Melihat kereta Honda Civic bewarna biru gelap itu memasuki perkarangan rumahnya membuatkan hati tua itu risau. Mana taknya, tak ada taufan, tak ada banjir, tiba-tiba datang.
Jangan dia bawa menantu express sudah. Takut juga dia dengan anaknya yang seorang ni. Selalunya lain yang disuruh, lain pula yang dibuatnya.
"Assalamualaikum, Ibu"
Namun apa dia kira, yang penting anaknya sihat belaka sudah. Senyuman kecil diukir. Tangan yang dihulur anaknya disambut mesra.
"Waalaikumsalam. Kamu ni dah kenapa tiba-tiba je balik? Ada apa-apa ke?" Sengaja si Ibu menyoal.
Akif tayang sengihan kecil.
"Saja. Qiesya sakit, tu yang Akif hantar dia balik. Alang-alang tu singgah rumah Ibu sekali" ruang kosong di pondok kayu itu menjadi tempatnya berlabuh.
Si ibu mengerutkan dahinya.
"Dia sakit apa? Dah kenapa tiba-tiba kamu pula yang bawa dia? Kamu ni asyik cuti je, tak marah ke si Tuan Zarith tu? Mulut dia tu dah macam mulut murai" ruang kosong bersebelahan anaknya menjadi tempat di duduk.
"Tak ada apalah Tuan Zarith tu, Ibu. Akif pun alang-alang je nak pergi outstation kat Johor. Tu yang datang sini sekali. Qiesya tu ha, tiba-tiba je accident. Kaki dia patah" lembut sahaja si anak berkata-kata.
Si Ibu tayang muka menyampah.
"Sengaja je dia tu. Lain kali jangan layan sangat anak Cik Timah tu. Mengada-ngada. Ni kamu dah buat belum apa yang Ibu suruh? Dah jumpa dah bakal isteri kamu tu?"
Akif kerut dahi melihat ibunya tiba-tiba sahaja naik angin. Biasanya sibuk risau pasal perempuan tu melebihi anak sendiri. Namun, dia hanya menganggap itu perkara biasa sahaja berikutan Ibunya sudah menjumpai calon isteri yang baru untuknya.
"Belum. Dia sibuklah Ibu. Akif tak sempat lagi nak jumpa dia"
Si Ibu menghela nafas panjang.
"Asyik tak sempat je, kamu ni nak khawin betul-betul atau tidak? Bila ditanya, katanya okaylah, bolehlah. Tapi perangai macam nak tak nak je. Ibu dengan Abah dah siap cari orang untuk majlis khawin kamu dah. Kakak dengan adik kamu tu tak sabar-sabar dah nak balik, nak kenal ahli keluarga baru. Kamu pula makin melambat - lambatkan masa. Kalau dia reject kamu nanti, Ibu malas dah nak carikan calon lain" si Ibu mula membebel.
Bunga-bunga segar yang berada di sekeliling pondok itu dibersihkannya daripada dedaun kering. Akif menghela nafas panjang.
Dia masih teringatkan Dyana. Apa pula reaksi gadis itu apabila dia menceritakan perkara sebenar? Boleh kah gadis itu menerima kebenaran nyata setelah mereka dilihat agak serasi bersama?
Dia akan dibenci?
Dia akan ditinggalkan selama-lamanya?
Atau mungkin hari dia berjumpa dengan Dyana adalah hari terakhir dia akan bertemu dengannya.
Dan akan menutupi kisah ini dengan pengakhiran yang syahdu.
Akif menghela nafas panjang. Jujur dia katakan, hatinya masih ada secebis rasa suka pada Dyana walaupun dia tahu si gadis tak pernah menyimpan perasaan pada dia. Mana taknya, setiap jam, setiap hari, masanya penuh dengan gadis itu.
Pergi mana-mana pun mesti berdua. Cuma sekarang je tiba-tiba malaun riak tu menyelit. Nasib lelaki tak guna tu bekas rakan sekelas Dyana. Kalau tak, memang dia halau lelaki tu jauh-jauh. Menyakitkan hati betul!
"Kamu ni masih fikir pasal Yana lagi ke, Akif?" Kata-kata ibunya menyedarkan dia dari lamunan.
Akif menoleh kearah lain.
"Tak adalah. Mana ada fikir pasal dia. Pasal kerjalah" sengaja si anak menipu.
