ASKP 🍩 25

726 48 0
                                    

"Nampak cantik tapi warna putih" Blouse bercorak bunga itu diletakkan kembali ke tempat penyangkutnya.

"Tapi you lagi sesuai dengan baju tu"

Dyana menoleh seketika. Satu senyuman mesra diukir.

"Eh, Haiqal! Macam mana ada kat sini? Takkan resort kau pun ada kat sini juga? Kaya betul kau ni"

Haiqal tersenyum kecil.

"Tak adalah. Saja-saja je datang sini. Tak sangka pula terjumpa. Dyan datang seorang je ke? Tak ajak anak buah you semua?"

"Haah. Dah lama tak bercuti seorang-seorang. Nak juga rehat sementara diorang siapkan rumah customer I tu. Lepastu... tak payah la panggil aku Dyan. Macam peliklah. Panggil Yana je"

"Tapi aku lagi suka panggil Dyan. Macam... comel"

Dyana tertawa sinis. Bukan dia tak sedar jejaka itu seakan cuba untuk rapat dengannya. Zaman sekolah asrama dia dulu bukan main sombong tak nak tegur.

Tapi sekarang... macam lain je.

"Apa-apa je la. Kau pula datang dengan siapa? Takkan manager resort terkenal kat Malaysia single lagi?"

Kaki Dyana terus melangkah keluar dari butik itu diikuti dengan Haiqal. Mereka mula berjalan di sekitar pusat beli belah yang besar itu.

"Seoranglah. Aku ada appointment dengan arkitek kat sini. Johor kan destinasi pelancongan yang menarik. Alang- alang tu mana tahu ada rezeki aku kat sini kan? Lagipun kalau nak fokus dekat jodoh, sekarang ni susah nak cari wanita  yang setia. Aku ni kan kaya. Ada sahaja pisau cukur yang datang dekat. Kadang-kadang takut juga aku dengan perempuan sekarang. Jadi lebih baik aku stay single and focus on bussiness"

Dyana hanya mengiakan sahaja.

"Habis kau tak takut ke dengan aku? Aku kan perempuan juga. Mana tahu aku ni pisau cukur, memang kemarau teruk poket kau tu aku kikis nanti" Sengaja gadis itu mahu menguji Haiqal.

Jejaka itu menggaru kepalanya mencari jawapan.

"Tak-tak kau lain. Aku kenal kau kan dah lama. Kita kawan sekelas kan? Takkan kau nak kikis aku pula?"

"Manusia kan berubah. Apa tah lagi perangai. Bukan kita rapat pun dulu. Sama-sama sombong bukan?"

Haiqal terdiam.

Entah.

Dyana seakan mahu mengusir dia dari perbualan ini.

"Sayang! Kenapa tinggal Biy macam ni? Penatlah Biy kejar Sayang!" Dyana dan Haiqal terus berpusing menghadap gerangan yang tiba-tiba sahaja mengenakan panggilan manja itu.

Dyana terkedu.

Kenapa dia harus berjumpa dengan semua orang yang dia tak suka ni?!

Macam mana dia nak berholiday dengan aman?!

"Akif kau... buat apa kat sini?"

Akif mencebik.

"Biy cari Sayanglah! Penat tau kita pusing-pusing Mall ni cari Sayang. Sayang tak kesian kat Biy ke?"

"Ouh, ni... suami kau ke Dyan?"

Anak mata Akif mencerlung tajam ke arah Haiqal.

"Siapa dia ni Sayang? Scandal baru ke? Memang dah tak sayang Biy ea?"

Dyana memutarkan bebola matanya. Dulu seorang yang kejar dia. Sekarang ni dah tiga orang menjadikan dia makin kusut dengan dunia!

"Dyan, why you look so pale? Are you okay?"

Aku Suka Kau Lah Pendek! { EDIT }Where stories live. Discover now