Malam yang sejuk dan nyaman... tapi mampu buat Zariel tak henti-henti berpeluh.Stereng kereta digenggam kuat. Cemas dan berdebar. Terketar tangan dia.
"Shit! Sejak bila aku cepat cuak ni?," soalnya sendiri.
Peluh di dahi tak dihiraukan. Kereta dipandu laju.
Mujur dia memang pro bab-bab bawa kereta lebih limit. Kereta yang lembab semua dia potong. Pantas dan tangkas. Fokus dia... ke hospital Paradise secepat mungkin.
Lima minit kemudian...
Kereta terus diparking dan Zariel berlari anak ke wad kecemasan.
Dalam hati, menyesal dengar cakap Luna supaya beli aiskrim untuk Isya.
Sampai sahaja di wad kecemasan...
"Luth!," panggil Puan Sri Arisah cemas.
Zariel melangkah ke ibunya dengan wajah risau dan cemas. Muka ibunya turut cuak.
"Macam mana dengan Luna?," soal Zariel dengan suara agak tak stabil.
Kesan daripada debaran dia. Tapi Zariel tahan.
"Ibu tak tahu. Ibu cemas bila Luna sakit perut... sebab tu ibu terus suruh Pak Abu bawa Luna ke hospital. Mujur hospital tak jauh. Sekarang ni Luna tengah dalam wad. Mungkin dia akan dipindahkan ke labor room," kata Puan Sri Arisah.
Zariel mengangguk faham. Zariel bersandar di dinding sambil menarik nafas. Penat kut berkejar terus ke sini. Bila Mak Nab call dia kata Luna nak bersalin... terus Zariel cemas dan kelam kabut. Tiba-tiba dia rasa macam orang bodoh, kaku.
Kalau dia ada kat rumah tadi... mesti Zariel jadi patung tak tahu nak buat apa. Pula tu pengalaman waktu Isya tak ada.
Zariel keluar rumah malam-malam pun sebab Luna pujuk dia. Minta Zariel beli aiskrim yang Isya nak. Zariel takut Luna dan Isya merajuk jadi dia pun dengar je lah. Sanggup ke 7 Eleven yang agak jauh dari situ hanya untuk sebekas aiskrim malam-malam buta macam ni.
Last-last Luna nak bersalin malam ni. Zariel sepatutnya berkeras tak nak keluar sebab kandungan Luna dah sarat. Dah cukup sembilan bulan. Tapi sebab sayang anak dan bini punya pasal... kena pujuk sikit dah cair.
"Ibu, Luna akan okay kan?," soal Zariel.
Puan Sri Arisah mengangguk dan tersenyum.
"Luna akan okay. Jangan risau. Doakan yang terbaik untuk dia dan bayi kau orang," nasihat Puan Sri Arisah.
Zariel mengangguk faham.
Sementara dalam wad kecemasan...
"Doktor, bukaan pesakit dah terbuka tujuh cm,"
maklum jururawat wanita itu.Doktor yang bernama Ayuni itu mengangguk.
"Lebih cepat daripada sangkaan. Kita dah boleh bawa dia ke bilik bersalin. Pesakit dah agak lemah," arah doktor itu serius.
Cepat saja pembantu-pembantu yang ada di dalam bilik itu bertindak. Luna dipimpin ke katil beroda dan dia ditolak keluar dari bilik itu.
Di luar...
Zariel hampiri mereka dengan risau.
"Tuan, isteri tuan dah nak bersalin. Tuan nak masuk bilik bersalin sekali atau tak? Boleh bagi sokongan moral pada isteri," tanya Doktor Ayuni.
Zariel mengangguk. Mestilah dia nak ada di samping Luna ketika macam ni. Luna yang terbaring di atas katil hanya mampu mengerang kesakitan yang amat. Peritnya hanya Allah yang tahu. Ya... dan wanita yang sudah mengalaminya.
YOU ARE READING
The Unexpected Life
Storie d'amore[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor...