× 29 ×

1.9K 126 0
                                    

"Ha kau nak cakap apa?" Amni memeluk tubuh dan memandang ke tempat lain.

Daniel meneliti wajah Amni. Mata bengkak, hidung merah. Confirm budak ni nangis. Dia menguntumkan senyuman kecil.

"Nor Amni Shah. Pandang aku."

Amni masih tidak mahu memandang Daniel yang berada di sebelahnya itu.

Daniel menarik dagu Amni supaya melihat mukanya.

"Okay listen." Daniel melepaskan dagu Amni.

"Aku tak akan buat macam tu dengan orang lain. Lagi pun dia tu kan sepupu aku. Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri."

Dahi Amni berkerut. "Jap. Apa maksud kau aku tak akan buat macam tu dengan orang lain?"

"Aku tak akan buat macam tu dengan orang lain kecuali dengan kau."

Mata Amni membulat luas. "Aku rasa otak kau dah putus wayar bila jatuh time merentas desa." kata Amni sambil menunjuk kepala Daniel.

Daniel memegang tangan Amni. "Aku jatuh pun sebab aku fikirkan kau setiap masa."

Amni menepis tangan Daniel. "Eiy, jangan nak jiwang sangatlah. Aku geli."

"Okay sekarang ni aku cuma nak cakap aku tak bersalah dalam hal ni. Thats all. Its up to you kalau kau nak percaya atau tak. Aku tak paksa. Tu hak kau."

"Aku percaya."

Daniel menoleh. "Betul ni?"

Amni mengangguk.

"Ye ke?"

"Nak aku ubah fikiran ke?!"

"Wouh wouhh. Relax."

Amni memeluk tubuh. "Tahu takut."

"Takutlah. Nanti sayang dah tak nak kawan dengan saya."

"DANIEL!!!!" jerit Amni dengan lantang. Daniel pula tidak habis ketawakan Amni.

• • •

Nina menghempaskan badan atas katil. Kemudian dia teringat akan kejadian petang tadi di mana dia bergaduh dengan Daniel.

Pipinya di pegang perlahan. Air mata yang jernih mula perlahan-lahan menuruni di pipi mulusnya.

"Sakit."

Dia mengambil cermin dan membelek wajahnya cuba mencari kesan tamparan Daniel tadi.

"Kau tunggu Daniel." Nina mengetap bibir geram.

• • •

Daniel dan Amni berjalan bersama menuju ke kelas seperti biasa.

Amni melihat orang sekeliling. Kenapa diorang nampak pelik? Berbisik-bisik pastuh pandang Daniel.

"Wey. Cuba kau tengok diorang semua."

Amni menyiku Daniel yang sedang berjalan. Daniel berhenti dan mula meliarkan pandangan ke semua tempat. Tidak dinafikan, ada sesuatu yang pelik sudah berlaku.

"Kenapa diorang bisik-bisik pastu pandang kau? Ada yang buat muka lagi." kata Amni.

"Entah. I dont care." kata Daniel sebelum kembali melangkah.

"Amni! Daniel!" jerit Sufian dari jauh bersama dengan dua rakan baiknya.

"Ha kenapa Sufian?" tanya Amni.

Dendam Highschool Prince | ✓Where stories live. Discover now