"Luna tak cintakan Que. Jadi... Luna cintakan Luth?," soal Puan Sri Arisah.Luna tergamam.
Terkelu dengan soalan tak diduga itu. Soalan yang sangat hit deep.
'Gila apa? Takkan nak jawab tak depan ibu?,'
"Lu-Luna... tak tahu," jawab Luna gugup.
Luna tak berbohong. Dia memang tak tahu. Puan Sri Arisah mengangguk faham dengan rasa bercelaru Luna.
"Jadi... gosip pasal Luna dan Luth ni, Luth tak hapuskan?," soal Puan Sri Arisah sendiri.
Puan Sri Arisah tahu kalau ada gosip macam ni Zariel mesti akan bersihkan. Jadi dia tak pasti apa motif Zariel. Tapi apa yang dia yakin... Zariel akan buat sesuatu bila dengar gosip pasal Luna dan Que.
'Hal ni mesti buat ego Luth tercabar,' fikir Puan Sri Arisah dengan cuak.
"Bye the way, macam mana Luna boleh jumpa Zariel di mall tu?," tanya Puan Sri Arisah.
"Waktu tu Luna dengan Isya pergi jalan-jalan. Zariel tegur Luna. Mujur Zariel tak kisah dan tak tanya apa-apa pasal Isya. Dia macam tak perasan apa-apa," jawab Luna.
Puan Sri Arisah jadi teruja.
"Luth cakap apa?," soal Puan Sri Arisah.
Luna mengeluh tertekan. Ayat Zariel yang ni lah buat dia terganggu. Bukan apa. Cara Zariel cakap macam Zariel perlukan dia dan sayangkan dia.
"He will never let me go," jawab Luna perlahan.
Puan Sri Arisah mengeleng perlahan.
"Apa masalah Luth? Oh lupa. Dia ego! Dia nak biarkan hubungan kau orang tergantung macam ni ke? Kalau tak nak lepaskan, cuba lah berbaik. Apa yang dia buat sekarang ni macam nak cari pasal dengan kamu adalah. Apa masalah Luth ni?," bebel Puan Sri Arisah.
Luan ketawa kecil dengan sisi tersembunyi Puan Sri Arisah ini.
Tapi Luna tak tahu nak komen apa sebab semua yang Puan Sri Arisah bebelkan adalah betul. Luna rasa terluka. Parah dah. Bila orang nak ubatkan dia ni?
Tak boleh ke Zariel sembuhkan hati dia?
"Geram ibu nak cubit dia," kata Puan Sri Arisah geram.
Puan Sri Arisah memang dah buat keputusan. Kalau Luna tak tahan dengan hubungan tergantung macam ni dan nak berpisah, tapi Zariel tak bagi. Dia akan sokong dan tolong Luna. Walaupun Zariel anak dia.
Isya tergelak tiba-tiba. Luna ketawa lucu dengan reaksi Isya. Puan Sri Arisah turut tergelak sama.
"Sian sape yang kena cubit engan nenek," komen Isya. Polos.
(Kesian siapa yang kena cubit dengan nenek)Puan Sri Arisah dan Luna berpandangan sebelum menghamburkan lagi ketawa.
Dalam kereta Bugetti Vegron milik Que...
"Maaf lambat," pohon Luna serba salah.
Que tersenyum hambar. "Tak apa," balas Que.
"Isya jumpa siapa lama-lama sangat ni?," soal Que lembut.
Dia tak bermaksud nak tahu pun. Cuma saja nak berbual dengan si kecil.
"Umpa nenek!," jawab Isya seronok. Jujur.
(Jumpa nenek)Luna berhenti bernafas sesaat. 'Aduh anak kesayanganku,'
"Wow. Seronoklah Isya," komen Que.
Que tak tanya pun apa-apa selepas itu. Que tahu Luna dah tak ada ibu sebab Luna pernah cerita. Maksudnya... tadi Luna jumpa Puan Sri Arisah?
YOU ARE READING
The Unexpected Life
Romance[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor...