'Apa yang Yana buat kat sini?' Dyana yang baru keluar dari kereta terus menuju masuk ke perkarangan hospital.
Sempat dia mengekori kereta gadis itu apabila mereka terserempak di traffic light sebentar tadi.
Nasib sahaja gadis itu tidak menyedari perjalanannya diikuti.
'Takkan Yana sakit mental? Elok je aku tengok dia hari-hari" Fikiran jejaka itu masih memikirkan sebab gadis itu berada di situ.
Dia nak tunggu, tapi dia nak masuk. Tapu dia takut gadis itu makin marahkan dia pula tapi dia tetap nak tahu juga!
"Ha! Aku masuk dan tanya nurse je lah. Tak payah jumpa dia" Terus sahaja dia keluar dari keretanya dan melangkah masuk ke dalam hospital.
Kaunter hospital didekati.
"Ye, Encik ada apa saya boleh bantu?" Lembut sahaja jururawat itu bertanya.
"Saya nak tanya kat sini ada pesakit nama Yana tak?"
"Nama panjang?" Kening jururawat itu terjongket mempersoalkan jejaka itu lagi.
Akif sudah menggaru.
"Er...Saya tak tahu nama panjang dia. Tapi saya cuma kenal dia dengan nama Yana je"
Perlahan jururawat dia tersenyum hambar.
"Kalau macam tu susah kami nak cari encik. Sebab besar kemungkinan Encik akan salah orang sebab kat sini ramai yang ada nama Yana. Tapi, boleh saya tahu urusan Encik untuk cari pesakit kami?"
"Sa-saya cuma nak tahu je. Sebab... kawan saya kata dia masuk hospital sini. Tu yang saya cari dia"
"Kawan mana yang awak kata tu?" Akif terus menoleh.
Kaku lidahnya melihat Dyana yang elok memeluk tubuh memandangnya.
Selangkah Dyana mendekati jejaka itu.
"Kenapa tak nak jawab? Awak selalu tanya saya kenapa saya tak jawab soalan awak. Tapi awak pun sama. Kenapa tak nak jawab soalan saya?" Semakin banyak Dyana mendesak jejaka itu.
"Err.. sa-saya"
"Saya apa?" Dyana mulai menyinga.
"Maaf ye cik berdua, saya bukan nak menyibuk. Tapi kalau kamu berdua nak bertekak tolong keluar ya. Sini hospital" senyuman jururawat itu bertukar sinis.
"Awak dengar tak tu. Tolong keluar" Dyana turut menghalau jejaka itu pergi walaupun dia juga terbabit sama dalam persengketaan kecil itu.
Akif tersenyum sinis. Pantas dia menarik lengan baju Dyana agar mengikutinya.
"Saya tak nak keluar sendiri. Kita keluar sama-sama"
Dyana mengetap bibirnya. Lengan baju ditarik kasar.
"Eish! Apa awak ni main tarik-tarik saya!" Akif tetap buat tak peduli.
Saat langkah mereka mulai jauh dari perkarangan hospital, Akif mula menyoal.
"Saya cuma nak tahu je apa yang awak buat kat sini? Awak sakit ke?" Soal Akif risau.
Dyana memutarkan bebola matanya.
"Saya yang sepatutnya tanya soalan tu dekat awak. Apa yang awak buat kat sini? Awak sengaja ikut saya kan? Ingat saya tak kenal ke kereta awak?"
Akif menghela nafas panjang.
"Saya ikut sebab saya risau. Awak tak cakap pun dengan saya yang awak sakit"
"Buat apa saya nak cakap dengan awak. Awak bukan kisah pun kalau saya sakit. Awak kan dah ada 'tunang'. Pergilah sibukkan diri dengan tunang awak tu"
YOU ARE READING
Aku Suka Kau Lah Pendek! { EDIT }
Roman pour AdolescentsTHE SERIES OF ROZESMOON ( 1 ) COVER BOOK FROM @takjejaktanah 2019 All Rights Reserved ---------- ???? ---------- Bayangkan bila gadis annoying berjumpa dengan jejaka pembuli dan diorang bergaduh. Boleh meletup dunia ni weh! "Aku yang letak dulu!"...