"Lama lagi ke? Boleh tak aku nak ratah dia?"
Puk!
"Pala otak kau. Cakap tu berlapis sikit boleh tak? Gelilah!"
"Alah kau ni. Aku gurau je lah"
"Gurau abah kau. Kalau dah tak ada kerja sangat pergi lah resort kau sana, balik, mandi apa semua. Nanti perempuan tu tanya apa-apa kang tak pasal-pasal kantoi"
Bunyi bising yang menyinggah telinganya membuatkan lena lelaki itu terganggu. Perlahan anak matanya dibuka bagi melihat apa yang berlaku.
"Hak alahai kau ni. Suka betul doa yang tak baik. Tak ada nya dia nak tanya aku dari mana hari-hari. Bukan kita orang tak ada benda nak buat kat situ"
"Dah tu kau tak nak tukar ke baju busuk kau tu? Bau dah macam belacan. Macam manalah Faris tu boleh suka kau"
"Tu tandanya dia suka aku bukan sebab rupa. Bukan macam kau. Tahu nak harta je, kerja malas"
"KAU CAKAP APA?!"
"ARGHHHHH! JANGAN! OKAY, AKU MINTA MAAF!"
"Weii, dah lah tu! Perangai macam budak tadika lah kau orang ni"
Akif kerut dahi. Rasa sakit di belakang kepalanya ditekup perlahan. Terasa seperti ada bengkak dan luka kecil disitu.
Perlahan dia bangun dari pembaringan. Suasana yang riuh rendah itu ditelitinya dengan pandangan pelik.
"Eh, Abang Akif! A-Abang, Abang okay? Ada rasa sakit lagi tak?"
Qiesya yang duduk di sisi katil itu dipandang seketika. Perlahan nafas dihela panjang. Duduknya dibetulkan.
"Kat mana ni?" Soalnya ringkas.
Gadis itu tarik senyuman segan.
"Rumah kita orang. Tapi Abang Akif tak perlu risau sebab Abang selamat kat sini. Urmmm, kepala Abang sakit lagi ke? Abang nak ubat?" Soalnya lembut.
Akif hanya menggeleng perlahan tanda tidak mahu. Dia masih cuba memproses apa yang sedang berlaku saat ini. Aidil dan Haiqal yang sibuk bertinju di lantai bilik itu tidak diendahkan mereka.
"Macam mana aku boleh ada kat sini?"
Gadis itu mengerutkan dahinya tanda pelik dengan soalan Akif.
"A-Abang tak ingat ke apa yang jadi?"
Perlahan lelaki itu menggeleng.
"Seingat aku, kita kat kedai makan tu kan. Ka-kau bagi aku dadah, suruh aku masukkan dalam kocek Haiqal"
Lelaki itu berdiri dan meraba-raba poket seluarnya. Tapi kosong. Akif mula pelik kehairanan.
"Tak-tak apa, Abang Akif. Tadi kita orang dah keluarkan barang Abang Akif. Risau tadi kalau berat ke, ada tersangkut apa-apa ke"
Lelaki itu terdiam.
"Ka-kau raba aku?"
"Siapa nak biskut?!"
Semua mata menoleh ke arah lelaki yang berpakaian seperti pembantu rumah bersama dulang ditangannya yang berasap di hadapan pintu bilik itu.
"BISKUT APA?! NAKKKK!" Haiqal cepat-cepat berlari ke arah lelaki itu.
Anak mata Akif membesar saat melihat lelaki itu disini. Wajahnya memandang Qiesya pelik.
"Kenapa dia ada kat sini? Bukan kau orang tak suka dia ke?" Soalnya perlahan.
Aidil dan Qiesya berpandangan. Perlahan senyuman sinis terukir. Aidil bangun dari duduknya dan berlabuh disebelah Akif.
"Kita pura-pura lah. Don't worry, it just a part of the plan. Just go through it well" bisik lelaki itu.
Akif hanya diam seketika. Memikirkan keberkesanan rancangan ini. Dulang yang tiba-tiba dihulur dihadapannya menarik perhatiannya.
"Biskut? Kau pengsan hampir satu malam. Mesti kau lapar kan?" Soal Faris ramah.
Akif ketap bibir. Nampak wajah Faris buatkan dia teringat tentang malam yang lelaki itu cuba untuk menculik Dyana.
