"Aku letak dulu"
"Mana ada. Aku yang jumpa dulu. Kau lambat dua saat"
"Orang Inggeris kata 'Ladies first'" ucap gadis itu lalu mengangkat sebelah keningnya.
"Dalam Islam kata lelaki kena jadi Imam. Jadi lelaki kena duduk kat depan!"
"Apa kata cik berdua bayar sekali aje" ucap penjaga kaunter itu untuk menenangkan keadaan.
Gadis dan jejaka tersebut terhenti dan memandang penjaga kaunter tersebut.
"OFCOURSE NO!" Ucap gadis dan jejaka itu serentak.
Mereka saling berpandangan. Penjaga kaunter itu sudah terkedu.
"Erghhh! Dah la tak hensem" ucap gadis itu separuh menjerit.
"Make- up tebal" ejek Jejaka tersebut.
"Gigi mancung"
"Hidung tinggi"
"Dah la pendek"
"Ala kau pon pakai heels je tinggi. Kalau buka pendek juga"
"Kau memang nak rasa ke kasut aku?"
"Kalau berani buatlah" cabar jejaka tersebut.
Gadis tersebut kemudiannya ingin membuka kasut tumit miliknya untuk disumbat kedalam mulut jejaka tersebut. Tapi tindakannya terhenti setelah...
"Akif!"
"Yana?"
Seorang perempuan dan lelaki masuk ke dalam kedai serbaneka tersebut. Penjaga kaunter itu sudah mendengus perlahan.
"KAU BUAT APA KAT SINI?" Soal gadis dan jejaka tersebut serentak.
Mereka saling berpandangan dan mendengus geram.
"ARGHHH! SUDAHLAH" mereka berdua terus keluar dari kedai tersebut.
Semasa ingin keluar juga mereka berdua bergaduh siapa yang mahu keluar dahulu.
... sementara itu...
"Nama saya Iman. Iman Syafiq" ucap lelaki tersebut memperkenalkan diri.
"Saya Mawar Shahirah. Panggil Mawar je" Senyuman manis diukir wanita itu.
"Itu kawan awak ke?"
Anak mata Mawar tertancap pada jari Iman yang menunjuk ke arah Dyana dan Akif yang sedang bertekak di luar kedai. Perlahan dia mengangguk kecil.
"Haah. Dia memang macam tu. Suka bertekak"
Melihat Mawar dan Iman yang mahu berbual mesra, penjaga kaunter tersebut terus menyedarkan mereka.
"Cik berdua ni nak bayar untuk kawan awak ke nak mencari jodoh?" Soal penjaga kaunter tersebut kebosanan.
Iman dan Mawar terdiam. Baru mereka tersedar yang mereka masih lagi di hadapan kaunter tersebut. Terus saja Mawar mendekati kaunter itu.
"Umm... awak, nanti dulu"
Langkah Mawar terhenti. Wajah Iman dipandang pelik. Pantas jejaka itu mendekati Mawar.
"Tak apa biar saya bayarkan"
Iman terus memintas Mawar untuk bergerak ke arah kaunter bagi membayar barangan milik kawan mereka.
YOU ARE READING
Aku Suka Kau Lah Pendek! { EDIT }
Teen FictionTHE SERIES OF ROZESMOON ( 1 ) COVER BOOK FROM @takjejaktanah 2019 All Rights Reserved ---------- ???? ---------- Bayangkan bila gadis annoying berjumpa dengan jejaka pembuli dan diorang bergaduh. Boleh meletup dunia ni weh! "Aku yang letak dulu!"...