Hari perkhawinan Mawar adalah hari yang cukup membosankan bagi Akif dan Dyana. Memanglah jadi pengapit ni best sebab boleh tumpang masuk dalam gambar pengantin.
Tapi penat dia macam lagi penat dari pengantin!
Dah la Akif buat malu kat atas pelamin masa ambik gambar pengantin.
"Okay free style!"
Iman dan Mawar cantum love dengan tangan. Akif buat flying kiss tapi kena kipas dengan Dyana. Kesian Akif. Orang jadi pengapit, kononnya nak ambil seri, sampai dia perempuan pun tak nak.
"Kenapa awak halau flying kiss saya?" Gambar mereka berempat di kamera membuatkan Akif bengang.
Dyana memutarkan bebola matanya.
"Flying kiss awak salah orang. Jadi saya halau la balik"
"Mana ada salah orang. Perempuan kat situ cuma awak dengan Mawar je. Takkan saya nak bagi kat Mawar pula"
Dyana membiarkan saja ayat Akif. Air yang tersedia diambil lalu duduk di kerusi kosong. Akif juga mengikuti langkah Dyana lalu duduk di sebelahnya.
Dyana membiarkan sahaja jejaka itu. Namun, dia cukup tidak senang hati apabila mahkluk asing datang ke tempat mereka.
"Wow! I found a super sweet couple. Baju pink pula tu. So cute you are" Kerusi kosong dihadapan mereka berdua menjadi tempat duduk Qiesya.
"Saya memang cute pun. Terima kasih" Sengaja Dyana berbangga dengan pujian percuma itu.
Orang dah puji, kenalah ambil!
Qiesya menjeling geram. Pantas irisnya melirik ke arah Akif. Jejaka itu semestinya tidak senang dengan kehadiran Qiesya.
"Hai Abang Akif. Lama tak jumpa Abang Akif. Sya rinnnnndu sangat dengan Abang Akif"
Dyana hanya membiarkan saja Akif diganggu makhluk asing tersebut. Henfon di dalam tas tangannya diambil bagi menghilangkan bosan.
Akif turut berbuat demikian bagi mengelak dari soalan Qiesya. Gadis itu mendengus geram apabila rengekannya tidak dilayan.
"Kenapa Abang Akif tak nak cakap dengan Sya? Sya penat tau datang dari jauh semata-mata nak jumpa Abang Akif" Jarinya mengukir beberapa corak di baju Akif.
Laju sahaja jejaka itu menepis jari gatal dilengannya.
"Aku tak suruh pun kau datang. Tapi kan, macam mana kau boleh ada kat sini? Kau pakai ilmu hitam ea?" Sengaja jejaka itu mahu menyakiti hatinya.
Qiesya mencebik.
"Apa benda Abang Akif tuduh Sya macam tu!. Sya ni kan kawan Mawar. Sebab tu Sya dijemput. Asalnya tak nak datang tapi sebab Mawar kata ada Abang Akif, jadi Sya datanglah" terang Qiesya.
Akif mendengus geram. Macam mana pula boleh tersangkut jadi kawan Mawar pula ni?
"Dah jumpa aku kan. Baliklah" Jejaka itu terus memusingkan badannya menghadap Dyana.
Hampir sahaja Qiesya menangis dengan layanan kejam itu.
"Sayang, sayang tolong ambil kan buah. Bibiy so hungry la" Jarinya menolak-nolak manja lengan Dyana agar gadis itu memberi perhatian padanya.
Dyana tersentak. Pantas lengannya ditarik menjauhi Akif. Wajah Akif dipandang tajam sambil dahinya berkerut memikirkan sebab perubahan drastik jejaka itu.
Qiesya awal-awal lagi dah terkejut mengalahkan beruk apabila tumpuan jejaka itu beralih ke arah Dyana.
"Ambilkan buah. Tak nak yang masam, tak nak yang manis sebab Sayang dah cukup manis untuk Bibiy" Sengaja Akif mengulangi ayatnya.
YOU ARE READING
Aku Suka Kau Lah Pendek! { EDIT }
Teen FictionTHE SERIES OF ROZESMOON ( 1 ) COVER BOOK FROM @takjejaktanah 2019 All Rights Reserved ---------- ???? ---------- Bayangkan bila gadis annoying berjumpa dengan jejaka pembuli dan diorang bergaduh. Boleh meletup dunia ni weh! "Aku yang letak dulu!"...