"KAK, mana beg adik?," jerit anak bongsu keluarga itu dari tingkat bawah.Memang Luthfia Arissa ni mudah kelam kabut. Kalau pagi-pagi dia nak ke kolej... kecoh dengan suara dia.
Barang ni barang tu. Mengeleng Luna.
"Mama yang cantik, adik pergi dulu ya,"
Tangan Luna disalam. Luna tergelak. Kepala Arissa diusap penuh kasih.
"Ya sayang. Belajar rajin-rajin," pesan Luna.
"Okay! Demi mama tersayang," balas Arissa sambil buat isyarat 'ok'.
Luna hanya menggeleng kecil.
"Jangan nakal sangat. Adik ni suka sangat kacau lelaki," pesan Luna.
Arissa mencebik manja.
"Alah. Suka-suka je," jawab Arissa perlahan.
"Ha menjawab," tegur Luna.
"Hah ma. Papa mana?,"
Arissa pandai tukar topik. Bila papa disebut... tak sah kalau mamanya tak tersenyum.
Arissa suka hubungan mesra mama dan papa dia. Walaupun dah semakin berusia tetapi masih mesra dan romantik.
Bahagia dia dalam keluarga yang indah ni. Arissa sangat sayangkan keluarga dia ini
"Adik!," panggil Isya yang sedang menuruni tangga.
"Ya kak?," soal Arissa.
"Ni buku adik. Tinggal lagi dalam bilik orang," bebel Isya geram.
Arissa memang mudah cuai. Suka risaukan orang lain. Isya yang bertanggungjawab jaga keperluan Arissa. Isya membesar menjadi seorang yang bertanggungjawab dan kakak yang baik. Isya juga membesar menjadi gadis yang pintar dan cantik.
"Abang mana, mama?," tanya Isya kepada Luna di tepi pintu.
"Awal dah abang pergi uni," jawab Luna.
Isya hanya 'ooo'.
"Tahun ni tahun pertama adik dekat kolej. Hm risau mama," keluh Luna risau.
Isya hanya peluk pingang mamanya sambil mereka berdua memerhati langkah Arissa yang sedang menaiki kereta dipandu Pak Ali.
"Adik okay. Kita kena percayakan dia," pujuk Isya.
Isya memang menjadi harapan Zariel dan Luna untuk menjaga adik-adik. Isya juga antara yang paling matang dan berdedikasi.
"Akak kan tahu perangai adik tu,"
"Yang mana? Yang mudah cuai?," soal Isya.
"Yang suka mainkan lelaki," jawab Luna.
Isya tersenyum nipis.
"Adik belum matang. Nanti bila lama-lama dia sedar lah," balas Isya lembut.
Luna harap benda yang sama.
"Papa mana, ma?,"
"Pejabatlah. Kat mana lagi?," balas Luna sambil tersengih.
"Rindulah," adu Luna.
Isya tergelak.
Dah biasa dengan papa mama nya yang romantik.
"Akak ada tak pesan pada Wan jaga adik masa kat kolej?," tanya Luna.
"Dah. Wan tu memang protecter adik. Mama jangan risau," kata Isya.
Luna menghembus nafas lega.
Kenapa risau kan Luthfia Arissa?
Ini sebab dia...
Hari pertama Luthfia Arissa di institusi pengajian baharunya...
Langkah cantik Arissa mengundang perhatian pelajar lelaki yang lain.
'Cantiknya!'
'Putihnya!'
'Slimnya!'
Banyaklah lagi pujian untuk dia. Arissa memang seorang gadis yang cantik. Badan dia pula terbentuk sempurna. Arissa memiliki badan berbentuk hour glass.
Mungkin sebab dia gabungan kecantikan Luna dan kekacakan Zariel. Kalau Isya macam Zariel.
Kalau Zakwan macam Luna. Kalau Arissa... dua-dua.Memang ketara menyerlah dia berbanding pelajar lain.
Lagipun reputasi Luna dan Zariel pun bagi kesan pada dia. Memang pelajar yang cemburu dengan dia tak mampu buat apa-apa.
Arissa melangkah ke sekumpulan gadis.
"Rissa!," sapa kawan baik Arissa, Risha. Ceria.
Risha anak kedua Arif dan Ainur.
"Ingat nak datang lambat lagi," perli Risha.
Arissa tergelak.
"Biasalah. Lewat jadi tumpuan," komen Arissa selamba.
Risha menggeleng lucu.
"Geng, kau orang memang nak ikut aku ke... masuk sini belaka," tanya Arissa.
"Mestilah! Kita kan setia," jawab mereka lalu mereka ketawa.
Lima orang gadis yang rapat ni dari sekolah menengah yang sama. Masuk kolej pun nak sama-sama. Ikut kepala Arissa punya pasal.
"Pstt,"
Arissa pandang Erin. Kening diangkat menyoal. Erin jeling di hujung dewan. Arissa menoleh ke arah itu.
"Mamat hensem," maklum Erin.
Arissa tersenyum senget.
"On?," tanya Risha teruja.
"On!," jawab Arissa yakin.
Arissa melangkah ke sudut dewan.
Lelaki yang sedang bersandar santai sambil bengkokkan lutut di situ dihadiahkan senyuman.
Makin dia mendekat... senyuman dia mati.
Belum sempat Arissa nak cabut ke kumpulannya semula, namanya dipanggil.
"Luthfia Arissa...,"
Senyuman mengejek lelaki tu buat dia mencarut dalam hati. Tanpa mempedulikan lelaki yang bersahaja itu, terus Arissa melangkah laju ke kawan-kawannya. Wajah menyesal Arissa buat Risha angkat kening.
"Kenapa, babe?," tanya Risha.
"Salah target. Salah target," jawab Arissa dengan cuak.
Risha tersengih.
"Kenapa?," tanya Risha.
"Anak lelaki uncle Que off-limit," jawab Arissa.
Risha tergelak tak sangka.
"Seriously playboy tu?!,"
Arissa mengangguk.
"Haah. Que Adam Rafael pendek," jawab Arissa bersahaja.
Risha tergelak.
"Salah target betul,"
YOU ARE READING
The Unexpected Life
Romance[COMPLETED] Luth Zariel dan Arluna Aisyah. Permulaan hidup Arluna membawa dia ke sebuah dunia yang penuh dengan kejutan. Hidup dia selama ini dipenuhi kemewahan dan kasih sayang, dia dipandang tinggi--terkenal dengan nama ayahnya yang tersohor...