Sudah seminggu Daniel menjadi hamba aku. Buat setakat ni, dia tak mampu menolak arahan aku. Ha! Padan muka.
"Dani, temankan aku shopping. Okay?"
Daniel merengus kasar. "Tak boleh ke kau bagi aku rehat sehari? Penatlah nak layan kau. Layan kau ibarat layan 10 orang tahu tak!"
"Arh tak de! Kau kena temankan aku jugak!!"
"Pergilah ajak Sufian kau sana."
"Memang aku dah ajak pun."
Daniel menoleh ke sebelah. Dahinya dikerutkan. "Dah tu, kenapa ajak aku sekali?"
"Sebab kau akan jadi tukang angkat barang."
"Kau memang tak guna!"
Amni menjelirkan lidah. "Dah, jom. Jangan nak terhegeh-hegeh macam siput babi."
Dengan langkah yang malas, dia mengekori juga Amni seperti yang telah diarahkan tadi.
Mereka semua menaiki kenderaan milik Daniel. Kereta BMW berwarna hitam parking elok di tepi shopping mall.
Kemudian, Amni terus menuju ke arah kasut lelaki. Dia memegang tanda harga kasut tersebut. "RM 250?!"
Dia terus meletakkan kembali kasut tersebut ke tempat asalnya. Tak mampu nak lihat harga itu lama-lama. Kemudian, dia beralih arah pada beg sekolah pula.
Dia membelek beg yang berwarna ungu. "Dani! Sini jap." panggil Amni.
Daniel mengeluh perlahan. "Hurm, nak apa?" masih kasar seperti biasa.
"Cantik tak?" dia menayangkan beg tersebut ke arah Daniel.
"Hurm."
Amni menjeling tajam. "Ish kau ni tak ikhlas langsunglah!"
Mata meliar mencari kelibat Sufian. Tetapi dia terjumpa satu susuk tubuh yang sangat dia kenali. Dia mengecilkan mata bagi memastikan tekaannya.
Mata Amni terus membulat teruja. "Sarahh!!" jerit Amni.
Sarah yang berada di hujung sudut kedai kasut perempuan mencari gerangan yang memanggil namanya. Apabila dia ternampak Amni, dia terus melompat kecil. Gembira dapat jumpa kawan baiknya.
"Amni!!" lalu mereka berdua berpelukan tanpa mempedulikan renungan daripada orang ramai. Daniel yang menyaksikan adegan itu hanya mampu menggeleng kepala. Tak behave betul.
"Ermm.. Am. Girlfriend kau ke?" tegur Sufian dari belakang.
"Eh taklah. Ni kawan aku." lalu dia meleraikan pelukannya.
"Kawan ke sampai berpelukan macam tu?"
Amni dan Sarah saling berpandangan. "Err.. Err.. Biasalah. Kitorangkan kawan dari kecil. Normal lah tu."
Sufian mengangguk kecil. "Tak nak kenalkan dekat aku ke kawan kau ni."
"Arh. Ni Sarah kawan baik aku dan Sarah ni Sufian classmate aku." Sufian mengukirkan senyuman kepada Sarah dan Sarah turut membalasnya.
"Nice to meet you Sufian."
"Me too."
Kemudian, mata Sarah tertancap pada tubuh yang sedang bersandar pada dinding kedai tersebut.
"Hai Daniel."
Dengan spontan pandangan beralih kepada Sarah. Senyuman diukirkan.
"Wey, Sarah. Kau datang sorang je ke?" Amni menarik lengan Sarah.
YOU ARE READING
Dendam Highschool Prince | ✓
Teen Fiction×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prince. Ya, sekolah yang penuh dengan makhluk yang bergelar lelaki. Tujuannya adalah satu. Untuk memast...