Nayla sangat rugi sebab pergunakan orang yang percayakan dia. Kalau Luna, dia akan bersyukur sangat dapat kasih sayang dari insan yang bergelar ibu.

"Ibu dah salah anggap pada Luna. Ibu benci orang yang salah," ujar Puan Sri Arisah menyesal.

Puan Sri Arisah rasa bersalah sebab percayakan semua kata-kata Nayla yang menyatakan keburukan Luna. Dia tak patut nilai seseorang tanpa bukti yang sahih.

Luna tersenyum lembut. Dia senang kalau Puan Sri Arisah nak bina hubungan baru dengan dia dengan lebih baik kali ni. Lega hati Luna. Sekurang-kurang Isya dapat rapat kenal dengan neneknya. Kalau hubungan dia dengan Zariel tetap macam ni, dia rasa sedikit tenang kerana hubungannya dan Puan Sri Arisah baik.

"Ibu tak perlu minta maaf. Luna tak kisah. Luna tak salahkan ibu. Kalau Luna jadi ibu pun Luna akan rasa perkara sama," balas Luna.

Luna jujur maafkan Puan Sri Arisah. Benda lama tak perlu dikenang. Hidup perlu diteruskan untuk jadi lebih baik.

Ringan sikit hati Puan Sri Arisah dari rasa bersalah. Puan Sri Arisah dah mampu tersenyum lebar dengan hati lapang.

"Ibu harap Luna boleh selesa dan rapat dengan ibu. Lagipun ibu dah lama nak anak perempuan," kata Puan Sri Arisah dengan wajah bersinar.

Luna tergelak kecil. Patut lah ramai orang pernah cakap yang ibu mentua dia ni baik je. Betul apa mereka cakap. Tak pernah dia nampak sisi ceria Puan Sri Arisah selama perkenalan pendek dia dengan wanita anggun itu dulu.

"Luna pun dah lama nak rasa perasaan ada ibu," balas Luna.

Puan Sri Arisah tersenyum. Kedua-dua mereka rasa bahagia sangat ketika ini. Hubungan baru dah dibina. Kasih akan diikat.

Pesanan tiba tepat pada masanya. Luna hidangkan teh yang dipesan kepada Puan Sri Arisah. Strawberry Tea diberikan kepada Isya.

"Siapa nama si comel ni?," tanya Puan Sri Arisah dengan berminat.

"Luthfia Amisya," jawab Isya sendiri.

Puan Sri Arisah tersenyum.

"Comelnya," kata Puan Sri Arisah dengan senyuman lebar. Senang hati melihat si kecil.

Dapat cucu kan? Mestilah teruja. Cucu sulung pula tu. 'Kalau dapat dukung cucu mesti lagi seronok? Anak seorang... haih. Harap dapat cucu lagi lah jawabnya. Harap dia orang berbaik semula,' doa Puan Sri Arisah.

Luna tersenyum dengan pujian itu.

"Boleh ibu tanya? Apa yang jadi? Macam mana kamu dan Luth boleh jadi macam ni?," soal Puan Sri Arisah tertanya-tanya.

Air teh dihirup perlahan. Mata masih memandang Luna memohon jawapan jujur. Luna mengeluh kecil. Jelas dia mata Puan Sri Arisah yang Luna cuba sorokkan kekecewaan dan kesedihan.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now