"Mana awak jumpa gambar ni?"
Tangan Akif ralit membelek frame gambar lama itu.
"Kat sini la"
Mata Akif naik memandang ke arah rak yang ditunjukkan Dyana. Seketika kemudian dia. mengangguk kecil dan kembali memerhatikan gambar tersebut.
Dyana memandang ke arah Akif. Satu persoalan terlintas di kepalanya tentang hubungan Akif dan gambar itu.
"Tu gambar apa?"
Akif terus meletakkan kembali frame gambar itu kedalam bakul yang dipegang gadis itu.
"Gambar kelas la. Dah tengok tanya lagi"
Dyana menggulingkan matanya. Akif yang mahu beredar ditahan lagi dengan soalan.
"Saya tahu la tu gambar kelas. Saya tanya diorang tengah celebrate apa?"
Akif berpaling menghadap Dyana. Dia mengambil kembali frame yang diletakkan di dalam bakul sebentar tadi.
Gambar itu ditunjukkan ke arah Dyana.
"Nampak budak kat tengah ni?"
Mata Dyana tertancap pada jari telunjuk Akif yang melekat pada seorang gadis yang dikelilingi rakan-rakannya. Perlahan dia mengangguk tanda nampak.
"Kitorang sambut hari jadi dia dan sempena hari terakhir dia kat sekolah kitorang" terang Akif lalu meletakkan kembali frame tersebut ke dalam bakul yang dipegang Dyana.
"Oooo.Awak dulu sekolah mana?"
"Kat Johor. Tapi habis je form 5 saya pindah sini"
Dyana hanya mengangguk tanda faham. Akif yang melihat Dyana bertanya soalan demikian berasa pelik.
"Kenapa awak tanya?"
Dyana terdiam. Perlahan dia memandang wajah jejaka itu.
"A? A.... saja" ucap Dyana lalu mengemaskan barang lain yang berada di rak tersebut.
Akif merenung kembali Dyana yang kembali mengemas barang di rak tersebut.
"Ye ke saja?"
"Ye- ye lah. Ke--kenapa tenung saya macam tu?"
Wajah Akif kembali normal. Satu senyuman kecil dihadiahkan buat gadis itu.
"Saja nak tengok pipi awak merah lagi" ucap Akif lalu berlalu pergi.
Dyana hanya mendengus kecil mendengar ayat dari mulut Akif. Tapi dalam mindanya masih lagi berfikir.
Siapa Akif yang dulu?
Kenapa dia tak kenal Akif dan Akif tidak mengenalinya jika mereka satu kelas?
'Mungkin adik beradik dia yang lain kot' desis hati kecil Dyana.
Selesai saja mengemaskan barang di rak tersebut, dia terus menuju ke bilik yang di beritahu ibu Akif.
Saat dia ingin memulas tombol pintu tersebut, pintu tersebut sudah di tarik dari dalam. Manusia yang berada di dalam terus melihat Dyana tanda pelik.
"Awak buat apa kat sini? Bukan kerja awak kat ruang tamu je ke?" Soal Akif pelik.
Mereka masih lagi di muka pintu tersebut. Akif bersandar pada pintu menakala Dyana masih lagi berdiri tegak memandang ke bawah.
"Er.... ibu awak kata dia suruh letak bakul ni dalam bilik ni"
"Ouh. Ye ke? Ibu saya tak cakap apa-apa pun"
Dyana mendengus geram.
"Mana saya tahu. Dah la tepi la. Saya banyak kerja lagi ni"
Saat kaki ingin melangkah masuk ke dalam bilik, badannya di tahan oleh jejaka itu.
YOU ARE READING
Aku Suka Kau Lah Pendek! { EDIT }
Dla nastolatkówTHE SERIES OF ROZESMOON ( 1 ) COVER BOOK FROM @takjejaktanah 2019 All Rights Reserved ---------- ???? ---------- Bayangkan bila gadis annoying berjumpa dengan jejaka pembuli dan diorang bergaduh. Boleh meletup dunia ni weh! "Aku yang letak dulu!"...