× 43 ×

2K 122 3
                                    

Cikgu Khairul, Dato Hisyam dan juga Datin Zurina keluar dari bilik itu. Tujuannya adalah untuk memberi ruang untuk Suraya dan Daniel bertemu.

Suraya menghampiri Daniel dan duduk di sampingnya.

"So, macam mana? Okay dah?" tanya Suraya.

Daniel diam. Dia tidak menjawab soalan Suraya malah dia hanya merenung gadis itu di sebelahnya.

Dia cukup rindu dengan gadis ini.

"Jangan risaulah. Aku bukannya buat pembedahan plastic pun sampai kau nak renung aku macam tu."

Daniel merenung tajam. Kemudian, dia berdecit.

"Ceh. Tak pernah berubah."

Suraya ketawa.

"Kau pergi mana selama ni?"

"Pergi UK."

Daniel berkerut. "Jauhnya. Papa dan mama suruh ke?"

Suraya mengangguk. "Haah. Untuk rawat kaki aku. Dekat sana aku dirawat dengan doktor yang lebih pakar. Thats whylah papa hantar aku ke sana. Kalau tak, maybe aku lumpuh seumur hidup."

Daniel masih diam. Buat kali pertama, dia rasa bersyukur memiliki papanya.

"Kau tak marah aku?"

Daniel memandang Suraya. Kemudian, dia mengukirkan senyuman kecil.

"Buat apa nak marah. Benda dah lepas."

Mustahil untuk dia tidak memarahi Suraya kerana telah menipunya hidup-hidup. Tetapi, dia lebih memilih untuk bersyukur kerana separuh jiwanya telah kembali dengan selamat.

"So, tolong maafkan mama dan papa. Jangan marahkan diorang lagi. Kau pun tahukan, mama dan papa buat semua ni untuk kebaikan kita berdua."

Daniel terdiam. "Okay. Aku akan cuba."

"Kau."

Suraya memandang. "Hurm?"

"Kau tak bawak hadiah untuk aku dari UK ke?"

Daniel memeluk tubuh.

Suraya diam sebentar memikirkan sesuatu. Kemudian dia tersengih seorang diri.

Daniel yang melihat pun pelik dengan dirinya.

Lalu, Suraya mengeluarkan telefon bimbitnya. Dan dia menelefon seseorang.

"Hello. Awak dekat mana? Dah sampai ke?"

"Haah. Saya dah sampai. Tunggu sekejap ya. Saya naik atas."

Lantas, Suraya mematikan panggilan dan memandang Daniel.

"Sekejap lagi kawan aku datang. Dia bawa hadiah untuk kau."

Daniel tersenyum lebar. "Okay!" katanya teruja.

10 minit kemudian, pintu bilik itu sekali lagi diketuk perlahan.

Suraya bangun serta merta. "Aku rasa dah sampai. Tunggu sekejap."

Dia segera mengaturkan langkah ke pintu dan membuka pintu dari dalam.

Kemudian, dia tersenyum melihat orang yang ditunggu telah tiba.

"Ha ni hadiah untuk kau."

Daniel setia memandang Suraya di pintu.

Suraya menarik tangan orang itu dan ditunjukkan kepada Daniel.

Daniel mencebik.

"Hai~" kata Amni sambil mengangkat tangan ke udara.

Dendam Highschool Prince | ✓Where stories live. Discover now