"Daniel. Aku penatlah bawak beg shopping kau ni."
Amni sudah rasmi menjadi hamba abdi Daniel sejak tiga hari lepas. Disuruhnya buat air. Basuh baju. Bawak beg sekolah Daniel. Dan mengikuti saja Daniel pergi ke mana.
Amni tidak boleh membantah. Daniel nanti akan bongkarkan rahsia dia. Terpaksalah dia turuti juga.
"Dani!"
Daniel memusingkan badan memandang Amni yang berada di belakang bersama puluhan beg plastik yang baru saja dia beli di shopping mall.
"Bawak."
Amni merengus kasar. "Menyesal aku datang sini. Sepatutnya aku yang balas dendam dekat kau, bukannya kau. Hurghh!" rungut Amni perlahan.
Sedang asyik berjalan tiada hala tuju, tiba-tiba Daniel mengecam dua susuk tubuh yang dia kenali. Kemudian, dia mengeluh berat.
"Jom balik, aku dah penat."
Amni pelik dengan perangai Daniel. Tapi dia ikut sahaja arahannya. Kalau terus berada di sini, boleh mati jawapannya dengan membawak beg plastik yang berat macam batu.
"Hafizi."
Langkah Daniel terhenti. Amni juga sama. Dia mencari gerangan yang menyebut nama Hafizi tu. Siapa Hafizi?
"Eh, Hafizi tu bukan nama kau ke? Ade orang panggillah tadi."
"Kau salah dengar kut. Jomlah."
"Hafizi!"
Daniel berhenti. Dia mengeluh berat kemudian memusingkan badan ke belakang.
Wajah gerangan di hadapannya di pandang malas.
"Hafizi, betullah kamu Hafizi. Mama rindu dekat kamu sayang."
'Mama?!' kata hati Amni. Dipandang mama Daniel dari atas hingga bawah. Walaupun wajah mama Daniel kelihatan agak berusia tapi tetap elegant dan cantik.
"Bila kau nak balik rumah? Dah tak ingat jalan balik rumah ke?" suara garau muncul di sebelah mama Daniel. Amni beranggapan itu lah ayah Daniel.
"Malas." kata Daniel tanpa melihat ibu bapanya. Amni menjeling tajam. Ni ke adab sebagai seorang anak kepada ibu bapanya.
"Errr.. Maaf, pak cik dan mak cik. Daniel dia penat sikit. Tadi dia berjalan ke hulur hilir macam orang gila. Sebab tulah otak dia tak betul sikit. Maaf ye."
Daniel menjeling. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.
"Awak siapa?" tanya mama Daniel.
"Arh." Amni terlupa untuk memperkenalkan diri. Lalu, beg yang dipegangnya tadi dijatuhkan ke atas lantai sekejap untuk menyalami mama papanya Daniel.
"Saya Amni Shah panggil Am, roommate Daniel." Amni menghulurkan tangan.
Huluran tangan disambut mesra bersama dengan senyuman. "Ouh, Am. Saya mama Daniel. Datin Zurina."
Amni sedikit terkejut. "Arh, sorry datin. Saya terpanggil datin dengan gelaran mak cik pula tadi."
Datin Zurina ketawa kecil. Bahu Amni ditepuk mesra. "Tak mengapa, aunty tak kisah pun."
"Arh, terlupa pula dekat suami aunty ni. Nama dia Dato Hisyam."
Amni beralih arah pula kepada Dato Hisyam. Dikerling sekilas wajah Dato Hisyam di hadapannya sebelum menyalaminya.
Amni sedar bahawa Daniel mewarisi kekacakan Dato Hisyam rupanya. Badannya yang segak dengan kot hitamnya membuatkan orang ramai berfikir yang Dato Hisyam ni orang muda.
YOU ARE READING
Dendam Highschool Prince | ✓
Teen Fiction×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prince. Ya, sekolah yang penuh dengan makhluk yang bergelar lelaki. Tujuannya adalah satu. Untuk memast...