"Biru pekat atau merah?" Dua helai kain langsir yang berbeza warna itu ditarik dan ditunjukkan pada jejaka itu.
Akif berfikir sebentar.
"Dua-dua tak lawa" Kakinya terus melangkah untuk melihat corak dan warna kain langsir yang lain.
Dyana berdecit geram. Penat la dia macam ni!
"Kalau semua tak lawa kau nak warna apa? Kan senang kalau bawa ibu kau sekali"
Kakinya terus melangkah mengikuti jejaka itu dari belakang.
"Kan Ibu dah kata, beli warna apa-apa je yang cantik dan padan dengan dinding. Maksudnya kalau aku ambil warna pelangi sekalipun Ibu kena terimalah sebab dia suruh aku yang pilih sendiri"
Langkah mereka berdua terhenti. Langsir yang tergantung disitu dibelek Akif perlahan.
Dyana hanya mampu mengeluh kecil mendengar jawapan jejaka itu. Asalnya dia mahu saja duduk di rumah tolong pekerjanya menyusun perabot atau kemas apa-apa yang patut.
Tapi dipaksa pula oleh Akif dan bakal 'ibu mentua', terpaksalah dia ikut.
"Kita ambil yang ni je lah. Rasanya sesuai dengan dinding warna kelabu" Langsir bewarna merah pekat ditunjukkan pada gadis itu.
"Itu kan yang aku tunjuk tadi" Riak tidak puas hati ditonjolkan gadis itu.
Akif menoleh ke arah Dyana dengan wajah tanpa perasaan.
"Ouh. Ye ke. Itu kau yang tarik bukan aku" Kaki Akif terus melangkah menuju ke arah salah seorang pembantu kedai.
Dyana berdecit geram. Nampak sangat si Akif tu nak buat dia sakit hati!
Telefon pintar yang berdering membuatkan hati Dyana semakin dibakar. Entah siapalah ni yang tiba-tiba menyibuk nak call masa dia tengah marah.
Namun, nama si pemanggil membuatkan dia terkedu.
"Kenapa tak jawab? Malaikat maut memanggil ke?" Sengaja jejaka itu menambah api.
Dyana berdecit geram. Pantas jarinya menyeret di atas skrin ke kanan.
"Ada apa call aku, Haiqal?"
===<< 🍩 >>===
"Tapi kenapa rumah Ibu, bukan rumah orang lain? Eish! Tak suka betullah aku dengan dia ni"
Dyana memutarkan bebola matanya. Dah berapa banyak kali Akif membebel menyuarakan isi hati tidak bersetuju dengan kedatangan Haiqal ke rumah Ibunya.
Dengan alasan tidak mahu menyusahkan dirinya yang masih sibuk dengan rumah Ibu Akif. Salah dia juga kerana kerap menolak pelawaan Haiqal untuk berjumpa perihal pengubahsuaian pejabatnya.
"Dia cuma nak bincang pasal pejabat dia je la. Bertolak ansur sikit boleh tak?"
Akif mencebik. Matanya masih fokus pada pemanduan.
"Habis tu tak boleh bincang tempat lainlah? Kat rumah Ibu je ea baru boleh bincang? Kau memang sengajakan nak suruh aku cemburu"
Dyana berdecit geram. Dia bukannya kekasih jejaka itu untuk memikirkan soal cemburu buta Akif.
"Aku tak suruh pun kau cemburu buta. Kan aku dah kata yang kita ni--"
Anak mata gadis itu terkunci rapat pada susuk tubuh Qiesya berjalan lenggang kangkung menuju ke rumah Ibu jejaka itu.
Akif mengerutkan dahinya.
"Kita ni?"
Dyana tersedar.
YOU ARE READING
Aku Suka Kau Lah Pendek! { EDIT }
Teen FictionTHE SERIES OF ROZESMOON ( 1 ) COVER BOOK FROM @takjejaktanah 2019 All Rights Reserved ---------- ???? ---------- Bayangkan bila gadis annoying berjumpa dengan jejaka pembuli dan diorang bergaduh. Boleh meletup dunia ni weh! "Aku yang letak dulu!"...