Zariel rasa serba tak kena.Luna merajuk dengan dia!
Zariel cuba nak berborak pun Luna tak layan. Cara Luna merajuk memang macam budak-budak. Mujurlah Luna bukan kategori tua sangat. Belum tiga puluh maksudnya muda lagi.
Zariel yang serius dan beku dulunya pun terpaksa jadi romantik macam budak-budak muda bercinta. Dah nak pujuk Luna punya pasal. Mujur Zariel pun masih muda walaupun perangai dia macam pakcik tua.
Cara Luna merajuk tak dinafikan memang macam budak-budak tapi tetap boleh buat Zariel tertekan... sebab Zariel rindu.
Pagi Sabtu yang mendung. Mungkin nak hujan. Damai betul petang itu. Cuaca sejuk dan nyaman. Luna baring di sofa ruang tamu sambil bermain telefon. Luna bosan. Macam biasa hari Sabtu dan Ahad dia tak kerja.
Isya tak ada. Puan Sri Arisah yang bawa Isya keluar. Sanggup nenda Isya tu ambil cuti seminggu sebab nak habiskan masa dengan cucu perempuannya.
Zariel tahu yang hubungan Luna dan ibunya sudah baik. Sebelum Luna bagitahu lagi tapi Zariel tak bagitahu yang dia dah tahu. Kadang-kadang Puan Sri Arisah lebihkan Luna daripada anak sendiri. Zariel tak ambil hati. Adatlah perempuan kan? Zariel senang hati je.
Zariel masuk ke ruang tamu. Dia baru selesai jogging. Zariel terus naik ke atas untuk mandi semula. Badan dia berpeluh. Nak mengacau Luna di sofa pun tak selesa.
Dua puluh minit kemudian...
Zariel menuruni tangga. Dia tersenyum dengan maksud tersirat melihat Luna sedang bersantai di sofa. Idea nak memujuk plus mengusik muncul.
Zariel sedar dia jadi agak ceria selepas berkeluarga. Zariel berjalan perlahan agar kehadirannya tak disedari Luna. Sebelum itu, Zariel dah siap ambil Oreo yang tengah baring berdekatan tangga. Kesian tidur si Oreo terganggu. Nasib baik Oreo sporting.
Tanpa Luna sedar, Zariel dah berdiri di belakang kepala sofa. Pipi Luna menjadi mangsa. Zariel pegang Oreo dan dekatkan gumpalan bulu itu ke pipi Luna yang sedang berbaring.
Apa lagi...?
"ARGHHHH!!," jerit Luna.
Luna terduduk. Luna berpaling pada Zariel dengan wajah merah padam. Zariel tersenyum senget sambil mengacu Oreo pada Luna. Baik dia buat macam tu sebelum Luna mula menerpa dengan marah.
Luna menjerit kegelian. Terus Luna bangun dari sofa menjauhi Zariel dan kucing hitam putih yang dipegang itu. Takkan Zariel nak biarkan usaha dia sekerat jalan?
Alang-alang berdakwat biarlah sampai hitam!
Zariel mengejar Luna. Berpusing-pusing mereka berlari anak mengelilingi sofa panjang ruang tamu itu. Zariel tak habis-habis gelakkan Luna. Seronok betul dia mengusik Luna.
"Tak nak kawan!," ugut Luna sebelum menjerit kegelian.
Melihat Zariel dekat, Luna lari semula. Zariel ingat boleh pujuk perempuan dengan cara mengusik mereka? Makin Luna nak merajuk adalah!
Boleh pening kalau tengok aksi kejar-mengejar mereka di ruang tamu ini.
"Kawan tak kawan. Kisah? Asalkan dah kahwin!," balas Zariel selamba sambil tersenyum lucu dengan lawak sendiri.
Macam lawak bagi Luna. Har. Har. Memang Zariel nampaknya kosong pengetahuan dalam berlawak sebab tu hambar. Biasalah orang serius. Kita kena faham.
Masing-masing dah mula penat main kejar-kejar. Zariel melompat melintasi sofa dan terus menangkap Luna. Terlompat Oreo dari dakapan Zariel kerana aksi itu. Kesian kucing malang itu. Kena terlibat sekali. Habis pening Oreo. Nasib dia terhibur dengan penuh bangga melihat reaksi lucu Luna yang takutkan dia yang comel lagikan handsome.