Dia memang tak puas hati lagi tentang apa yang dirancang lelaki itu terhadap perempuan kesayangannya. Nasib masa itu dia temankan Dyana hingga ke biliknya. Kalau tak, memang dia tak akan maafkan sesiapa jika Dyana terluka.
"Jangan buat muka macam tu. Take. It" bisik Aidil keras.
Akif pandang muka Aidil dengan pandangan tak puas hati. Aidil memutarkan bebola matanya. Anak matanya menunjuk ke arah biskut di atas dulang itu.
"Kau lapar kan? Makan je lah"
Lelaki itu menghela nafas panjang. Diambil satu biskut coklat di atas dulang yang dipegang Faris. Lelaki itu tersengih kecil.
"Terima kasih. Kalau nak lagi boleh ambil kat dapur" ujarnya lembut sebelum berlalu pergi.
Akif buat tak tahu. Macam orang nak sangat biskut buatan dia tu. Baju dah macam mak nyah. Geli betul dia tengok perangai lelaki itu. Nasib dia tak rampas dulang yang Faris pegang lepastu hempuk atas kepala dia.
Sakit hati!
"Muka elok sikit ea. Jangan sampai kantoi" pesan Aidil perlahan.
Akif mencebik geram.
"Dengan apa yang dia rancang pada Dyana? Hell, no" balasnya selamba.
Lelaki itu berdecit geram. Siku Akif disenggolnya.
"Kau nak Dyana mati ke? Kita ada rancangan tau. Kau buat silap, she will gone forever"
"Abang Akif jangan risau. Selagi Abang Akif ikut rancangan kita orang, semua orang selamat" ujar Qiesya lembut sebelum dia beredar dari situ.
Akif memutarkan bebola matanya.
"Fine" balasnya pendek.
Aidil menjauhkan jaraknya dari Akif. Anak matanya hanya memerhatikan sahaja lelaki itu menggigit biskut coklat itu.
Dalam hatinya juga ada satu rasa yang tidak kena dengan lelaki itu.
"Kau betul-betul tak ingat ke siapa yang pukul kau?" Soalnya perlahan.
Akif menoleh ke arah Aidil. Perlahan dia mengangguk.
"Kita kat restauran kan tadi. Aku rasa macam aku baru nak keluar dari kereta sebab nak beri resit beli barang pada kawan aku. Tapi... " Belakang kepalanya yang bengkak itu disentuh lembut.
Aidil hanya mendiamkan diri. Memikirkan beberapa kebarangkalian peristiwa yang mungkin telah berlaku pada lelaki itu.
"Kau tahu ke siapa yang pukul aku? Dia orang ke?" Soal Akif perlahan.
Anak matanya menunjuk ke arah dua lelaki yang bermesra di meja dapur itu. Aidil hanya diam memikirkan jawapan yang sesuai.
"Ke ada orang lain lagi yang terlibat? Siapa? Bapak dia ke?"
"Tak, sebenarnya--"
"Atau ada orang yang upah orang dalam untuk pukul aku sebab aku tahu rancangan kau orang. Kau pasti ke tak dapat tangkap siapa yang buat? Pasti?" Soalnya tegas.
Aidil menghela nafas panjang. Bahu Akif ditolak agar lelaki itu duduk jauh sedikit dengannya.
"T-tak tahu lagi. Sebab tu aku tanya. Kalau kau tak ingat tak apalah. Just take a rest. Aku ada beritahu Haiqal untuk off seketika kerja kau di resort. Nanti dah okay, kau baliklah sana. Tapi ingat, kita masih ada rancangan lagi. Jaga akhlak kau dengan binatang dua ekor tu" pesan Aidil sebelum beredar.
Akif hanya berdecit geram. Dia baru nak aktifkan mood gangster dia. Baki biskut coklat ditangannya dihabiskan. Pandai pula si Faris ni buat biskut. Tak sia-sia lelaki tu transfer jadi perempuan.
YOU ARE READING
Aku Suka Kau Lah Pendek! { EDIT }
Teen FictionTHE SERIES OF ROZESMOON ( 1 ) COVER BOOK FROM @takjejaktanah 2019 All Rights Reserved ---------- ???? ---------- Bayangkan bila gadis annoying berjumpa dengan jejaka pembuli dan diorang bergaduh. Boleh meletup dunia ni weh! "Aku yang letak dulu!"...