Si Ibu menghela nafas panjang. Terus sahaja dia bangun dari duduknya.
"Jangan fikir pasal perempuan lain. Ingat, kamu tu sudah berpunya. Hujung bulan ni nak khawin dah. Masuklah rumah dulu. Jangan tidur pula diluar ni. Kena culik kang tak pasal-pasal rosak majlis kamu" kaki terus melangkah meninggalkan anaknya sendirian.
"Ye, ibu. Nanti Akif masuk"
Lihat sahaja bayangan ibunya menghilang, Akif terus baringkan badannya di lantai pondok. Kocek seluarnya diseluk dan seutas rantai perak pemberian Ibunya beberapa hari lalu ditilik.
Apalah agaknya reaksi wanita itu apabila mereka bertemu nanti. Agak-agak perwatakannya masih sama macam dulu atau sama seperti Dyana?
- A FEW DAYS AGO -
"Hacccum!"
Tisu yang tersedia di tangannya sempat menutupi hidungnya. Nafas dihela panjang sebelum jejari halusnya sambung mengunci pintu rumahnya.
"You demam ke, Dyan? Balik semalam tak mandi terus ke?" Si lelaki mula menyoal.
Dyana tersentak. Badan dipusingkan kebelakang menghadap lelaki yang tiba-tiba sahaja muncul dihadapan rumahnya. Nafas dihela panjang.
"Kau rupanya. Terkejut aku. Lain kali bagilah salam"
Haiqal mula rasa segan. Dia cuma risau je.
"Hehehe, sorry. By the way, you okay tak ni? Tak nak pergi klinik?" Sengaja dia mengelak.
Dyana menggeleng perlahan. Beg rodanya ditarik menuju ke keretanya.
"Tak payah lah. Sikit je ni, tempias hujan malam tadi. Kau ni dah kenapa tiba-tiba je datang sini?"
Haiqal tarik senyuman kecil. Bonet kereta yang ingin dibuka gadis itu dipegangnya. Melarang si dia berbuat demikian.
"Aku hantar kau pergi resort. Kebetulan aku pun nak balik hari ni juga. Nak tak? Lagipun kau kan macam nak demam. Risau pula aku kalau ada apa-apa jadi. Kalau ada aku, tak adalah aku risau sangat"
Dyana diam sebentar. Takut juga dia tiba-tiba je si lelaki ni datang rumah dia.
"Atau kau masih sakit hati dengan semalam?" Sengaja si lelaki ingin mengungkit.
Dyana kerut dahi.
"Semalam?"
"Akif dengan perempuan tu" anak matanya menunjuk ke arah sebuah rumah bewarna putih, selang dua tiga buah rumah dari rumah Dyana.
Dyana menghela nafas panjang. Kenapalah dia harus diingatkan dengan memori tu?
Tahu tak dia sakit hati dan terasa dengan sikap lelaki itu. Patutlah dia selalu nampak kereta Akif lalu di kawasan perumahan dia. Mati-mati dia fikir Akif sengaja mengendap dia sebab perangai lelaki itu yang seakan obses dengannya.
Kalau si Akif pergi rumah perempuan lain, dia boleh terima. Rupanya rumah badak air gemuk tu. Patutlah Akif beria-ria peluk dia semata-mata tak mahu gadis itu nampak mereka keluar berdua.
Erghhhh! Sakit betul hati dia!
"See? you still mad, beautiful. Dangerous for driving. Let me help you"
Pemegang beg roda itu ditariknya lembut. Dyana menghela nafas panjang. Pemegang begnya dilepaskan.
"Fine. Tapi balik nanti aku balik sendiri"
Haiqal menarik senyuman kecil.
"Sure, my lady. Let's go"
Kaki terus melangkah menuju ke arah kereta lelaki itu yang sudah tersedia di luar pagar. Secebis senyuman diukir sebelum pintu tempat duduk penumpang bahagian hadapan dibuka buat gadis itu.
And let me see how can you go home by your own.
YOU ARE READING
Aku Suka Kau Lah Pendek! { EDIT }
Novela JuvenilTHE SERIES OF ROZESMOON ( 1 ) COVER BOOK FROM @takjejaktanah 2019 All Rights Reserved ---------- ???? ---------- Bayangkan bila gadis annoying berjumpa dengan jejaka pembuli dan diorang bergaduh. Boleh meletup dunia ni weh! "Aku yang letak dulu!"...