Sesuatu yang seakan 'mengikat' kuat pergelangan tangannya membuatkan dia tidak selesa. Kakinya juga seakan-akan tidak boleh bergerak. Suasana tilam yang dihuninya terasa seperti ada manusia lain selain dia.
Perlahan anak matanya dibuka. Cahaya lampu yang menerangi matanya menyukarkan dia untuk melihat bayangan itu. Satu tangan lain datang menutupi cahaya itu untuknya.
"Dyana... Kau okay?"
Dahinya berkerut. Homosapien yang duduk di sebelahnya dipandang seketika.
Dan serta merta membuatkan dia terkedu.
Buk!
Buk!
"Ow! Dyana!"
"Hei, kenapa ni?"
"Sakitlah!"
Dyana mencebik geram. Terus sahaja dia bangun dari pembaringannya.
"Kau buat apa kat sini? Kenapa kau ada dengan aku? Kau sengaja kan berpakat dengan dia nak culik aku? Lepastu kau nak buat apa? Ha?! Nak jual aku? Pastu nak rampas harta mak ayah aku?! Kau ni kan memang dasar--"
"Shhhhh! Slow sikitlah. Nanti dia orang dengar" ujarnya lembut.
"Siapa dia orang tu? Kenapa kalau dia dengar pun?! Ha?! Ke kau ketua dia orang disebalik semua ni? Cakaplah yang Iman tu sekadar pelakon tambahan--"
"Tak, tak. Dengar dulu. Kau salah faham ni. Aku buat semua ni sebab terpaksa. Tolonglah percaya aku, kali ni je, Dyana" ujarnya perlahan.
Wanita itu pandang tajam anak mata lelaki itu. Mencari sisa kejujuran dalam diri lelaki itu.
"Tipu! Jangan harap aku nak percaya kau lagi lepas apa yang kau cakap tempoh hari. Dengan kau culik aku, duduk sebelah aku dalam satu bilik, tangan kaki aku terikat macam ni, kau ingat senang-senang ke aku nak percaya lelaki macam kau ni?"
"Dyana, stop it"
"Stop apa?! Kau marah sebab perangai sebenar kau dah terbongkar? Kau tuduh Haiqal bukan-bukan tapi kau yang sebenarnya paling tak boleh harap"
"Dyana.."
"Dasar lelaki--"
Kaki Dyana ditarik kasar sehingga wanita itu jatuh terbaring semula. Tangan lelaki itu mula mengurung kepala Dyana membuatkan wanita itu terdiam takut.
"Bila aku kata diam, kau kena diam. Faham? Jangan sampai aku hilang sabar dengan kau, Dyana"
Wanita itu terdiam. Anak matanya terkunci rapat dengan anak mata lelaki itu. Bibirnya diketap rapat saat jari kasar itu mengelus lembut kepalanya yang ditutupi tudung.
"Kau nampak cantik bila pandang dari dekat. Tak tahu pula aku bulu mata kau panjang dan cantik. Bibir kau nampak manis, bau pun... Sedap, macam buah peach. Haihhhh, untungnya siapa dapat rasa kau kan"
"Stay away from me, you sucker"
Lelaki itu tergelak kecil.
"Why, little moonlight? Feeling different when we getting close? Macam mana kalau dekat macam ni?" Lelaki itu dekatkan badannya dengan Dyana.
"Atau macam ni?" Tudung Dyana yang agak serabai itu diperbetulkan dengan lemah lembut.
Anak matanya memandang anak mata Dyana perlahan-lahan. Dengan senyuman sinis, butang lengan baju wanita itu dibuka perlahan-lahan.
YOU ARE READING
Aku Suka Kau Lah Pendek! { EDIT }
Teen FictionTHE SERIES OF ROZESMOON ( 1 ) COVER BOOK FROM @takjejaktanah 2019 All Rights Reserved ---------- ???? ---------- Bayangkan bila gadis annoying berjumpa dengan jejaka pembuli dan diorang bergaduh. Boleh meletup dunia ni weh! "Aku yang letak dulu!"...