ASKP 🍩 41

367 22 2
                                    

Bunyi deringan telefon itu mengejutkan si lelaki daripada kerjanya. Nafas dihela panjang. Pintu bilik hotel itu ditutup rapat sebelum tangannya mencapai telefon di dalam kocek seluarnya.

"Assalamualaikum. Ada apa Syah call Abang ni?"

"Ouhhh, tak payahlah, Syah. Nanti Abang order online je doorgift tu. Buat penat Syah je nak bungkus sendiri nanti. Kita kan ada banyak lagi kerja nak buat kan" Bagasi miliknya ditarik meninggalkan bilik yang dihuninya.

"Syah sihat? Syah duduk dengan Ibu atau balik hari?"

Dyana yang baru keluar dari lif terus melangkah menuju ke biliknya. Badannya terasa letih sekali setelah seharian duduk menghadap skrin gadget.

"Abang? HAHAHAHAHA tak adalah! Suara Abang memang macam ni lah. Cuma penat sikit je. Alahhhh, Syah tak payah risaulah. Abang kan kuat hehehehe"

Figura Akif yang menghampirinya dipandang seketika. Terus sahaja riak wajahnya berubah benci. Tak pandang langsung Akif yang berselisih dengannya.

"Syah pun sama. Kalau Syah penat, tak payah buat dulu pelamin tu. Nanti Abang balik rumah Ibu, kita buat sama-sama"

Butang di tepi pintu lif itu ditekan.

"Tak adalah. Kerja Abang habis awal, tu yang boleh balik dah tu. Kenapa? Syah tak suka ke dapat jumpa Abang? Kita dah lah lama tak jumpa. Abang rindu tau nak dating dengan Syah kat tepi tasik tu"

Pintu lif terbuka. Akif cepat-cepat tarik bagasinya dan masuk ke dalam perut lif. Butang ditekan dan pintu lif tertutup.

Dyana yang baru nak masuk biliknya sempat ditoleh dan mata mereka bertemu. Pandangannya dikalihkan ke arah lain sebelum pintu lif memisahkan mereka.

Wanita itu hanya menghela nafas panjang. Tombol pintu dipulas dan kaki terus melangkah masuk ke dalam.

Banyak kali dah dia ingatkan diri sendiri, Akif bukan untuk dia.

— —  🍩  — —


Handbrake ditarik dan nafas dihela panjang. Badan terus disandarkan pada kusyen kereta. Suasana diluar restoran itu yang meriah dengan kehadiran pengunjung dipandang dengan perasaan sepi.

Telefon pintarnya yang berada di atas kusyen disebelahnya ditilik.

22 : 07

[ New Message ]

IMAN GAY 😩💅🏻
Sabajap, aku baru keluar highway

Lelaki itu hanya menghela nafas panjang. Entah apalah yang kawan baik dia tu sibuk sangat nak beritahu sampai sanggup datang jumpa dia kat sini.

Dia nak merempit malam-malam buta pun tak senang. Buang elektrik betullah orang tua ni. Terus sahaja dia buka seat belt dan keluar dari kereta.

Sementara dia tunggu Iman sampai, baik dia basahkan tekak dulu. Nak makan kat resort nampak lauk macam tak selera pula. Lagi-lagi ada muka malaun riak tu. Eh, dia ingat aku ni kempunan sangat ke tengok muka dia?

Dah lah badan sekeping macam sotong kering, ada hati nak offer diri. Ew! Tolong ya, taste dia wajib yang berkelas ya.

Kerusi di bahagian luar restoran itu ditarik. Terus sahaja badan dilabuhkan bagi melepaskan penat. Pelayan yang berada berdekatannya dipanggil.

"Order, Bang?"

"Kopi je. Makan tak nak"

"Okay"

Akif terus keluarkan telefon pintarnya. Aplikasi permeaejan

Aku Suka Kau Lah Pendek! { EDIT }Where stories live. Discover now