× 26 ×

1.9K 129 3
                                    

"Okay, sekarang adalah acara larian 100 meter untuk saringan. Calon semua diminta untuk berada pada lorong masing-masing."

Amni meninjau-ninjau keadaan di lorong larian 100 meter. Nampaknya Daniel berada pada lorong yang terakhir.

Pada raut wajah Daniel, dia seperti berada dalam kelas sejarah. Muka macam mengantuk, tak nervous langsung.

Amni pula yang nervous lebih ni.

"Ready!"

Semua peserta mula menonggeng untuk bersedia. Debaran mula terasa.

"Set, go!" bunyi pistol memeranjatkan Amni yang berada di tempat penonton.

Daniel mula pecut dengan kelajuan yang luar biasa. Kini dia mendahului larian itu buat masa ini sementara peserta yang lain ketinggalan jauh di belakang. Sudah terang lagi bersuluh, mestilah Daniel menang. Dah nama pun atlet.

Amni tersenyum kecil sementara yang lain bersorak gembira kerana rumah sukan mereka akhirnya mendapat mata.

Daniel berjalan dengan tenang ke arah khemah milik rumah sukannya iaitu Dr.Ismail. Dia mengambil tempat di sebelah Amni.

"Aku menang."

"Err... err... tahniah." jawab Amni tanpa melihat Daniel di sebelahnya.

Daniel mengambil tuala kecil yang tersadai di bahu Amni. Amni sedikit tersentak. Daniel lap pada dahinya yang mula keluarkan peluh itu.

"Tunggu aku menang semuanya dan kau harus langsaikan janji kau."

Badan Amni terus kaku. Kenapa dia ni makin lama makin menakutkan? Erghhhh! Mak tolong adik!!

"Sekarang adalah acara merentas desa bagi lelaki 17 tahun. Peserta diminta bersedia!"

Daniel mengambil sebotol air mineral dan diteguk dengan perlahan kemudian dicampakkan ke arah Amni. Amni menoleh.

"Wish me luck." Daniel mengenyitkan mata. Lalu dia melangkah pergi ke arah depan pagar sekolah bersedia untuk merentas desa demi rumah sukannya. Eh no, demi Amni kesayangannya.

Darah Amni berderau. Tak tahu nak describe feeling tu macam mana. Rasa nak pengsan pun ada. Rasa geli pun ada. Perasaan bercampur baur lah bila dengan Daniel ni. Haihh...

Bunyi tembakan pistol telah melenyapkan lamunan Amni dan matanya terus beralih pada lambakan manusia yang sedang berlari untuk mendapatkan mata bagi rumah sukan masing-masing.

"I hope you can do it." kata Amni perlahan.

"Am, aku dengar Daniel masuk merentas desa. Betul ke?"

Amni menoleh memandang Zairul. Selepas itu, dia menganggukkan kepala.

"Kenapa kau tanya?"

"Kau tak tahu ke? Trek untuk larian merentas desa ni sangat jauh and berbukit bukit. Ramai yang masuk hospital lepas merentas desa itu."

Muka Amni berubah terkejut. "Eh, kenapa sampai macam tu sekali?"

"Sebab ramai yang cedera pada bahagian kaki. Maybe diorang terjatuh dekat jalan yang berbukit. Dekat situ banyak batu kecil dan besar. Kebanyakkan yang tamat larian itu balik dengan kaki yang berdarah."

"Oh my god."

Zairul mengeluh kecil. "Aku harap Daniel sampai dengan selamat."

Imbasan kata kata Zairul tadi tiba-tiba menyinggah di dalam kepala otak Amni. Segera dia berdoa agar Daniel tidak apa-apa.

Mata Amni setia memandang ke arah pagar yang akan menyambut kembali pulangan peserta merentas desa tadi. Hampir 15 minit masa berlalu, tapi tiada sorang pun yang berjaya sampai di pagar itu.

Diri Amni mula dibelenggu kerisauan.

Tap. Tap. Tap. Tapak kaki yang sedang berlari perlahan mula kedengar, membangkitkan debaran semua orang yang berada di padang itu.

Masing-masing berharap peserta rumah sukan mereka yang sampai dahulu dan boleh diiktiraf sebagai pemenang utama.

Makin lama, makin hampir. Amni memerhati pagar itu tanpa mata yang berkelip berharap itu adalah Daniel.

"Siapakah itu?! Ouh ya! Nampaknya dia makin hampir dengan kita."

Debaran semakin terasa.

"Huh, huh, huh!" lelah peserta itu telah menarik perhatian penonton.

"Ya, itu dia! Rumah sukan Ungku Omar telah memenangi acara merentas desa bagi lelaki 17 tahun!" 

Amni terpaku. Bukan Daniel? Rumah sukan Ungku Omar mula bersorak.

"Mana Daniel ni?" nada risau mula muncul.

"Ya! Untuk naib juara pula kita ada Daniel Hafizi dari rumah sukan Dr.Ismail!"

Amni mencari-cari kelibat Daniel. Akhirnya dia ternampak Daniel terduduk di tepi pagar. Segera dia mendapatkan Daniel.

"Wey, kau okay tak?"

Daniel menoleh dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Ak-aku kalah Am."

Amni menggeleng kepala. "Its okay. Bukan rezeki kau."

Lalu, mata Amni terjatuh pada siku Daniel dan juga lututnya. Terus mata Amni membulat.

"W-wey, berdarah tu."

Daniel hanya memandang sepi pada lelehan darah yang sedang mengalir dengan banyak itu.

"Kau tunggu sini sekejap. Aku panggil ahli PBSM." Amni mula bangun.

Tapi sempat direntap lembut tangan Amni membuatkan Amni dengan serta merta menoleh ke arah Daniel. 

"Its okay. Tak payah panggil. Lagipun aku dah kalah, kau dah bebas sekarang. Tak perlu rasa terbeban lagi dah."

Amni mula berang lantas terus menepis kasar tangan Daniel.

"Arghhh! Pergi mati lah kalah semua tu. Yang penting kaki dengan siku kau tu. Kang dijangkiti kuman, lagi susah tahu tak! Aku tak nak kau sakit!" suara Amni naik satu oktaf.

Lalu, Amni berjalan meninggalkan Daniel yang masih terduduk dengan mata terkebil-kebil.

"Am marah aku?" 

Dendam Highschool Prince | ✓Where stories live. Discover now