Aku memandang lelaki yang berada di hadapan aku. Dia tak lepas memandang aku dengan mata yang tajam . Ya , aku mengaku yang dia sememangnya lelaki yang perfect .
Rambut dia yang menggambarkan rupa wajah dia dan dia mempunyai mata yang sangat menawan. Hidung dia yang sangat mancung diakhiri dengan bibir dia yang berwarna merah jambu .
Aku mengaku lelaki yang berada di hadapan aku ni sungguh kacak muka dia yang tiada cacat cela malah tiada jerawat
“ Oi , kau dengar tak ape aku cakap ”
Aku terus tersedar
“ hah awak cakap apa ? "
“ pekak betul kau ni. Aku cakap macam mana kau boleh dapat gambar tu dan apa motif kau sebarkan ? ”
“ s...saya hmm saya dapat dari kawan haa dapat dari kawan ”
“ Tipu ”
“ betul lah ”
“ apa awak buat kat sini jeon jungkook ” celah satu suara yang berada di pintu kelas aku
Aku memandang kearah suara tersebut
Damnn cikgu hwiyoung
Habis lah
“ saya nak pinjam buku rujukan kat hana ” dia menjawab dalam keadaan tenang aku yang gelabah terus mencapai buku rujukan math yang berada di meja aku
Jap.... bila masa aku ade buku rujukan ni ahh lantak lah
Aku terus bagi dekat jungkook. Dia terus mencapai buku aku dan sempat berkata dalam bisik “ kau jangan ingat yang kau dah terlepas. Aku akan cari kau sampai dapat ” selepas dia berbisik ke arah aku dia terus meninggal kan aku yang masih blurr
Aku terus duduk di tempat aku. Aku memikirkan kata katanya. Mana aku nak menyorok lepas ni. Kalau boleh aku nak balik sekarang dan nak pindah terus sekolah. Pasal gambar tu aku akan padam
“ Weyy hana kau okay tak ? Muka kau pucat ni kau sakit ke ? Nak aku bawak kau kat bilik kesihatan ? ”
“ Aku okay , maybe aku masih terkejut lagi . Minyoung macam mane aku nak menyorok dari dia . Dia kata dia akan cari aku ”
“ Kau bertenang dulu , jangan pikir benda tu. Sekarang ni kita fokus dulu kat subject kimia . Nanti rehat aku nak kau cerita kat aku okay ”
Aku sekadar mengangguk.
✿✿✿✿✿
Sepanjang dua subject mata pelajaran berlangsung aku tak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Aku asyik memikirkan rancangan macam mana nak mengelak daripada jungkook. Kalau boleh aku nak mengelak diri sampai akhir mata pelajaran
Lapar
Lambat lagi ke nak balik
Tu je aku tau
Harini aku tak keluar rehat sebab tak nak berjumpa dengan jungkook dan satu lagi aku tak nak kena gosip dengan pelajar perempuan. Perut aku yang dah buat concert meminta suruh isi aku abaikan .
“ Hana nah , aku ada beli kan makanan sikit kat kau. Aku tau kau tengah lapar sekarang sebab kau tak sarapan dari pagi tadi ” aku segera mengambil kimbab dan yogurt strawberry
“ Thanks , aku memang tengah lapar sekarang "
“ Sekarang aku nak kau cerita kat aku apa yang dah jadi ”
“ semalam masa aku tengah tunggu kau kat club aku nampak jungkook dan kawan dia menari kalau kau tengok mesti kau akan cakap diorang gay. Aku snap lah lagipun aku tak tau pun yang jungkook tu sekolah sini. Pastu kau suruh aku aku post gambar kat ig time tu aku dah mengantuk gila . Aku main pilih je gambar and then post. Aku silap sebab tak tengok dulu gambar yang aku nak post pastu jadi macam ni ” terang aku dengan panjang lebar.
Aku menghabiskan makanan aku dan segera buang plastik sisa makanan di dalam tong sampah .
“ Tu la kau lain kali tengok dulu ni tak main post je ”
“ Apa pulak.... Salah kau la sape suruh paksa aku post gambar time aku nak tidor macam lah tak boleh nak post harini "
“ tu balasan nya sebab mencarut kat aku semalam ”
“ Babi lah kau ” carut aku dengan kuat
Tiba tiba tangan aku ditarik dengan kasar dan membuat aku mengikut lelaki tersebut. Sesedap dia je tarik tangan aku sakit tau tak . Aku memandang laki tersebut
J...jungkook
Aku sedaya upaya menarik tangan aku dari genggaman laki tersebut tapi apalah kudrat seorang perempuan yang lemah berbanding dengan lelaki.
“ awak nak bawak saya pergi mana ? ”
“ lepas lah ” aku menarik tangan ku tapi dia tetap menarik tangan ku “ sakit ” itu saja yang mampu terluah
✿✿✿✿✿
To be continued
♡
YOU ARE READING
Her [ J.J.K ]
FanfictionA small mistake leads to a love affair between the perpetrator and the victim "Gambar yang kau post semalam bukan gambar kau tapi gambar orang lain. " " Siapa kat kelas ni username ig dia ‛Hana_kang' " " Oh shit "