Terus Zariel tarik Luna untuk jatuh bersamanya di atas sofa. Luna terjatuh atas Zariel. Bila ingat balik status merajuk dia, terus Luna nak bangkit. Namun Zariel pantas menahan.
Luna pandang wajah Zariel yang dekat dengan wajahnya. Zariel balas tatapan Luna dengan wajah terhibur. Wajah bersahaja dan nampak tak bersalah. Pinggang Luna dirangkul ke arahnya. Terhempap Luna atas dada bidang Zariel. Zariel hanya tersenyum.
"Merajuk lagi ke, honey?," tanya Zariel.
Hidung Luna dicuit dengan hidungnya. Mengusik. Luna tayang wajah beku. Nak tunjuk yang taktik mengoda Zariel tak berkesan untuk memujuk dia. Padahal dia dah lama terpujuk.
"Nak kena ni," kata Zariel bila Luna tak beri respon.
Luna mencebik. Luna tak takut langsung. 'Ingat orang hairan?,' fikir Luna. Pipi Luna dikucup sekilas.
Pipi Luna semakin merah.
Zariel cium lagi pipi Luna. Kali ni banyak kali. Saja nak buat Luna rimas.
Wajah Zariel ditolak Luna. Zariel mengenyitkan mata kerana tangan Luna memegang pipinya. Selamba saja aksi nakal Zariel. Boleh daftar jadi playboy dah ni. Boleh kalau dia nak kena kerat dengan Luna.
'Dengan Zariel, tak jadi aku nak merajuk,' fikir Luna frust.
"Honey," panggil Zariel dengan nada lembut.
Luna pandang wajah kacak Zariel. Laju sahaja Zariel dekatkan jarak antara wajah mereka. Mujur Luna cepat menghalang sebelum bibir mereka bertemu.
"Kalau tiba-tiba ibu dengan Isya balik macam mana?," soal Luna risau.
Keadaan mereka dah lah rapat sangat. Mereka di ruang tamu kut. Bukannya dalam tempat tertutup dan privasi. Mujur Mak Nab sedang berehat di biliknya. Kalau tak saja je aksi mereka disaksikan. Pembantu rumah yang lain semuanya berehat di rumah kecil di luar villa.
Zariel dan Luna kan masih dalam kategori darah muda. Lagipun Luna dan Zariel sepatutnya dikategorikan pengantin baru. Mereka hidup bersama baru berapa bulan kemudian terpisah selama tiga tahun.
Zariel tersenyum bila Luna bersuara dengan dia tanpa sedar. Luna akhirnya mengalah. Seronok kena pujuk tapi lama-lama merajuk pun terseksa juga. Seronok sebab Zariel yang serius boleh jadi romantik, romantik sangat. Terseksa sebab tak dapat tahan kemanisan pujukan Zariel, dan satu lagi sebab tak dapat nak bermanja dengan Zariel.
"Merajuk lagi ke, honey?," tanya Zariel.
Luna cium pipi Zariel. Tanda yang dia dah tak merajuk. Tak sempat nak berganjak, pintu utama terbuka. Isya dan Puan Sri Arisah sudah pulang. Terpaku mereka melihat keadaan Zariel dan Luna. Luna dan Zariel pun apatah lagi. Terkejut habis.
Buat malu betul bila ditangkap macam ni oleh ibu dan anak di sofa ruang tamu. Apa nak jawab tak tahu. Luna dah tak tahu nak letak muka kat mana. Luna sorok mukanya di dada Zariel.
Semua jadi patung. Terkaku sebelum tersedar semula. Luna terus bangun dari atas badan Zariel. Wajah kedua-dua mereka dah mula memerah. Bila kulit putih, jelaslah blushing-nya.
Puan Sri Arisah apa lagi? Sedap lah dia mengusik dua orang ni. Seronok bila tengok muka merah mereka bila menahan segan. Tahu pula Zariel malu.
"Amboi..mbamboi. Tak beragak! Sofa ruang tamu pun jadi," komen Puan Sri Arisah.
"Siang siang pula tu," tambahnya lagi.
Ketawa mengusik memang tak dapat tahan. Zariel terdiam manakala Luna tak dapat nak angkat muka. Isya yang polos hanya ketawa bila nendanya ketawa. Tapi Isya tahu yang papa dan mamanya dibahan.
Isya pun tumpang sekaki gelakkan Luna dan Zariel.
YOU ARE READING
The Unexpected Life
Romance[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor...