"Cikgu, kenapa dia pun ada sekali dalam kelas saya?" bisik Amni kepada Cikgu Zuhai.
"La kenapa, tak boleh ke?" tanya Cikgu Zuhai.
Amni menggeleng kepala. "Tak de ape lah cikgu." Amni redha je. Da lah satu bilik, sekarang ni satu kelas pula. Lepas ni apa? Satu katil? Hurghh, euw. Geli aku, harap dijauhkan dajjal durjana seperti dia dalam hidup aku.
"Hurm." mata Cikgu Zuhai meliar mencari tempat kosong untuk Amni.
"Ha, Am. Kau boleh duduk dekat depan Daniel tu. Bolehkan Daniel Hafizi?" Cikgu Zuhai memanggil nama penuh Daniel.
Daniel menyampah. Dia menyandarkan badan di kerusinya. Lalu tangan disilangkan. "Whatever." jawab dia sekilas.
Amni memandang Cikgu Zuhai dengan pandangan tak percaya. Daniel Hafizi? Budak ni ke yang famous macam celebrity pagi tadi? What the dog?! Mata budak perempuan tadi buta agaknya.
"Hoi, kau tercegat lagi dekat sini buat apa? Pergi ke meja kau." jerkah Cikgu Zuhai.
Satu kelas gelakkan aku sebab aku mengelamun tadi. Amni mengangguk dan mula melangkah ke tempat duduknya.
"Okay, aku ada benda yang nak diuruskan. Korang buat hal sendiri. Eh bukan hal sendiri, ulangkaji! Jangan nak memberuk dekat kelas. Ingat tu, tahun ni korang semua SPM. Jangan fikir nak honeymoon lagi." Cikgu Zuhai bagi amaran.
"Okay cikgu."
Cikgu Zuhai mengangguk. Dia segera melangkah keluar kelas.
"Hai, nama aku Sufian. Kau?" Sufian menghulurkan tangan. Amni memandang Sufian. Sufian seorang lelaki yang agak comel, muka pun babyface ala-ala korea gitu. Putih, pastu style rambut macam cendawan. Aku rasa dia ni mesti peminat korea.
Senyuman Amni meniti dibibir. Ikhlas. Tangan Sufian disambut. "Panggil aku Am."
Datang lagi seorang lelaki ke meja Amni. "Wey, kau ni terlalu cantik untuk jadi lelaki. Ke kau ni perempuan hurm?" soalan cepumas diberikan.
Amni gelabah. Tak tahu nak bagi jawapan apa. Senyap. Semua mata tertumpu ke arah Amni.
"Er... Ermm." peluh Amni mula menitik.
"Eh kau ni Is. Jangan nak mengarut lah." Bahu Is dipukul oleh Sufian.
"Am, kau jangan layan si Is ni sangat. Dia memang suka merapu tak tentu pasal." kata Sufian lagi.
Amni memandang Is sekilas. "Err... okay."
Seorang lelaki yang agak gempal datang ke meja Amni. Dia berdiri di sebelah Is.
"Apa kata kita buat party untuk budak baru ni." Kening Zairul diangkat angkat.
"Party?" tanya Amni. Hurm, something fishy. Daniel dari tadi hanya jadi pemerhati. Da biasa jadi cctv agaknya.
Is, Sufian dan Zairul mengangguk beberepa kali. Selepas itu, mereka senyum sinis sesama sendiri.
"Okay, pukul 9 malam nanti kau datang dekat dewan. Pastikan tak berteman. Ni kan party untuk kau." kata Zairul penuh dengan makna.
Amni yang masih blur terus jawab okay. Daniel yang sudah tahu apa yang dirancangkan oleh mereka bertiga terus mengambil earphone lalu disumbatkan ke telinganya. Malas nak amik tahu.
"Alamak, aku dah lambat." Amni dengan tergesa-gesa mengambil phone dan melihat jamnya sekilas. Dah pukul 9.05 malam.
Langkah Amni terhenti. Dia menoleh ke belakang. "Kau tak nak join ke?" tanya Amni kepada Daniel.
YOU ARE READING
Dendam Highschool Prince | ✓
Teen Fiction×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prince. Ya, sekolah yang penuh dengan makhluk yang bergelar lelaki. Tujuannya adalah satu. Untuk memast...