"Am, aku rasa kau hantar dia masuk bilik dulu untuk berehat." kata Abil salah seorang ahli PBSM yang berkhidmat untuk sukan tahunan ini.
Aku mengangguk kepala. "Thanks."
Abil mengukirkan senyuman dan terus meninggalkan Daniel dan Amni.
Amni melihat balutan kecil di kaki dan siku Daniel. Kemudian dia mengeluh kecil.
"Kenapa kau mengeluh?"
Amni mengangkat wajah. "Sebab aku, kau cedera macam ni."
"Tahu pun."
Wajah Amni semakin menunduk. Terbit rasa bersalah pada Daniel. Daniel menoleh memandang Amni. Dia tersenyum kecil.
"Aku gurau jelah."
Perkataan gurau yang terbit dari mulut Daniel itu membuatkan Amni mengangkat wajah sambil keningnya bercantum.
"Kau pandai bergurau ke?"
"Sejak saya kenal awak."
Meremang bulu roma Amni apabila Daniel sudah masuk mood jiwangnya.
"Kau tak nak tolong aku masuk bilik ke?"
"Arh, ye. Haa, jomlah masuk dorm."
Daniel hanya menggeleng kepala. Aku cakap bilik, kau cakap dorm. Agaknya bulu telinga kau makin panjang, sebab tu tak berapa nak dengar sangat.
Lalu, Amni memimpin Daniel hingga ke dalam bilik. Tiada satu patah perkataan pun yang terkeluar dari mulut masing-masing. Sebaik saja tombol pintu ditolak, satu sergahan muncul membuatkan Amni dan Daniel terkejut.
"SURPRISE!"
Daniel membulatkan mata manakala mulut Amni ternganga melihat sampah sarap yang berada di dalam biliknya ini.
"Kau buat apa ni haa?!" jerit Daniel dengan wajah bengisnya.
"Surpriselah. Terkejut tak? Saya datang sini sebab awak tu haa dah tak nak layan saya." kata Nina sambil merangkul lengan Daniel dengan manja.
Daniel menepis kasar tangan Nina. "Tepilah. Tangan aku sakit tahu tak! Tengok muka kau lagi bertambah sakit."
Nina membuat muka masam. Sungguhlah beriya dia datang ke sini semata hendak memberi kejutan kepada kekasih hatinya, tetapi di buang mentah macam itu saja. Sakit hati!
"My potato chips." Amni memandang sayu plastic yang berterabur atas lantai. Lalu, dia menggenggam plastic itu dan dibawa ke dadanya. Perasaan yang sebak haruslah disembunyikan.
"Halah, setakat potato chips macam tu. I boleh belikan selori potato chips untuk you lah." Nina menyilangkan tangan ke dada. Dari segi nada dia bercakap pun sudah tahu, bongkak punya orang.
Amni bangun lantas mengadap Nina. "Seriuslah kau akan bagi aku selori potato chips?"
"Yes. If you get out from here. I want create some memories with my handsome boy." sambil mata melirik ke arah Daniel.
Dengan kelajuan yang Usain Bolt tidak pernah kecapi, Amni terus menghilang daripada pandangan mata Nina dan Daniel.
Nina menayangkan barisan gigi yang cantik itu. 'Bukan susah nak umpan budak hingusan itu.' bisik hatinya.
"Tak guna punya perempuan." kata Daniel perlahan.
"What?" Nina berpaling mengadap Daniel.
"Nothing."
Nina menghampiri Daniel dan merangkul lengannya dengan manja. Senyuman yang cukup manis diberikan kepada Daniel.
"Apa kau buat ni? Berambuslah!"
"Alaa, apa ni. Saya datang sini sebab rindukan awak. Tu je. Takkan tak boleh?" Nina mengusap lengan Daniel dengan perlahan. Seakan menggodanya. Tapi tidak untuk Daniel, dia langsung tidak tergoda. Terasa jijik adalah.
"Isy, rimaslah aku!" Daniel menepis kasar tangan Nina. Nina merengus geram.
"Lebih baik kau berambus dari sini sebelum orang lain nampak kita berdua dalam bilik ni."
Daniel melihat balutan kecil di kakinya. Nampaknya darah sudah kering. Kena cuci darah itu.
Nina tiba-tiba bangun dan duduk atas riba Daniel. Mata Daniel terbuntang luas.
"Alaa awak ni, tak sportinglah." tangan Nina mula merayap di leher jinjang Daniel. Daniel menolak tubuh Nina jauh daripadanya tetapi dia masih ligat berpaut pada leher milik Daniel.
Bammm!!
"Apa yang kau buat ni Daniel?!!" jerit Amni dengan keadaan yang marah. Muka sudah panas membahang melihatkan adegan Nina bersama Daniel tadi.
Daniel terus bangun membuatkan Nina terjatuh atas lantai. Dia mengaduh sakit.
"Am.. Am.. Listen. Ak-aku..."
"Kalau nak buat maksiat sekali pun, tolong jangan dalam bilik aku. Korang berdua keluar sekarang!" Amni mula merasakan cecair hangat yang mengalir di tubir matanya. Lalu, dia menyeka ganas air matanya menggunakan telapak tangan.
Daniel cuba menghampiri. "Am.. Kau tahukan aku tak buat semua tu."
"Jangan dekat. Nina, tolong bawak your handsome boy ni berambus dalam bilik aku. Now!!"
Nina melangkah dengan gediknya dan menarik tangan Daniel keluar dari bilik itu. Daniel hanya akur. Genggaman di tangan makin kuat.
Amni jatuh terduduk sambil menangis teresak-esak. Dia sungguh tidak sangka yang Daniel sanggup buat macam itu ketika dirinya tiada.
"Kau kata kau sayang aku." kata Amni dengan nada yang serak.
• • •
Pangggg!!
Nina memegang pipinya dengan wajah yang menyeringai.
"Apa yang awak buat ni?!"
"Tampar kau. Salah ke?" Daniel menyilangkan tangan.
"What is your problem ha?! Apa salah saya sampai awak tampar saya macam ni. My parents pun tak pernah jentik saya tau. Sampai hati awak."
"Ni semua salah mak bapak kau. Kalau mak bapak kau didik kau dengan baik, mungkin aku tak naik tangan dekat kau."
Mata Nina mula berkaca menahan air mata. "Awak kenapa ha?! Takkan lah disebabkan budak jambu tu awak tampar saya! Awak ni gay ke apa?!"
"Yes. Memang betul. Thats why, aku benci tengok muka kau."
Mulut Nina ternganga dek terkejut dengar pengakuan oleh Daniel sebentar tadi.
Dan tanpa mereka sedari, ada seseorang yang sedang merakam kejadian itu. Dia menguntumkan senyuman kepuasan.
P/S
Setelah menghantukkan kepala beberapa kali, barulah teringat tentang watak Nina. Berterima kasih kepada dinding kerana telah membawa memori Nina dalam kepala hotak saya. Cau!
YOU ARE READING
Dendam Highschool Prince | ✓
Fiksi Remaja×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prince. Ya, sekolah yang penuh dengan makhluk yang bergelar lelaki. Tujuannya adalah satu. Untuk memast...