× 24 ×

2K 133 10
                                    

"Okay now. Kita kena discuss siapa yang patut kita pilih untuk sukan tahunan nanti."

Nazim melihat satu persatu wajah anak buahnya. Kemudian, dia tertancap pada wajah Daniel.

Selaku pengerusi rumah sukan Dr. Ismail iaitu berwarna kuning, dia haruslah memilih calon yang kuat untuk tahun ni. Supaya dapat menduduki tempat pertama.

Sudah beberapa tahun, rumah sukan Dr. Ismail asyik berada di tempat yang terakhir. Untuk tahun ni, dia sudah berazam untuk meningkatkan nama Dr. Ismail sebagai pasukan yang kuat dan hebat.

Oleh itu, nama Daniel berada di list yang paling atas. Wanted! Dia perlu mencalonkan diri untuk setiap pertandingan.

"Daniel. Kau masuk acara 100 meter untuk saringan dulu pastu aku dah letak nama kau dekat borang merentas desa."

Tanpa menjawab, Daniel terus melangkah pergi.

"Daniel!" panggil Nazim. Berharap jejaka itu berhenti melangkah tetapi dia membuat Nazim hampa.

Nazim mengeluh perlahan. "Haih... tahun ni kita berada di tempat terakhirlah jawabnya."

Amni melihat semua air muka yang berada di sini berubah menjadi sedih. Mungkin mereka juga berharap agar tahun ni menempah tempat pertama untuk sukan tahun ini.

Amni menyiku Is. "Wey, bukan ke Daniel tu atlet. Kenapa dia tak nak masuk acara?"

Nasib baik ada Is dalam rumah sukannya. Ada juga member, tak delah dia keseorangan dalam rumah sukan Dr. Ismail. Sufian pula berada dalam rumah sukan Ungku Omar iaitu warna merah. Zairul pula sama dengan Sufian.

Kira okaylah masing-masing ada member.

Is menjongket bahu. "Entahlah. Sejak dua tahun lepas, dia dah tak nak libatkan diri dalam mana acara sukan. Aku pun tak tahu kenapa."

Amni diam. Kemudian, otaknya teringat akan cerita Sufian tentang Daniel dulu.

'Agak-agak apa sebabnya eh?' bisik hati Amni.

Melihatkan perubahan muka Nazim itu, dia sudah nekad untuk memaksa Daniel melibatkan diri dalam pertandingan yang akan di adakan.

"Aku keluar sekejap." kata Amni pada Is.

Amni bangun secara senyap dan mencari Daniel di pelusuk tempat.

Kantin, tak de. Kelas, tak de. Bilik pun tak de.

Mungkin ada dekat belakang padang kut.

Orang yang dicari akhirnya jumpa. Amni tercungap-cungap. Dia menarik nafas dalam.

"Dani."

Daniel tidak menoleh. Dia ralit membelai Yujiro di atas ribanya.

"Dani, kenapa kau tak nak masuk acara tu?"

"Tak perlu."

Amni turut bercangkung sebelah Daniel sambil membelai kepala Yujiro.

"Masuklah Dani. Kesian aku tengok Nazim tu. Beriya dia nak naikkan nama Dr. Ismail."

Daniel diam. Langsung tidak memberi respon pada Amni.

Amni mula bengang dengan sikap Daniel yang tidak mahu bertolak ansur.

"Kau ni pentingkan diri sendiri!" tengking Amni membuatkan Yujiro terperanjat lalu terus masuk ke dalam sangkarnya.

Daniel menoleh memandang Amni dengan pandangan tidak puas hati.

"Apa masalah kau?"

"Kau tu masalah aku! Apa salahnya kau tolong rumah sukan kita untuk dapat nombor paling teratas tahun ni. Kau tak nak rasa ke semua kejayaan tu?!"

Daniel memutarkan mata ke atas lantas bangun ingin melangkah pergi dari situ.

Genggaman di tangan dikuatkan. Muka sudah panas membahang hanya tunggu meletus saja.

Ini tak boleh jadi. Aku kena fikirkan sesuatu. Perlu ke aku korbankan diri sendiri?

"Dani. Kalau kau nak aku terima kau sebagai boyfriend aku, kau kena menang semua pertandingan yang Nazim telah aturkan."

Tanpa berfikir panjang, Amni telah mengemukakan syarat yang akan mengubah segala hidupnya.

Langkah Daniel terhenti. Kemudian dia memalingkan wajah melihat Amni.

"Serius?" tanya Daniel dengan wajah yang sedikit teruja.

Amni seakan tersedar akan keterlanjuran katanya.

"Err... eh mana ada. Aku gurau jelah. Ahahah." Amni ketawa tidak ikhlas.

"Tak de. Kau tak boleh tarik balik apa yang kau cakap tadi. Aku akan tuntut janji kau."

Daniel melangkah laju meninggalkan Amni.

Amni pula makin gelabah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata boleh terjun gaung.

"Dan-daniel! Tunggu!" jerit Amni sambil berlari mendapatkan Daniel.

Tapi Daniel dengan terlebih dahulu sudah sampai di bilik meeting.

Tombol pintu dibuka kasar. Semua mata tertumpu ke arah Daniel.

"Nazim, aku setuju nak masuk acara yang kau aturkan."

Amni dan yang lain semua terlopong tidak percaya. Secepat itu dia buat keputusan. Tiba-tiba rasa menyesal pula bagi syarat macam tu. Mati lah nak.

P/S

Yaaa, author di sini. Okay, sekarang ni saya nak bagitahu yang saya sudah kekeringan idea. Otak pun makin beku. So i think this story akan lambat sedikit untuk update. Lepas tu mungkin bertambah merepek plus rasa nak berlari dekat dinding and hantukkan kepala sebab story ni macam tak de penghujung. But i still akan cari endingnya. Maybe sedih or happy. I dont know. So wait for it!

Dendam Highschool Prince | ✓Where stories live. Discover now