Akif membaca nota itu berkali-kali supaya masuk betul-betul dalam otak dia. Tak nak lah nanti Tuan Razi kata dia cuai masa buat kerja.
Kunci kereta dikoceknya dicari dan punat yang membuka kunci keretanya di tekan. Dia harus ke bandar bagi menguruskan hal keperluan barang menguruskan projek.
Dia ingat design yang Dyana buat memang tak menepati citarasa Tuan Razi, rupanya perangai lelaki tua itu sendiri yang suka ubah rasa hati ikut suka hati. Dia yang kerja tukang lukis pelan pun terkena tempiasnya sekali bila Tuan Razi kata nak buat bangunan bentuk lain.
Eh, dia ingat ni main tanah liat ke nak tukar suka hati?
Geram Akif dibuatnya. Patutlah Tuan Zarith sibuk suruh dia handle projek pembangunan Tuan Razi, rupanya lelaki itu sudah masak dengan perangai pak cik sendiri.
Haihhh, nasib lah kau Akif dapat customer tak faham bahasa.
Namun begitu, dalam dia sibuk-sibuk membebel meluahkan isi hatinya, anak matanya terpandang wajah seseorang amat iras sekali dengan memori lamanya.
"ERGH! Aku tak akan lepaskan kau, Yana!"
Pintu kereta miliknya ditutup rapat dan kaki mula melangkah menuju ke kedai makan di seberang jalan. Anak matanya tak lekang dari memandang lelaki itu yang duduk di meja luar restoran itu.
Percayalah, dalam apa tujuan sekalipun, dia memang betul-betul tak suka keberadaan lelaki itu di sini.
...
"Ouhh, jadi semua design bilik nak sama kecuali perabot dalam tu je lah?"
"Yes. Sebab Papa I kata dia nak bilik tu nampak different but at the same time still bring our identity there. As the only son, I ikut je lah apa yang dia nak"
Dyana hanya mengangguk kecil. Kata-kata itu ditulis di dalam nota di telefon pintarnya.
"Ouh, ya. By the way, kita nak pergi tengok cat dulu atau kedai perabot?" Punat pada kunci kereta di tangannya di tekan.
Wanita itu berfikir sebentar.
"I think we should choose the colour first, and then the furniture. Nanti senang sikit aku nak matching warna perabot"
Haiqal mengangguk kecil. Pintu kereta dibuka dan badan dimasukkan ke dalam. Dyana yang mahu mengikuti langkah lelaki itu terhenti.
Badan dipusingkan menghadap kedai di seberang jalan resort itu. Terkejut dia melihat gerangan itu disini. Yang pastinya, figura itu tidak keseorangan dan perkara itu jelas sekali membuatkan dia tak sedap hati.
"Dyana!"
Gadis itu tersentak. Baru dia sedar keberadaan dia di kawasan parkir ini. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta dan menutup pintu.
Haiqal kerut dahi melihat tingkah Dyana yang kelihatan pelik.
"Tadi tengok apa? Macam takut je"
Dyana menoleh ke arah Haiqal. Gelengan kepala diberikan sebagai jawapan.
"Tak ada apa-apa. Dah la, jomlah kita gerak sekarang. Nanti nak uruskan perabot lagi, benda lain lagi" tali pinggang terus ditarik dan dimasukkan ke dalam rumahnya.
Haiqal hanya pandang dengan riak kecewa. Dia betul-betul risaukan wanita itu.
"Betul ni tak ada apa-apa?" Soalnya lagi.
YOU ARE READING
Aku Suka Kau Lah Pendek! { EDIT }
Teen FictionTHE SERIES OF ROZESMOON ( 1 ) COVER BOOK FROM @takjejaktanah 2019 All Rights Reserved ---------- ???? ---------- Bayangkan bila gadis annoying berjumpa dengan jejaka pembuli dan diorang bergaduh. Boleh meletup dunia ni weh! "Aku yang letak dulu!"...