ASKP 🍩 21

712 49 0
                                    

Selesai saja sesi mengecat di rumah ibu Akif, Dyana mengarahkan anak buahnya untuk mengangkat perabot masuk ke dalam rumah.

Akif pula asyik berdiam diri sahaja sambil melihat Dyana. Teringat apa yang di ungkit Iman padanya minggu lepas membuatkan dirinya berasa semakin segan dengan gadis itu.

Entah kenapa. Hatinya boleh pula terbang bagaikan rama-rama yang indah walhal gadis itu hanya menyuapkan dia beberapa potong buah sahaja!

Jatuh martabat dia sebagai lelaki macho dihadapan Dyana. '(

"Takkan tengok je Akif? Pergilah tegur dia" Ibunya juga perasan akan tindak-tanduk anaknya yang memerhatikan gadis itu dari jauh.

Akif menoleh sebentar. Jarinya menggosok rambut sehingga sedikit kusut.

"Errr... tak apa kot. Dia macam sibuk je"

"Tak apa? Kau orang ada masalah ke?" Ruang kosong di sebelah Akif menjadi tempatnya berlabuh.

Tidak pernah pula anaknya menyisih daripada daripada kumpulan Dyana. Biasanya kerja anaknya adalah menyemak dan sering membuatkan Dyana mengamuk saja kerjanya.

"Tak- tak lah. Kitorang.... okay je"

Ibu Akif menjongketkan keningnya.

"Ye ke okay?. Biasanya Akif yang buatkan Yana tu memekak satu kampung kejar Akif. Sekarang ni, diam saja"

Akif mencebik mendengar ayat Ibunya.

"Ala ibu ni... diam salah,bising salah,kacau Yana salah,sibuk kat situ salah, duduk sini pun salah, ayah balik makan tengah hari pun salah. Bila nak dengar ibu kata betulnya?" Rungut Akif panjang lebar.

Ibu Akif memutarkan bebola matanya.

"Mana ada salah. Kamu tu je yang asyik nak mengusik anak dara orang. Memang naik angin la dia. Ha ni lagi satu, kamu kata kamu tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Tapi ibu tengok, ehem. Macam special je" Sengaja ibunya mengasak anaknya agar memberitahu perkara sebenar.

Akif menggaru pipinya yang tidak gatal.

"Ibu ni asyik nak pertikaikan Akif dengan Yana je. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak ada redha je lah" Bunga ros yang terletak di sebelah pondok itu dicabut kelopaknya satu persatu.

Pantas tangan anaknya dipukul ibunya. BUNGA KESAYANGAN AKU TU!

"Macam mana nak ada jodoh kalau kamu tu asyik sakitkan hati dia. Cubalah layan dia baik-baik. Naik pekak telinga ibu dengar dia menjerit nama kamu kalau dia datang sini"

Akif menghela nafas panjang.

"Tengoklah kalau Akif nak layan dia baik-baik" Ruang kosong di pondok itu menjadi tempatnya berbaring.

"Tengoklah, tengoklah. Melepas baru tau" Ibunya terus bangun lalu meninggalkan jejaka itu seorang diri.

Akif hanya membiarkan saja kata-kata ibunya. Dia mahu menikmati keharuman bunga-bungaan yang ditanam ibunya di sekitar pondok tersebut.

Lama-kelamaan jejaka itu tertidur di pondok tersebut. Dia tidak perasan yang seseorang sedang memerhatikannya dengan niat yang tersembunyi.

Memandangkan suasana di rumah Akif sedang sibuk dengan lori dan orang yang sedang menurunkan barang, gadis itu mengambil kesempatan untuk mendekati jejaka itu.

Tangan dilambai di muka Akif, tiada respon daripadanya. Gadis itu sudah tersenyum kecil.

'May you have a nice day Akif...' senyuman kecil di wajah gadis itu mulai terukir.

... after a few minutes...

"Yana, panggilkan Akif. Mak cik cari Akif dekat bilik dia tak ada pula. Mungkin dia tertidur kat pondok depan tu kot"

Aku Suka Kau Lah Pendek! { EDIT }Where stories live. Discover now