"Osom!"
"Osom!"
"Osom!"
"HAHAHAHAHA kau kalah lagi!"
Akif mencebik geram. Tak bagi langsung dia peluang nak menang.
"Ye lah. Nah ambiklah semua" balang berisi coklat itu diserahkan pada Dyana.
Gadis itu terpinga-pinga.
"Eh, habis kau punya?"
"Tak apa, aku memang beli untuk kau" ujarnya lembut.
Dyana tarik senyuman kecil. Dirampas manja balang itu dari pegangan Akif.
"Sengaja ea nak menghabiskan masa aku dengan pancing balang coklat ni"
Lelaki itu tersengih kecil. Suka dia tengok muka bahagia gadis itu.
"Tak adalah. Aku memang ikhlas nak bagi kau. Manalah tahu masa makan nanti kau boleh terbayang muka aku yang hensem ni. Tak adalah kau sunyi sangat dalan bilik tu"
Dyana tayang muka jelik. Suka betul masuk bakul angkat sendiri.
"Bangga diri betul. Macam tak ada orang lain yang lagi hensem dari kau. Dah la, pegang ni" balang coklat itu diserah semula pada Akif.
Akif mencebik. Diambil balang itu dari pegangan Dyana. Gadis itu terus menyelongkar begnya untuk mencari Flashcard biliknya dari dalam beg tangannya.
Flashcard itu di semak oleh pengimbas di bawah tombol pintu dan kunci pintu dibuka. Terus sahaja gadis itu menolak pintu biliknya dan masuk ke dalam.
"Jangan lupa solat Isyak. Kalau malas mandi tu, basuhlah muka dulu sebelum tidur. Tukar baju, tau" pesan lelaki itu.
Dyana berdecit kecil. Balang coklat itu diambil dari tangan Akif.
"Tahulah. Kau pun sama"
Akif kerut dahi.
"Kau nak ajak aku solat sama-sama ke? Eh, aku boleh jadi Imam kau ke? Scandal kau tu tak marah kalau nampak kita berdua dalam bilik?"
"Kau nak kena lempang ke?"
Akif tergelak kecil.
"Alah kau ni, gurau je lah. Aku tahu halal haram dengan perempuan single macam kau ni. Dah lah, aku pun penat juga ni. Goodnight, and please let me be in your dream"
Lelaki itu terus berjalan menuju ke biliknya yang tidak jauh dari bilik Dyana. Gadis itu menghela nafas panjang. Malas dah dia nak layan perangai manis lelaki itu.
"Goodnight too, Akif" ujarnya perlahan.
Dedaun pintu terus ditutup rapat tanda si empunya bilik telah menutup tirainya pada hari ini. Tanpa dia sedar, si lelaki itu sudah simpan senyum apabila telinganya sempat menangkap kata-kata lembut itu.
Alangkah bahagianya dia saat si gadis membalas ucapannya tadi. Perlahan, kocek seluarnya diseluk.
Kosong.
YOU ARE READING
Aku Suka Kau Lah Pendek! { EDIT }
Dla nastolatkówTHE SERIES OF ROZESMOON ( 1 ) COVER BOOK FROM @takjejaktanah 2019 All Rights Reserved ---------- ???? ---------- Bayangkan bila gadis annoying berjumpa dengan jejaka pembuli dan diorang bergaduh. Boleh meletup dunia ni weh! "Aku yang letak dulu!"...