Part 12. My Hero... Thanks!

59K 2.6K 142
                                    

'Erk? Bukan ke hal perkahwinan tu Zariel tak bagi orang lain tahu ke? Ah. Lantak lah,' fikir Luna.

"Kau dah kahwin, Luna?," tanya Sara dan Julia serentak.

Tak sangka. Takut salah dengar jadi mereka ingin meminta kepastian.

'Luna dah kahwin? Bila? Dengan siapa? Kenapa tak ada berita pasal ni?,' fikir Sara hairan.

"Hahaha! Tak dapat Arman, orang lain pun jadi. Kes pakai rembat lah ni? Terdesak sangat dah kau ni ya. Kau kahwin dengan orang tua kerepot eh? Yang botak, perut buncit, dan gigi rongak?," ejek Julia.

"Dia kahwin dengan lelaki yang entah apa-apa lah ni. Loser!," sokong Sara pula.

Macam budak-budak cara gaduh dia orang ni.

'Oh my god! Dia orang kutuk Zariel? Ni dah melampau,' komen Luna dalam hati.

Ada ke patut ciptaan tuhan yang cantik dan indah itu diperlekehkan macam ni oleh dua ekor mahkluk tak betul?

Luna memang mudah naik angin. Apa lagi? Mengamuklah dia. Tanpa fikir panjang, Luna hampiri Sara yang sedang duduk di sofa empuk itu dan dengan hati yang penuh rasa geram penamparnya melayang.

Pang!

Luna menampar Sara! Bila dia hilang sabar, apa-apa pun dia boleh buat. Jelas wajah tergamam Sara. Julia juga begitu. Bila otak Sara memberi bertindak balas tentang apa yang berlaku, Sara jadi berang.

"How dare you? Berani kau tampar aku!," tengking Sara kuat lalu membalas tamparan Luna.

Kisah apa dia orang dengan orang lain. Lagipun masa itu butik tengah lengang. Nasib baik kalau tak boleh jadi viral diorang gaduh.

Luna memegang pipinya yang terasa pijar akibat tamparan kuat Sara. Pipinya yang putih pasti berkesan dan bertukar merah.

'Dah tamat time buli kau. Sekarang ni masa untuk seksa kau secukupnya!,' fikir Sara geram.

"Julia, call main manager you! I nak saman perempuan ni. Ni ke cara layan pelanggan? Biar dia kena denda, buang kerja, dan dikenakan tindakan undang-undang," kata Sara penuh dengan kebencian.

Sebaik sahaja Julia mahu mengeluarkan telefon, perbalahan mereka terganggu. Kelibat pengurus besar Permata Blue Mall memasuki butik ini lalu menghampiri mereka.

Terus Sara tergelak.

'Ni ke orang yang Luna call tadi? 'In the name of' her husband? Tapi ya ke? Luna pun nampak terkejut. Takkan terlupa muka suami sendiri? Atau pun bukan suami dia? Tapi kalau bukan kenapa dia datang? Julia belum sempat nak call main manager. So... ni mesti suami Luna,' rumus Sara.

"Aik? MM? Tuan Sham?," tegur Julia.

'Oh god! Suami Luna ni ke MM Permata Blue Mall? Wow! Not bad lah walaupun dah berusia. Confirm Luna gunakan body dia. Hahaha. Aku jauh lagi hebat dari dia. Arman tu kaya, handsome, dan ternama. Okay lah juga tahap kewangan suami Luna ni. Tapi still loser dan tak guna!,' kutuk Sara.

Sara selalu bandingkan dirinya dengan Luna kerana ingin rasa lebih hebat. Selama ni kan dia ni hanya dikenali sebagai 'kawan baik Arluna Aisyah'. Jadi perasaan benci itu semakin lama semakin bertambah secara perlahan-lahan. Ya, dia cemburu dengan Luna selama ini.

"Apa hal ni?," tanya Encik Sham dengan garang. Serius.

Mana taknya? Bos besar call hanya untuk suruh dia settlekan hal ni. Mungkin orang rasa ni hal kecil, tapi kalau big boss dah bunyi... bagi orang macam dia, ini isu besar. Cuak juga first time dapat call dari bos. Khabar angin, bos serius dan dingin.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now