"Kita nak pergi mana?" tanya Amni. Lalu menoleh ke arah Daus yang sedang memandu kereta.
"Pergi shopping mall. Beli baju baru untuk Amni." kata Daus tanpa melihat Amni. Dia masih focus akan pemanduannya.
Amni sudah teruja. Bukan selalu dapat baju baru.
"Yeayy, dah sampaii!" Amni menjerit keriangan.
Dia menoleh ke belakang. Kemudian dia menarik tangan mak ayahnya.
"Cepatlah mak ayah."
"Ish dia ni. Bab shopping laju je. Duit ayah juga nanti dikebasnya." ujar Encik Omar selaku ayah kepada Amni.
"Ala ayah, bukan selalu. Lagi pun ayahkan sayang Amni. Kan kan kan?" Amni melingkari lengan Encik Omar lalu membawanya masuk ke shopping mall.
Puan Zurah hanya menggeleng kepala melihat gelagat anaknya yang sorang tu. Sesekali dia tersenyum gembira. Terubat rindu pada Amni.
Amni terus melangkah ke kedai baju lelaki sedangkan familynya pergi ke kedai baju perempuan.
Amni membelek baju kemeja berwarna purple. "Cantik." komennya.
"Amni! Sinilah. Kenapa pergi kedai baju lelaki tu?" laung Daus.
Amni tersengih memandang Daus.
"Cuba Amni tengok baju ni. Lawa tak?" Daus menayangkan baju blouse berwarna pink belacan.
Amni terus membuat muka. "Eiy, tak naklah bang. Tak suka warna pink." tangannya membuat simbol x pada abangnya.
Daus meletakkan kembali baju blouse tadi.
"Amni, sini." panggil Puan Zurah. Baju kemeja warna hijau di tayangkan. Sedikit corak bintang dan bunga tercetak di kemeja tersebut.
"Hurm... cantik." komen Amni.
"Ha nah amik. Biar ayah bayar." kata Puan Zurah sambil ketawa.
"Ewah ewah. Maknya tak hulurkan apa-apa ke?" perli Encik Omar.
"Saya hulurkan kasih sayang saja." Puan Zurah memeluk Amni. Amni geli hati melihatkan gelagat mak ayahnya.
"Daniel! Daniel! Daniel!" terdengar jeritan dari seorang perempuan.
Amni terdiam. Daniel? Omg! Please, bukan dia.
"Kau nak apa lagi?"
Badan Amni kaku apabila terdengar suara Daniel. Aku kenal sangat suara Daniel dan aku pasti itu mesti dia. Mampus lah aku.
Dengan langkah yang begitu perlahan, Amni terbongkok-bongkok menutup mukanya.
Harap-haraplah Daniel tak perasan.
"Eh Amni! Nak pergi mana tu? Baju tak pilih lagi ni." laung Puan Zurah.
Langkah Amni berhenti.
"Aduh kenapa lah mak perlu panggil nama aku." ngomel Amni. Amni hanya bagi isyarat tangan bermakna 'tunggu sekejap.'
"Amni?" dahi Daniel berkerut. Dia mencari-cari kelibat Amni. Selepas itu, dia ternampak seseorang sedang terbongkok-bongkok pergi ke arah baju perempuan. Dia memerhati kelakuan orang itu. Setelah diamati, dia pasti itu Amni.
Kemudian dia memanggil Amni. "Amni, kau ke tu?"
Badan Amni kaku. Dia tercegat saja selepas namanya dipanggil.
"Aduh, macam mana aku nak lari ni?" Amni mencari akal untuk larikan diri.
"Am?" panggil Daniel lagi. Dia melangkah ke arah Amni dengan perlahan.
YOU ARE READING
Dendam Highschool Prince | ✓
Teen Fiction×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prince. Ya, sekolah yang penuh dengan makhluk yang bergelar lelaki. Tujuannya adalah satu. Untuk memast...